Monday, October 11, 2010

Part 2: Sambung belajar : Master/PhD @ UKM

Sebelum aku sambung, nak maklumkan bahawa di bawah Pusat Kembangan Pendidikan, kursusnya adalah TERHAD berbanding dengan PPS yang menawarkan kursus dan pengajian bagi setiap fakulti di UKM.


Anda boleh lawati laman web PKP untuk maklumat lebih lanjut kursus-kursus yang ditawarkan oleh PKP.

http://www.ukm.my/kembangan


Baiklah, kita mulakan bahagian kedua dengan memfokuskan kepada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, FSSK yang merupakan antara fakulti terbesar dan popular kerana setiap kali hari terbuka sering diserbu oleh pelanggan. :D


Di bawah FSSK ada 6 jabatan penting yang di kenali sebagai Pusat Pengajian.

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi
Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran.

Setiap pusat pengajian ni ada 3-5 program yang ditawarkan mengikut bidang masing-masing. Dan Setiap program ada 3 jenis mod pengajian iaitu

1. SARJANA SAINS SOSIAL/SASTERA yang dijalankan SECARA KERJA KURSUS SAHAJA.

2. SARJANA FALSAFAH yang dijalankan secara PENYELIDIKAN semata-mata.

3. DOKTOR FALSAFAH

Bagi proram Doktor Falsafah, tiada masalah memandangkan ramai yang faham konsepnya. Tetapi mungkin ada kekeliruan sering berlaku bagi program SARJANA.

Nampak tak ada 2 jenis sarjana tu? Hmmm... sukacita aku maklumkan bahawaaaa memang di FSSK hanya ada 2 jenis mod pengajian sahaja bagi pengajian Sarjana.

KERJA KURSUS ATAU PENYELIDIKAN SAHAJA.

Takde kerja kursus dan tesis atau disertasi atau apa-apa yang selain yang dua itu. Sekian di maklumkan.

Sekali lagi aku bagitau, informasi ini hanya untuk FSSK sahaja. Untuk fakulti-fakulti lain mod pengajian ada yang berbeza. :)





Program-program yang ditawarkan mengikut pusat pengajian

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik (PPBL)


1. Sarjana Sastera (Pengajian Bahasa Inggeris) - English Language Studies (ELS)

2. Sarjana Sastera (Kesusasteraan Pascakolonial Dalam Bahasa Inggeris) - Postcolonial Literature In English

3. Sarjana Sains Sosial (Linguistik) - Linguistics

 Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu



1. Sarjana Sastera (Kajian Bahasa Melayu)

2. Sarjana Sastera (Kesusasteraan Melayu)

3. Sarjana Sastera (Pengurusan Persembahan Seni)




Pusat Pengajian Media dan Komunikasi


1. Sarjana Sains Sosial (Pengurusan Komunikasi)


 Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia


1. Sarjana Sains Sosial (Psikologi Kaunseling)

2. Sarjana Sains Sosial (Pembangunan Manusia)

3. Sarjana Sastera (Psikologi Industri dan Organisasi)





Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi


1. Sarjana Sains Sosial (Analisis Strategi dan Keselamatan)

2. Sarjana Sains Sosial (Saons Politik)

3. Sarjana Sastera (Sejarah Malaysia)





Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran.

1. Sarjana Sains Sosial (Antropologi dan Sosiologi)

2. Sarjana Sains Sosial (Geografi)

3. Sarjana Sains Sosial (Sains Pembangunan)

4. Sarjana Sains Sosial (Penilaian Impak SOsial dan Sekitaran)


Kena berhenti jap sebab ada kerja nak buat. :p

Untuk bahagian 3, aku akan terangkan tentang beza antara Sarjana Kerja Kursus dan Sarjana Falsafah dan struktur pengajian masing-masing. 

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya bekas pelajar Universiti Malaysia Sarawak dan telah menamatkan pengajian dalam bidang sains sosial (kajian politik dan pemerintahan). Saya nak tanya, boleh tak saya meneruskan pengajian dalam bidang master sains sosial 2011 di UKM dengan PNGK saya hanya 3.15 sahaja? saya berminat nak sambung master di UKM secara sepenuh masa. Harap dapat penjelasan dari saudari..

Boleh email saya di email: hafizithebest@yahoo.com.my

Saya harap saudari dapat membantu. Terima kasih.

Anonymous said...

salam, saya berminat nak sambung master di ukm. Saya bekas student Unimas dalam bidang sains sosial (kajian politik dan pemerintahan.masalahnya pointer saya 3.15 je..ada peluang x nak sambung master? harap jasa baik saudari untuk memberikan maklumat. terima kasih.