Wednesday, October 6, 2010

ASMARA




Nope… Its not 18sx entry yeaaa


Sejak semenjak aku dah kurang sikit kelas ni, barulah boleh bernafas dan layan drama-drama di TV waktu-waktu malam. Sebagai manusia yang mempunyai hobi menonton rancangan-rancangan di TV, aku anggap ini sebagai bonus untuk diri sendiri :p

So, my schedule will be like this..Tayangan Wajib tonton:


Monday – CSI: NY, C701, 2200 tapi takleh tengok sebab ada kelas. Huhuhuhuhu…

Wednesday – Glee, C711, 2100 - CSI: Miami, C701, 2200 – CSI, C701 2300Rabu paling best la kalau layan TV sebab banyak cerita favourite.

Thursday – Buletin Utama, lepas tu biasanya aku tak layan dah TV sebab banyak sangat cerita hantu.

Jumaat – Ahmad Durrah :p, kol 10 ke atas layan drama TV2 atau Movie @ TV3 atau pun layan Movie @ lain2 channel bergantung kepada cerita mana yang paling best.

Saturday and Sunday - BPL kalau Man Utd main sahaja @ game yang melibatkan pasukan Selangor. Kalau takde game, layan cerita Cerekarama @ TV3 @ layan la channel-channel lain yang menarik perhatian. Kalau takde benda menarik, aku goreng keropok sambil tengok cerita sambil sesi kutuk mengutuk cerita di TV bersama CH.

Serius, biasanya inilah rutin aku. Sebab kami jarang keluar malam. Kami penuhkan aktiviti di siang hari. Malam untuk beristirehat.


Eh.. jap jap.. mana pergi hari Selasa???


Haaaaaaaaaaaaaa… Hari Selasa adalah masa untuk ASMARA!

 
Yes, Asmara babe!!

 
Yeeee adikku, gelaklah guling-guling.. sebab sekarang kakakmu dah layan cerita ASMARA di TV3 tuuuuuu.. ala-ala orang kata cerita poyo tu.

 
Tapi peduli apa aku kan… asal boleh aku layan, aku layan laaa… walaupunnnnnnn ceritanya takdelah hebat mana, just untuk suka-suka.

 
Macam layan cerita Hindustan versi Melayu. :p :p :p

 
Aku layan cerita ni dari episode 1 lagi. Dari mula-mula macam mana hero tu boleh terjebak dengan perkahwinan tanpa rela.

 
Sejarahnya bermula apabila, aku macam biasa, bila ada cerita baru aku akan pastikan aku tengok 1st episode. So, dari 1st episode la aku akan tentukan sama ada aku nak layan terus atau on off jek.

 
Maka, aku layanlah cerita tu dari kol 9 sampai lah kol 10. At the end, aku tengok cerita terbitan Suhan Movies.. so, taulah sape kan? Under Rosyam Noor. Hah! Confirm ada konflik-konflik ada babak-babak macam cerita Hindustan, typical cerita Rosyam Noor.. hehehe.. tapi yang buat aku nak layan la gak cerita ni sebab dia ambil orang lain jadi hero… yesss, orang lain. And kebanyakkanya pelakon-pelakon muda la, kecuali yang jadi mak bapa (for surela kan…). Aku tak kenal pun pelakon-pelakon dia kecuali yang jadi isteri hero tu, Faezah Elai kot kalau tak silap.


Until now, episode 5, bapa si hero tu dah mati. Mak isteri hero cuba baik-baik dengan si hero dan minta tolong dia beri tunjuk ajar anak perempuan dia yang hidup bebas.

Kakak isteri hero dok marah tak tentu pasal kat hero sebab ingat hero tu tak jaga adik dia betul-betul. Kakak isteri hero ni still tak tau nak adik dia pregnant anak orang lain. Hero kena kahwin paksa sebab nak tutup malu keluarga isteri dia. Bapa isteri hero paksa bapa si hero pujuk hero ni kahwin ngan anak dia sebab dia tak suka bapa pada baby dalam kandungan tu sebab bapa baby tu anak musuh dia.

 
Bapa si hero ni lak, tinggalkan hero ngan mak hero ni kat kampong dan kahwin lain. Mak tiri hero ni setakat ni memang baik lah.

 
Hero ni lak ada kawan perempuan dulu, tak pernah declare apa-apa, tapi masing-masing faham sesame sendiri kot. Sekarang hero dan jauhkan diri dari gf dia. Gf dia tak tau dia dah kawin. Tapi hero dah bagitau gf dia yang diaorang tak boleh berkawan dah.

 
Abang gf dia ada jumpa hero minta dia tunang then kawin lepas habis belajar. Gf hero bagitau hero tak perlu risau dengan abg dia sebab gf hero akan bagitau abg diaorang dah berpisah dan gf dia yang minta untuk berpisah.

 
Gf macam ada hidu-hidu something between hero ngan isteri hero sebab dia orang belajar 1 kolej. Lagipun bapa hero ngan bapa isteri hero kawan baik.


Dan nama hero tu adalah ASMARA. :D


Amacam? Pening tak cerita ni… hahahahahahhahaha..

No comments: