Friday, October 1, 2010

Psikologi ASTRO

JANGAN TIPU KAMI!!!

JANGAN TIPU KAMI!!!

JANGAN TIPU KAMI!!!

Gempak gempita dah ni. Serius la wei... siapa yang rasa macam di permain-mainkan oleh ASTRO ni?

Depa nak upgrade ke B-yond tu upgrade la. Tapi channel yang lain-lain tu janganla di porak perandakan.

C104 @ RIA dan jadi channel caca marba dah. Lately ni siapa yang perasan ada ENGLISH MOVIE.

Anddd... English Movie yang di repeat sampai aku rasa boleh hafal setiap dialog dia bagi sesiapa yang layan sangat Ria ni.

Nak cekup sangat duit, dia buka channel LAIN (carilah sendiri nama channel tu). Channel khas untuk cerita-cerita Melayu. Bukat setakat filem ye, tapi siri-siri @ drama-drama Melayu semua di campakkan kat situ. So, sesiapa yang nak tengok/layan kena langgan aaa.. SERIUS menyirap ok!

Bila dah ada channel baru ni, C104 C105 dah jadi macam sampah!! Kalau takde apa, dia cover ngan klip-klip yang KONONnya klip-klip baru.. PLUSSS iklan yang semakin menggila sekarang ni! Kalau siaran yang tak berbayar aku boleh terima, tapi kalau ASTRO punya channel pun iklan berlambak-lambak STRESS la wei...

Nasib ada Tv1, Tv2, Tv3, NTV7, 8TV dan TV9.

Channel sukan, channel Movie, chanel discovery setakat ni tiada masalah. Masih OK. Teruatam sports.

Channel Movie, so-so la, sebab cerita semakin lama semakin BORING!! Huhuhuhuhu... as usual repetition yang melampau.

ASTRO memang sedang serang pelanggan-pelanggan dia secara psikologi sekarang ni. Aku pun dah fed up!

Apa yang ada layan je la. Harap RTM dan MEdia Prima boleh terus sajikan rancangan-rancangan yang menarik untuk orang-orang seperti kami ni. Yang tak larat nak tambah lagi hutang dengan Astro ni.

Sekian, luahan rasa untuk kali ini. Maaf sebab bahasa agak keras.

No comments: