Tuesday, November 22, 2011

Banjir di Kelantan, Terengganu, Johor..

..... Dan banjir AIRMATA di GBK, Jakarta.

Wuuhuuuuu.... walaupun beribu emas yang dimenangi oleh pasukan Indonesia, tapi emas yang penting adalah milik MALAYSIA.

Terima kasih skuad harimaumuda!!!

Sang Garuda telah dipatahkan sayapnya. Bukan 1 tapi 2 sayap. Menutup segala ejeka, cacian, provakasi oleh penyokong-penyokong mereka yang boleh aku katakan "kurang bertamadun". Penyokong Malaysia should learn from this. Tidak kisah siapa lawan kita, hormati mereka.

Esok, satu lagi perlawanan penting. Kelayakan Olimpik 2012. Malaysia vs Syria di Stadium Bukit Jalil. Aku tak dapat join, sebab tengah "tunggu masa" je ni. Ada yang buat kecoh kat stadium lak nanti. Tapi mana tau, leh dapat tiket free seumur hidup kan? hahahahhaahhaa...

Kita ada pertahanan terbaik(Muslim & Fadhli memang ada chemistry yang terbaik), penjaga gol terbaik, midfielder yang full function, cuma striker yang kureng sikit. Striker kena lebih rajin training, "berani dan yakin". Balik Malaysia, perlu training lebih masa. Kena rajin. Then only, anda akan jadi seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Safee Sali dan Nur Idlan Talaha. Practice, practice and practice. Itu je caranya. Sama seperti nak dapat A dalam Math, kena rajin buat latihan. :D

Satu yang paling aku respect, mental depa ni kuat gila! Serius aku yang tengok dia orang ni dari game yang pertama, meremang bulu roma. Tengok semangat yang tak pernah pudar, semangat juang yang tinggi macam tak ada apa yang berlaku, macam tak ada penyokong pihak lawan kat stadium tu. Ntah apa kata-kata keramat yang OKS bagi kat depa ni yang buat depa terus berjuang sehingga ke wisel yang terakhir. Fuhhh... memang aku puas hati. Ini yang aku katakan, kalau depa kalah, biarlah kalah yang bermaruah. Berjuang bermati-matian.

Jadi, tahniah kepada OSK dan team harimau muda. Harap mereka akan terus berjuang untuk terus naikkan nama Malaysia di peringkat Asia dan seterusnya peringkat yang lebih tinggi.



Selamanya, selamanya, selamanya Harimau Malaya
Selamanya, selamanya, selamanya Malaysia

Auuuuuuummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!



p/s: rindu pulak nak tengok game skuad Harimau Malaya.

Wednesday, November 9, 2011

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha

InsyaAllah, tahun depan nak simpan sikit-sikit duit buat Qurban.

Tahun ni, thanks mak!!!

Friday, November 4, 2011

Berkongsi : Kelebihan Surah Al-Ikhlas (iluvislam)

taken from here

Kelebihan Surah Al-Ikhlas
www.iLuvislam.com
Oleh: Syahid_Fisabilillah
mawaryangtinggi


Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

  • Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata,“Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu). Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai). 
 
  • Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras). 

  • Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s." 

Thursday, November 3, 2011

Piala Malaysia Milik N9

Cerita 1:

Haaaaaaaaaa.... kan.. kan... kan... kan penyu dah kena hobin dengan rusa.

Hanya P. Maniam dan Ong Kim Swee yang kata N9 akan jadi juara Piala Malaysia (merujuk dari suratkhabar).

Aku pun target tahun ni Terengganu boleh jadi juara memandang Tganu punya pretasi tengah top sekarang ni.

Tapi.. tapi.. aku ada gak kata, jangan pandang rendah dengan keupayaan N9. Underdog team. N9 dibarisi oleh pemain-pemain yang berusia dan berpengalaman. Bila berpengalaman, mereka ni lebih tenang dan pandai curi peluang. Maka, peluang itulah yang dicuri oleh Hai-O dan Shukor Adan. Serius sentap semua penyokong-penyokong Tganu, termasuklah ada orang Kerteh tu yang konon-konon nak cuti panjang lagi. Muahahahahahahahaha...

Sebagai penyokong Selangor yang kecewa (nak cakap gak tu), aku tonton perlawanan dengan lebih tenang sebab tak melibatkan pasukan yang aku sokong. Kalau tak serius jantung aku berdegup laju (ye, aku memang poyo sikit kalau tengok sukan ni).

Game malam tu memang best. Dua-dua team sering menyerang. Ashari the silent killer memang berhak dipanggil semula dalam skuad Harimau Malaya. Hairuddin Omar, bak kata Zainal Abidin Raop, penyerang-penyerang muda N9 dan team lain patut belajar sesuatu dari beliau. Fokus! Fokus! Fokus dan tenang. Pertahanan Tganu memang terbaik la under Marzuki Yusof. Tapi itulah orang kata, bola itu bulat. Apa-apa boleh terjadi masa perlawanan akhir dan Sharbinee telah membuktikan fakta tersebut dengan menghadiahkan N9 satu gol yang sangat sangat sangat mudah.

Sebelum game, aku ada borak-borak dengan CH. Dalam borak-borak tu kita orang ada cakap, Tganu boleh menang kalau Sharbinee tak buat silap. Haaaaaaaa... tak sangka lak betul-betul jadi sebab kita orang selalu cakap dia ni kena hati-hati since kejadian rempuh Muhaimin Omar sampai member tu cedera dan tak boleh main bagi tahun 2011.

Keputusannya : Neg. Sembilan 2 (S.Kunanlan, Hai-O) ; Terengganu 1 (Ashari Shamsuddin)

Apa-apa pun, N9 dah jadi juara Piala Malaysia. Terengganu Naib Juara Piala Malaysia dan juara Piala FA, TRW juara Liga Super, Selangor???? Jadilah dapat masuk semifinal daripada tak lepas peringkat kumpulan langsung. Terima kasih kepada P. Maniam dan pemain-pemain Selangor.

Irfan Bakti, jika benar desas desus, Selamat Datang ke skuad Merah Kuning.




Cerita 2 :


Happy Birthday Anisssssssssssssssssssssssssssssssssss!!! 31.10

Dah 2 tahun. Besar dah tu. Ibu dah boleh bagi adik dah ni. Hahahahaha...

Tahun lepas cikngah (CN) dan CL dapat memandu sampai ke Kerteh untuk celebrate birthday Anis, tapi tahun ni tak dapat la sebab CN dah tak larat :p. Nanti elok-elok boleh dapat IC Selangor, baby ni nanti kena register kat Terengganu lak. Ohhhh.. tidak mahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

Doakan baik-baik saja untuk anis. Aminnn...

Pokok - MUH Ft Hazama

Satu lagi lagu kegemaran.

Apa-apa pun aku lebih prefer Hazama yang nyanyi daripada yang seorang lagi tu (tak letak nama sebab tak minat :p).

Sayang AJL Hazama tak bawa lagu ni.

"Tanya sama pokokkkkk... apa sebab goyangggggggg...."




credit to inchikeman.com (youtube)

layankan dulu sementara aku nak taip semula entry yang hilang semalam.

Huhuhuhuhuhu...



Wednesday, November 2, 2011

Grrrr...

Sudah taip panjang-panjang entry menarik, tiba-tiba hilang begitu saja.

Nak pergi tenangkan diri dengan menikmati MAGNUM. Cehhhhhhhhhhhhhhhh

Monday, October 24, 2011

Misi 33 Selangor #4 dan ...

Isnin yang sangat tidak menyeronokkan.

1. Misi 33 Selangor berkecai.

2. Man U kena belasah KAW KAW

3. Chong Wei tewas.. sekali lagi kepada Cheng Long


Selangor tewas kepada pasukan yang lebih baik, memang tidak boleh dinafikan. Tapi, apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada P. Maniam kerana berjaya membawa Selangor ke separuh akhir, sekurang-kurangnya.  Satu kelemahan yang sangat ketara, pemain Selangor tak kejar bola, semua tunggu bola. Tak sempat bola sampai, pemain lawan dah kebas. Belajarlah kejar bola weiiiii... Kecewa memang kecewa, tapi Terengganu main memang cantik. Pemain yang boleh jaringkan gol pun ramai dan gol dari Ashari memang terbaik la. Rajagopal patut pertimbangkan semula untuk ambil Ashari ni. Percayalah, dia akan menyumbang dalam waktu-waktu yang diperlukan.

Terasa jugalah bila Amri takda. Dah masuk separuh masa kedua baru P. Maniam berani masukkan Amri. Amri lak masa nilah tercedera. Memang takde rezeki Selangor. 1 gol daripada Shafiq Rahim dapat gaklah mengubat luka. Tahun 2011 tahun "tangan kosong" Selangor. Tahun depan cuba lagi. Kepada pengurusan Selangor, carilah penyerang yang betul-betul penyerang.

Akhir nanti Terengganu vs Negeri Sembilan. Kalau ikutkan tahap kemantapan memang nampak Terengganu akan pegang Piala Malaysia. Tapi bola itu bulat. Apa-apa boleh terjadi dalam perlawanan akhir. Negeri Sembilan walaupun ramai pemain yang "berusia" namun mereka ada juga pemain-pemain muda yang berpengalaman dan bagus. Gandingan pemain muda dan berusia. Kalau Terengganu silap strategi atau over confident, N9 boleh menang. Bila dah pengalaman ni, dia orang lebih cool dan cari kesempatan yang terbaik untuk boloskan gol Terengganu.

Jadi, jumpa lagi di depan TV pada 29 Oktober 2011, Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan.

Saturday, October 22, 2011

Misi 33 Selangor #3

Bekalan malam ini. Go Selangor Go!!! Berjuang habis habisan. Walaupun agak mustahil, tapi jangan mengaku kalah selagi wisel penamat belum dibunyikan.


Wednesday, October 19, 2011

Misi 33 Selangor #2

T-Team 2 Negeri Sembilan 4

Selangor 0 Terengganu 2

Huhuhuhuhu... Gol awal tu memang mengganggu emosi. Guna tumit beb! Tergamam jap aku ngan CH.

Apa yang aku boleh kata, Selangor sangat-sangat memerlukan seorang penyerang yang sebenar (real striker). Peluang depan gol ada, tapi tak ada penyudah. Penyerang sebenar mesti seorang yang sangat tenang seperti Safee Sali dan Nor Idlan Talaha. Ashari pun jenis yang tenang, sebab tu boleh jaringkan gol bila ada peluang.

Ketiadaan Amri sedikit menggangu cara permainan. Walaupun ada yang kata, tanpa Amri Selangor boleh punya, tapi bagi aku Amri memainkan peranan yang penting dalam pasukan. Safiq + Amri = Selangor. Fazli Shari tak bolehlah. Memandangkan Amri akan main di KT nanti, aku harap ada peningkatan dalam permainan Selangor nanti.

Apa-apa pun, Terengganu memang terbaik! Kawal permainan, semua tip top dan menjadi. Boleh dikatakan Selangor tak dapat bola semalam masa separuh masa pertama. 50-60 peratus Terengganu pegang bola. Stress beb!!! Habis Safiq kena kawal. Bola depan gol memang bersih. Depa taknak bagi freekick pada Selangor memandang itulah kelebihan Selangor dengan kehadiran Safiq Rahim. Huhuhuhuhu...

Ada lagi 90 minit di KT. Walaupun agak-agak samar (ini pandangan peribadi) namun aku masih mengharap berlaku keajaiban yang membolehkan Selangor akan berjaya melangkah ke perlawanan akhir. Merah kuning lambang kebanggaannnnn...

Harapan aku : Akhir, Selangor vs Negeri Sembilan.


Atas kertas : Akhir, Terengganu vs Negeri Sembilan.

T-Team? sama kes macam Selangor. Agak payah juga memandangkan Hairuddin Omar dan S.Kunalan tengah menjadi ni. Lebih-lebih lagi perlawanan kedua di Stdm Paroi. Mau kena sorak hoben jang hoben ngan penonton. Kahkahkah... hoben la ko jang.

Kunalan, tak nak main untuk Selangor ke musim depan? :D 

Tuesday, October 18, 2011

Misi 33 Selangor #1

2 perlawanan. 4 buah pasukan.

Selangor vs Terengganu.


T-Team vs Negeri Sembilan.

Perlawanan tumpuan aku sudah semestinya Selangor vs Terengganu.

Secara jujurnya, aku pun tak jangka Selangor berjaya sampai ke tahap separuh akhir selepas apa yang K.Devan buat pada pasukan Selangor. Namun, perletakan jawatan K.Devan tepat pada masanya dan P. Maniam telah berjaya menerapkan semangat kepada pemain-pemain untuk bangkit semula. Fuhhh... lega.

Sebab itu orang kata, permainan bola ini kadang-kadang ikut nasib. Dan, aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Terengganu kerana telah berjaya menyingkirkan pasukan Kelatan :p. Ngehhhh... Sebak betul aku bila tengok Irfan Bakti menahan air mata bila di temuramah oleh Zainal Abidin Raop selepas perlawanan di KB hari tu. Semua memilih Kelantan untuk menang walaupun Terengganu memegang agregat 3-1. Siapa yang tak panas kan? Aku pula memang berharap Kelantan akan tumbang. Ngeh ngeh...

Berbalik kepada pasukan Selangor, malam ni boleh dikatan 50-50. Sebagai penyokong aku nak Selangor menang, tapi secara realistiknya, Terengganu berada di tahap yang terbaik. Bermula dari jurulatih sehinggalah kepada pemain. Berdebar gaklah aku. Tapi orang kata, jangan berhenti berjuang sehingga ke wisel penamat. Macam tu jugaklah semangat penyokong-penyokong setia. Bagi aku kalah menang adat permainan, cuma aku mengharapkan Selangor berjuang habis-habisan bukannya mengaku kalah sebelum masanya. Berikan persembahan yang terbaik.

Amri Yahya cedera dan belum tau lagi sama ada diturunkan atau tidak. Risau gak sebab nama Fazli Shaari dikaitkan untuk diturunkan. Aku tak berharap sangat dengan dia ni. Tak banyak tunjukkan kemampuan sejak dibeli dari KL Plus. Tapi siapa tau, tiba-tiba dia menjadi hero kan? Tak kisahlah siapa saja pemain Selangor yang diturunkan, apa yang pentingggg??? Kerjasama :p dan semangat untuk menang.

Terengganu bukan calang-calang pasukan. Pertahanan di kawal rapi oleh Marzuki Yusof, Ismail Faruqi pun dah boleh main semula, Ashari Samsudin pembunuh senyap (silent killer) dia ni, tambah lagi, Terengganu ada 2 penyerang Abdul Hadi dan Abdul Manaf. Pertahanan Selangor memang akan bekerja keras malam ni, tapi apa-apa pun jangan sesekali mengaku kalah. Selangor pun ada barisan pertahanan yang mantap untuk memastikan pintu gol Selangor tidak bocor dan pemain-pemain tengah yang terbaik bagi memastikan pintu gol pihak lawan akan dibocori.

Maka dengan itu, malam ni, aku dan CH akan berkampung di depan TV. RTM 1, jam 8.45 malam. Bendera pun siap sedia untuk dikibarkan. Merah Kuning lambang kebanggaannnn....

Jangkaan aku : aiseyyy susahlah... ni kira jangkaan berat sebelah sebab aku penyokong Selangor eh. Selangor 1 Terengganu 0.

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday : 23


Takde Kerja 

:p

Tuesday, October 11, 2011

Merah Kuning

Wooohooooo....!!!!!

SELANGOR - 3

PERAK - 1

Ini yang sering aku cakap, tunjukkan permainan yang terbaik. 

Penyokong mesti penuh stadium punyaaaaaaaaaaaaaa.... semangat jitu penyokong Selangor!!

Tengok di saluran Arena je. Tapi macam tengok kat stadium.

Berbekalkan karipap panas dan teh O, aku ngan CH macam tonton kat stadium aaa...

Jurulatih pandai guna pemain, pemain pun berikan permainan yang terbaik setelah sekian lama aku tak tengok pemain-pemain Selangor main sebagus semalam.

Kesimpulannya, aku puas hati. Walaupun kena 1 kad merah, memang patut pun. Apadaa... 

Ada lagi 90 minit di Ipoh. Harap pemain Selangor akan terus berjuang demi penyokong-penyokong setia dan tegar ni.


MERAH KUNING LAMBANG KEBANGGAAN!!!!



Wednesday, October 5, 2011

Tuesday, October 4, 2011

Gatal Tangan

Saja-saja gatal tangan. Kerja banyak, tapi tak tau nak mula yang mana satu.

End up, main-main kat blog.

Semak pula aku tengok blog ni. Memandangkan memang tengah ketandusan idea dan kebosanan, biarkan saja blog begini.

Huhuhuhu.. kerja, kerja, kerja.....

Friday, September 30, 2011

Berkongsi : Wanita, Rebutlah Persamaan Hak Di Sisi Allah

Taken from iluvislam.com :

Wanita, Rebutlah Persamaan Hak Di Sisi Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam



Sejambak bunga yang segar jika diletakkan di atas meja untuk hiasan tentu nampak cantik dan menarik meja itu. Orang yang memandang akan dapat meni'mati kecantikan dan kesegaran bunga yang dihias. Kerana pandainya orang yang empunya bunga, maka akan jadi perhiasan mata ramai. Dan dihargai kecantikannya.
Apa jadi kalau bunga itu dihias dalam tandas? Tentu hilanglah kemegahannya sebagai bunga yang dipuja kecantikannya dan orang akan mengatakan alangkah tidak siumannya atau kurang akal bagi orang yang tidak pandai menghargai bunga secantik itu lalu diletakkan di tempat yang sehina itu.
Wanita ibarat bunga, antara perhiasan dunia yang amat memikat lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw bermaksud:
"Dunia itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya itu ialah perempuan yang solehah (perempuan yang baik tentang agama, akhlak, rumahtangga, pergaulan dan sebagainya)." - Riwayat Muslim
Sesuatu perhiasan yang disayangi dan mahal harganya tentulah akan diletakkan di tempat yang terpelihara atau tersembunyi. Agar pencuri tidak berpeluang mengambilnya. Kalaupun didedahkan di depan umum akan diletakkan kawalan rapi agar terpelihara keselamatannya. Lebih tinggi nilai perhiasan tadi maka makin ketatlah kawalan dibuat. makin ramailah orang yang menghargainya dan makin sulitlah untuk
mendapatkannya.
Begitulah juga sepatutnya wanita. Allah ciptakan wanita berbeza dari lelaki. Dari segi fizikal dan fitrah yang Allah jadikan berbeza antara lelaki dan perempuan itu ada tujuan dan maksudnya. Tidak lain dan tidak bukan agar terbezanya tugas antara kedua makhluk Allah itu.
Wanita Allah anugerahkan dengan sifat-sifat tertentu seperti pemalu, lemah-lembut, penyabar, berhalus, kuat perasaan, mempunyai fizikal yang lemah, pendek akalnya dan sebagainya. Semuanya itu mempunyai maksud, iaitu untuk menyeimbangi lelaki yang Allah jadikan kuat fizikalnya, panjang akalnya, kasar dan tegas tingkah lakunya dan sebagainya.
Dengan sifat lemah lembut dan sabar yang dimiliki oleh seorang wanita menyebabkan ia mampu melayan ragam anak-anak; mampu berdepan dengan suaminya dengan baik.
Halus perasaan membolehkan ia cepat memahami hasrat dan masalah yang dialami oleh suaminya. Sifat berhalus menyebabkan wanita mampu melakukan kerja-kerja remeh seperti menjahit, menyulam, memasak dan menghias rumahtangga.
Sifat sabar membolehkan wanita melakukan kerja-kerja yang berulang-ulang atau yang sama setiap hari seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya tanpa jemu-jemu.
Kurang akalnya wanita menyebabkan mereka suka jadi orang yang dipimpin; lemah dari segi fizikal menyababkan mereka memerlukan pada seorang lelaki sebagai pelindung diri.
Justeru kerana itu, Allah yang menciptakan kita, tentunya Dia Maha Mengetahui di mana lebihnya wanita dari lelaki, untuk dimanfaatkan; dan di mana kurangnya wanita di sisi lelaki agar kekurangan itu boleh diisi oleh lelaki. Oleh sebab itu Allah tidak membebankan wanita dengan tugas yang berat-berat yang mana hanya akan menyusahkan wanita dan tidak akan ada kemampuan mereka untuk melaksanakan dua kerja dalam satu masanya.
Sebagai bukti kasih sayang-Nya, Allah tidak bebankan wanita mencari nafkah, tidak disuruh membanting tulang empat kerat yang lemah untuk tujuan itu; semuanya itu tanggungjawab lelaki.
Persamaan hak di sisi Allah antara lelaki dan wanita, itulah persamaan hak yang patut dituntut dan dijadikan impian setiap wanita. Allah sendiri menyatakan di dalam Al Quran yang Ia tidak melebihkan seseorang dengan seseorang yang lain melainkan dari segi taqwanya. Begitu juga Allah tidak membezakan jantina samada lelaki dan perempuan; semuanya sama pada pandangan Allah sekiranya mereka beriman dan bertaqwa. Firman Allah yang membawa maksud:
"Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan, baik lelaki atau perempuan sedangkan dia orang yang beriman maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidaklah mereka teraniaya sedikit pun."- An Nisa: 124
"Barangsiapa yang beramal soleh lelaki mahupun perempuan sedangkan ia beriman pula maka mereka akan masuk syurga serta mendapat rezeki di sana dengan tiada terhingga." - Mukmin: 40
Tugas mengandung, bersalin, mengurus rumahtangga,melayan suami, mengurus dan mendidik anak-anak sudah cukup berat dan susah untuk dilakukan oleh seorang wanita yang lemah. Sehingga kerana itu Allah mengambil kira apa yang dibuat oleh wanita itu sama pahalanya dengan lelaki yang bergelanggang di luar rumah.
Hatta dalam hadis-hadis Rasulullah jelas menyebut wanita yang membasuh pakaian suami dan anak-anaknya, diberi pahala; wanita yang memasak makanan dan menghiris bawang sampai keluar air matanya juga mendapat pahala di sisi Allah; wanita yang bangun malam kerana mengurus anaknya seperti menyusu dan menyalin lampin dikatakan sama pahalanya dengan lelaki yang berjihad pada jalan Allah. Pendek kata setiap pekerjaan yang dilakukan oleh wanita di dalam rumahtangga walaupun terlindung dari pandangan orang lain, semuanya itu dikira dan dinilai oleh Allah. Walaupun perkara yang dibuat itu untuk kesenangan dan keselesaan dirinya sekeluarga, dikira ibadah selagi ia melakukan
kerja-kerja itu kerana memenuhi tuntutan Allah, yakni mencari keredhaan Allah.
Wanita itu walaupun di sisi manusia ia mungkin tidak terkenal sebagai seorang ahli profesional yang hebat,atau sebagai tokoh politik yang boleh menggegarkan negara atau seorang pakar dalam ekonomi dunia, atau apa saja bidang yang dimuliakan dan dianggap istimewa oleh manusia, tetapi di sisi Allah dia dikenal dan dimuliakan malaikat, para roh orang-orang soleh dan wali-wali Allah, segala makhluk Allah di darat dan di laut sentiasa mendoakan keselamatan dan keampunan untuknya.
Sehingga kerana itu dia menjadi kecintaan para kekasih Allah di alam malakut. Sementara di bumi nyata dia dikasihi oleh anak-anak, suami, jiran-jiran dan kaum keluarganya kerana khidmat dan kasih sayang yang dicurahkan pada mereka. Walaupun ia tidak memiliki ijazah yang tinggi melangit, pangkat, nama tetapi tempat kebesaran telah pun menunggunya di akhirat.
Itu semua dapat dicapai dengan melakukan tugas yang sudah sesuai dengan fitrah wanita dan sudah cukup untuk menjadikan syarat wanita diberi hak yang sama dengan lelaki di akhirat kelak.
Sebaliknya wanita kini meminta di dunia supaya mereka disama-tarafkan dan minta diberi hak yang sama dengan lelaki di semua bidang. Lelaki jadi menteri mereka juga mahu jadi menteri, mahu jadi polis, tentera, hakim, jurutera, pegawai eksekutif. Atau mahu terlibat dalam acara-acara yang dimonopoli oleh lelaki, seperti bermain bola sepak, menunggang basikal dan sebagainya dengan alasan mereka patut diberi kesempatan untuk membuat kerja yang lelaki buat. Kononnya mahu jadi srikandi pejuang bangsa.
Mereka mendakwa kaum wanita juga mempu buat apa yang lelaki boleh buat, inilah yang biasa mereka katakan (wanita boleh!) Sekiranya mereka tidak dibenarkan terlibat di bidang yang sememangnya diuntukkan pada lelaki katanya mereka telah dianak-tirikan, diskriminasi (merendah-rendahkan kaum wanita) dan bermacam-macam lagi bantahan.
Mereka tidak sedar bahawa apabila mereka meletakkan diri di bidang yang tidak sesuai dengan fizikal dan fitrah mereka, maka terpaksalah mengorbankan banyak perasaan kewanitaan demi untuk menyesuaikan diri dengan tugas yang dipegang.
Hal ini adalah bertentangan dengan fitrah mereka, mengabaikan tugas-tugas asas sebagai wanita terhadap anak-anak, suami dan rumahtangga, seterusnya mendedahkan diri mereka kepada pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, mendedahkan aurat dan terdedah kepada sifat
keangkuhan, sombong dan bangga diri dengan jawatan atau kedudukan yang mampu mereka capai.
Jadilah mereka sepertimana bunga yang diletakkan di dalam tandas tadi. Hilanglah keindahan mereka sebagai seorang wanita. Jeleklah mereka pada pandangan penghuni langit, sekali pun mereka boleh beribadah seperti ibadah para Nabi. Apatah lagi kalau mereka sampai melanggar perintah Allah, dilaknat ke atas mereka oleh setiap makhluk Allah di darat dan di laut.
Umpamanya, seorang wanita yang jadi menteri, tentulah terpaksa melayan rakyatnya yang terdiri dari orang lelaki dan wanita. Jadi menteri terpaksa diiring ke sana ke mari oleh lelaki dan perempuan yang bukan suaminya. Ataupun kalau di rumah sering didatangi oleh lelaki yang menjadi rakyatnya dengan hajat itu ini. Kalau kahwin sama-sama menteri tidak apa juga. Apa halnya kalau isteri menteri tetapi suami tidak.
Tentulah tidak layak si suami hendak melayan rakyat yang hendak jumpa menteri. Yang hendak diajak berbincang ialah isterinya, menteri itu bukan si suami.
Ketika itu bagaimana perasaan si suami melihat isterinya berbincang dengan lelaki lain di rumahnya, kadang-kadang dari malam sampai ke pagi. Sedangkan dia terpaksa buat air dan jaga anak sebab isteri sedang berurusan. Ataupun kalau anak dan air diuruskan oleh orang gaji, tentu rakyat yang datang tadi tidak mahu mendengar buah fikiran atau keputusan yang dibuat oleh si suami yang bukan menteri. Tentu keputusan dan pandangan isterinya yang lebih diharapkan dan didengar.
Begitulah hina dan malangnya lelaki atau suami yang gagal meletakkan wanita di tempat yang sepatutnya. Sebaliknya berbahagialah lelaki atau suami yang pandai meletakkan wanita di tempatnya. Rasulullah saw bersabda:
"Tidaklah yang memuliakan wanita, kecuali orang-orang yang mulia, dan tidaklah menghinakan wanita kecuali orang-orang yang hina."
Oleh itu sekiranya seorang wanita hendak menuntut hak yang sama di sisi Allah dengan lelaki, ia mestilah melakukan tugas yang sesuai dengan fizikal dan fitrah kejadian wanita. Yakni tugas yang tidak memerlukan dia setaraf dengan lelaki. Dan tentulah dalam melaksanakan tugas yang sesuai dengan fizikal dan fitrahnya itu syariat lahirnya juga dapat dijaga.
Ibadah-ibadah asasnya seperti sembahyang dan puasa dikerjakan sungguh-sungguh. Ibu bapa ataupun suami ditaati dan maruah diri dipelihara dari tercemar. Maka wanita itu akan dimuliakan dan diberi pangkat yang tinggi di sisi Allah seperti mana hadis Rasulullah yang menyebut seorang wanita solehah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.
Marilah kita berusaha untuk merebut pangkat dan kemuliaan di akhirat. Kerana pangkat dan kemuliaan akhirat itulah yang boleh dibanggakan dan boleh memberi kebahagiaan yang berkekalan. Sedangkan pangkat dan kemuliaan dunia sudah banyak melalaikan dan membuat manusia lupa pada Tuhan, menjadikan mereka akan dibangkitkan hina dina di akhirat kelak. Azab neraka yang dahsyat akan menunggu-nunggu untuk memamah tubuh-tubuh mereka yang berdosa dan angkuh dengan kebolehan diri.
Itulah sebenarnya yang mereka perjuangkan di dunia dulu yakni syurga dunia tetapi api neraka di akhirat. Rugilah perjuangan yang begitu.
Artikel iluvislam.com


Tapi, kalau kerja dengan niat beribadah tak salahkan? Niat bantu suami, ringankan beban suami. :)

Thursday, September 29, 2011

Lagu dolu-dolu...

Selalu dengar lagu Kelip-kelip ku Sangka Api by pakcik Malik Ridzuan.

Memang boleh layan aaaa... macam cute je kan. Nyanyi nyanyi waktu pagi.




Cari-cari kat you tube... Nah, ini hasilnya.


Layankan saja.....












:)

Wednesday, September 28, 2011

Monday, September 26, 2011

K.Devan Kata Dia Merajuk?

Cehhhh... kemain lagi drama king. Letak jawatan sebab penyokong dah tak suka. Sibuk mention pasal dapat 5 piala.

Dear Devan,

aku memang bengang dan antara penyokong Selangor yang paling happy bila tau kau dah letak jawatan. Nak tau kenapa? Sebab nak jadi coach ni kau kena kreatif. Macam main strategy game. Kau dah tau pihak lawan tahu kau punya strtategi, kau kenalah buat strategi lain. Ini tak, pakai bedal je. Lepas tu suruh komen, kau cakap "pemain dah beri yang terbaik" COme on laaaa.. siapa yang pergi stadium, yang tengok kat tv boleh tau bagus ke tidak game tu. Kalau kau betul-betul rancang game, dan game yang diberikan pemain adalah yang terbaik tetapi nasib tak menyebelahi pasukan Selangor, thenn... aku boleh terima. Tapi, kalau strategi yang kau guna pakai belasah je, kemudian ko kata dah beri yang terbaik... memang ngek la kau.

Dah la pemain-pemain yang kau turunkan ntah siapa-siapa. Pemain yang tengah top macam Shafiq Rahim, Amirul Hadi kau letak di bangku simpanan. Tak pandai guna player yang ada. Lepas tu, real striker tak ada. Jual Safee dulu, patutnya kau terus cari striker yang baru. Yang betul-betul striker. Ni pemain yang injured ko beli. Main bolehlah kira berapa kali. Last-last, sebab dah tak ada idea ko pergi letak Amirul Hadi jadi striker. Gila! Carilah pemain-pemain muda, ramaiiii.. dan asah bakat depa. Pemain-pemain muda yang baru nak cipta nama ni, semangat depa lain macam sikit. Cuba ikut contoh Mr. Alex Ferguson.

Jadi, kegagalan kau ni adalah kesilapan diri sendiri. Jangan nak menunding jari kepada penyokong. Kami memang setia menyokong. Kalau tak takadalah nak jejak kaki ke stadium or mengharap rtm atau arena akan tayang game Selangor sebab nak tengok Selangor main. Bluwekkkkkk....

Oh ya. Selangor masih ada harapan untuk ke suku akhir. PDRM 1 Selangor 4.

Next game, Selangor vs KL. Please... please.. please... Selangor please win.

Wednesday, September 21, 2011

Friday, September 16, 2011

Salam Hari Malaysia.

Perkara wajib tiap kali hari merdeka adalah melanguk depan tv menonton sambutan Hari Merdeka. :p

Tahun ni, sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia serentak.

Dah 54 tahun merdeka ni, harap rakyat Malaysia dapat menunjukkan sikap yang lebih bertamadun.

Boleh mulakan dengan perkara-perkara yang kecil seperti, tidak meludah keluar kereta, tidak membuang sampah merata-rata/buang dari tingkap kereta, patuhi peraturan jalan raya, bagi signal bila nak masuk simpang,tidak parking kereta sesuka hati, menghormati antara satu sama lain, bla.. bla.. bla..

Berkongsi : Solat Sunat Dhuha

Taken from http://almuslimah.com.my/2011/07/kelebihan-solat-sunat-duha/


Kelebihan Solat Sunat Duha

Soalan:
Pada waktu siang hari sebelum matahari berada di tengah-tengah garisan, umat Islam disunatkan mengerjakan Solat Sunat Duha. Soalannya, apakah kelebihan Solat Duha dan apa yang perlu saya katakan sebagai doa selepas selesai menunaikannya?
Jawapan:
Allah menggalakkan umat Islam mengerjakan solat sunat Dhuha pada waktu siang hari, bermula dari setelah matahari tinggi sejengkal iaitu lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak iaitu tengah hari (dikenali waktu Dhuha).
Jumlah rakaatnya, paling sedikit dua rakaat dan paling banyak ialah 12 rakaat mengikut pendapat yang paling sah.
Antara Kelebihan Solat Sunat Duha
1.     Jaminan rezeki
Allah berfirman dalam surah Al-Dhuha ayat 1-5 yang bermaksud: “Demi waktu duha. Dan malam apabila ia sunyi sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu) sebagaimana yang dituduh oleh kaum Musyrik.Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda”.
Waktu duha ialah waktu Allah mencurahkan kurniaan-Nya. Oleh sebab itu, bagi sesiapa yang inginkan kurniaan tersebut, maka dia perlu berhubung dengan Tuhannya melalui solat sunat Duha.
Rasulullah juga bersabda dalam sebuah hadis kudsi riwayat al-Tirmizi yang bermaksud, “Allah berfirman yang bermaksud, Wahai anak Adam! Solatlah kepada-Ku empat rakaat pada permulaan siang, nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang”.
2.     Kekuatan Jasmani
Sabda nabi s.a.w.  yang bermaksud: “Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah pada setiap satu daripada ruas tersebut. Para sahabat bertanya: Siapakah yang berdaya melakukannya wahai Rasulullah?. Lalu baginda bersabda: Boleh juga dilakukan dengan menghilangkan halangan di jalan raya, kalau tidak dapat dilakukan maka dengan melakukan dua rakaat Solat Dhuha memadai baginya”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).
Abu Hurairah memberitahu: “Rasulullah s.a.w. berpesan kepadaku dengan tiga perkara agar jangan ditinggalkan selama hidupku; puasa tiga hari setiap bulan, Solat Sunat Dhuha dan Solat Witir sebelum tidur”.        
Doa yang boleh anda katakan selepas selesai Solat Sunat Dhuha adalah seperti di bawah. Saya hanya menterjemahkan doa itu,  tidak disertakan doa dalam bahasa Arab. Semoga anda berpuas hati.
  • Oh Tuhan! Sesungguhnya saat pagi adalah kepunyaan-Mu.
  • Dan keindahan alam keliling juga kepunyaan-Mu.
  • Dan kecantikan yang wujud ini juga kepunyaan-Mu.
  • Dan seluruh kekuatan adalah kepunyaan-Mu.
  • Dan seluruh kudrat adalah kepunyaan-Mu.
  • Dan kawalan yang sebenar adalah kawalan dari-Mu
  • Wahai Tuhan! Sekiranya rezekiku berada di langit, silalah turunkan dia
  • Dan sekiranya dalam perut bumi, sila keluarkan dia
  • Sekiranya payah, sila mudahkan dia
  • Sekiranya jauh, sila dekatkan dia
  • Oh Tuhan! Dengan hak dan tuah saat pagi-Mu dan dengan tuah keindahan pagi-Mu , dan dengan kecantikan pagi-Mu, dan dengan tuah gagah dan tuah kudrat-Mu, berilah kepadaku segala apa yang kamu berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
  • Selawat dan salam dari Allah untuk penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarganya serta sahabatnya sekalian.

Jika ada kelapangan, luang-luangkanlah masa beberapa minit untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha.

Thursday, September 15, 2011

7 bulan sudah...

Masuk minggu ni Alhamdulillah, Hider Jr dah 7 bulan dalam perut aku ni. Pengalaman mengandung?

Hmmm... CH kata aku tak banyak kerenah. Cuma masa awal pregancy aku tak lalu makan nasi. Jadi, makanan aku adalah roti, kentang dan makanan-makanan kering. Tak boleh bau benda-benda masakan berempah sangat. CH la setia melayan dan memasak untuk aku. Salute you dear!!! I could not ask for more. Honestly, aku bersyukur sangat ditemukan dengan CH. Tiada kata-kata yang boleh digambarkan. Cuma aku boleh kata, Allah datangkan yang terbaik untuk aku dan aku sangat-sangat bersyukur.

Ok, cukup cerita feeling-feeling ni. Hilang ganas aku... :p

Masuk je bulan ke 4, perghhh... berdesup-desup aku makan. Hahahahaha... makanan kegemaran? Jambu batu. Lagi best kalau seedless. So, penuhlah stock jambu dalam peti ais aku ihsan CH dan emak. Ngehhhh... Berat badan pun dah naik. Susut masa bulan puasa. Naik balik time raya, walaupun tak raya sangat... kenapa tak raya? haa.. ini cerita lain pula. Memang adventure betul masa pregnant ni. Hider Jr tak ada masalah, jangkit kat ayahnya pula. Huhuhuhuhu...

Cepat penat, kaki bengkak, sakit belakang, nafas tak cukup dan pedih ulu hati adalah antara perkara-perkara yang aku alami sekarang ni. Shopping pun tak boleh lama-lama, mesti cari kerusi nak duduk. Sebab tu malas nak jalan-jalan. Tapi, jalan-jalan cari makan aku suka. :D

Baby dalam perut pun doktor kata ok. Berat, pertumbuhan semuanya ok.Harap semuanya akan berjalan lancar and both of us akan selamat dan sihat nanti. Sentiasa doakan yang terbaik. InsyaAllah.

Wednesday, September 14, 2011

Monday, September 12, 2011

Terima Kasih

Thank you, Prof. Dr. Asma

Thank you, Mr. Nazimi

Thank you, staff nurses (day and night shift)

Thank you, my parents and PIL for their support and food :D

and most importantly, THANK YOU ALLAH.

Wednesday, September 7, 2011

Saturday, September 3, 2011

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya!!!

Esok Hari RAYAAAAAAAA...

Tahun ni turn rumah Bangi pada pagi raya. Wuhuuu... walaupun rumah mertua hanya sekangkang kera, tak kisahlah :p

First sekali syukur pada-NYA sebab sepanjang bulan Ramadhan aku diberikan kekuatan untuk berpuasa penuh. Walaupun ada hari-hari yang aku rasa macam kepenatan, tapi Alhamdulillah, aku diberikan kekuatan untuk berjuang sehingga azan Maghrib. Cuma bila malam menjelma, memang terus kong. :D Sahur pun penuh, tak tinggal, walaupun kesian CH sebab kadang-kadang atas faktor kepenatan sangat, lauk pun tak sempat panaskan. Nasib CH ni best! tak cerewet... :)

Second, kena gak terima kasih pada Hider Jr, sebab tak bagi banyak kerenah kat emak dia ni. Walaupun dah dekat-dekat petang keaktifannya semakin meningkat, tapi masih boleh di kawal. Hehehehe... I know you are a good son/daughter! Insyallah...


Jadi, dengan kesempatan ini, aku nak ucapkan...




SELAMAT HARI 

RAYAAAAAAAAAAAAAAA

kepada semua umat Islam

dan 

SALAM MEREDEKA!!!

MERDEKA!

MERDEKA!

MERDEKA!

kepada semua rakyat Malaysia

Friday, August 26, 2011

Berkongsi : Hak

"... Tetapi para lelaki mereka adalah satu darjat di atas mereka" (2:228)


"Lelaki adalah pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka menafkahkan (membelanjakan) daripada harta mereka..." (4:34)







Tidak semua hak wanita sama dengan lelaki

Dan tidak semua hak lelaki sama dengan wanita

Tetapi, lelaki perlu menghormati wanita, perlu melindungi wanita bukan "menggunakan" wanita

Dan wanita juga perlu menghormati lelaki. Lelaki dilahirkan untuk memimpin.

Lelaki adalah imam.


Hak suami tidak sama dengan hak isteri

Dan hak isteri tidak sama dengan hak suami.

Tetapi, suami perlu menghormati isteri, melindungi isteri

Dan isteri juga perlu (wajib) menghormati suami selagi suami tidak mengarahkan membuat sesuatu yang dilarang.

Suami adalah pemimpin keluarga. Suami adalah imam dalam sembahyang.


Macam mana moden pun kehidupan kita, agama tetap nombor 1.

Berpeganglah kepada Al-Quran dan Sunnah. InsyALLAH.

Monday, August 22, 2011

Ada Apa Untuk Berbuka?

Rabu - Nasi Arab @ mum's (terima kasih kepada penaja dari Kerteh :p)

Khamis - Bihun @ mum's

Jumaat - Nasi Lemak @ mum's

Sabtu - Soto @ PIL

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... betapa bestnya berbuka di rumah orang tua.

Wednesday, August 17, 2011

Monday, August 15, 2011

Lee Chong Wei Kecundang Lagi.

Chong Wei kempunan lagi nak raih title “Juara Dunia” . Sekali lagi tumpas dengan Lin Dan. Cehhhh...

So near yet so far.

Peluang ada, tapi Chong Wei main selamat dan Lin Dan ambil kesempatan. Dah bukan rezeki. Next year focus pada Olimpik 2012 pulak.

Aku nak habaq kat BAM sikit, tu lah... lain kali jangan cakap besar. Macam mana hebat pun, jangan lupa guru yang membawa LCW ke peringkat sekarang. Pengajaran ye BAM. Banyak pengorbanan dan jasa Misbun Sidek. Jangan sesekali lupa orang yang telah banyak berjasa kepada LCW.

Macam kita juga, tanpa ibubapa/guru/cikgu, tak kemana juga kita. Kadang-kadang kalau kita dok diam-diam, kita mesti teringat pada mereka kan. Banyak jasa dan pengorbanan mereka pada kita. Macam tu juga dalam hal-hal lain. Mungkin mentor kita, boss kita, trainer kita. Kalau kita tak dapat tunjuk ajar daripada mereka, dah tentu kita tak tau apa yang kita sedang buat.

Lain kali sebelum nak jatuhkan seseorang, fikir dulu ye BAM.

Oh ye, Man Utd menang semalam. Good start! :D

Tahniah juga pada Nicole David!!! Superwoman... wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....

Friday, August 12, 2011

Berkongsi : Dakwah Solat



Aku tertarik dengan artikel dari www.iluvislam.com


Sekarang, jika kita perhatikan, pendekatan yang digunakan terlalu extreme. Kita sendiri pun, kalau terpaksa memang berat nak buat sesuatu perkara kan? Kena paksa wat assignment, last minute baru buat. 


Kena paksa pergi kedai, aduaiiiii.. malas betul.


So, terbaca artikel ni dan mahu berkongsi bersama anda semua. :)


Apa-apa pun Solat 5 waktu itu adalah WAJIB. Bersemperna bulan Ramadhan ni, marilah sama-sama kita memperbaiki segala kelemahan yang ada. Jika kita memang telah mendirikan solat, maybe kita boleh berusaha untuk lebih khusyu' dalam solat. 





Dakwah Solat
www.iluvislam.com
Oleh : Syazwani Abd Rahim
Editor: Isyrak



Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.
Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”

“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”.

“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan.”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”.

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran.