Tuesday, October 19, 2010

Manusia Itu Rakus

Kita (manusia) merupakan makhluk yang sangat rakus. Tak pernah rasa cukup. Tak pernah rasa puas. Selagi ada hutan, selagi ada pokok, selagi ada bukit, selagi ada ruang kita guna untuk menaikkan bangunan-bangunan tinggi, semua di tebang, semua diratakan.

Lihat saja di Bandar Baru Bangi. Hampir semua ruang habis digunakan untuk membina bangunan. Aku bukan anti pembangunan. Tetapi berpadalah. Aku rasa apa yang ada sekarang sudah cukup. Biarlah orang kata di Bangi tiada pusat membeli belah mewah. Namun bagi aku, PKNS dan Kompleks Bangi sudah memadai. Tidak perlu lagi membina konon-kononnya BANGI GATEWAY. Mahu yang mewah pergilah ke KL atau ke Alamanda Putrajaya.

Alangkah baiknya jika Tasik Cempaka yang sedia ada di kemaskini, di cantikkan, bukan dibiarkan kotor dan berbau. Penuh dengan sampah sarap. Alangkah baiknya jika ruang di sebelah stadium di bina kawasan untuk beriadah. Lagi nyaman rasanya. Aku semakin bosan tengok bangunan-bangunan di naikkan. Pokok-pokok di tebang. Serius aku bosan dan terkilan.

Jalan di BBB semakin sesak. Cukuplah kesesakan di Kuala Lumpur. Janganlah di tambah di tempat aku.

Kadang-kadang aku rasa mahu bakar semua kontraktor-kontraktor yang rakus tu. Mahu ganggu kawasan pembangunan mereka. Mahu buat mogok di kawasan itu. Mahu conteng di papan-papan untuk memberitahu supaya berhenti membina bangunan. Cukup-cukuplah.

Mahu jadikan BBB ini seperti Puchong?? Kawasan yang suatu masa dulu sejuk, ada sungai... menjadi seperti kawasan padang jarak PT. Semua sudah rata. Semakin panas. Sedih rasa.

Kemana mahu mengadu. Ada sesiapa ke yang bersama aku?





TOLONGLAH SELAMATKAN BANDAR BARU BANGI.
JANGANLAH BANGUNKAN LAGI APA-APA BANGUNAN.

7 comments:

ruru said...

tak yah kan bangi kan..
tgk belakang UKM atas bukit..belakang inbiosis tu pun da terok.
dlm erti kata lain..pembangunan sekolah PERMATA.

Nur_MW said...

betul.. betul... geram je tgk. kolam kat depan fak kejut pun dah keruh jek...

ain said...

Hidup bangi!!

ain said...

Hidup bangi!!

Anonymous said...

berbalik kepada BBB...apa nak buat..semua rakus mengejar keuntungan..esok takde pemandangan hijau..suasana nyaman tumbuhan hijau..sedih dengan BBB..tak macam 5 5 tahun dulu..tanah sekangkang kera pun nak buat bangunan..mmmm

Anonymous said...

salam,

Beli tanah 10 ekar, 6 ekar buat commercial complex untuk funding kos buat hospital 4 ekar..semuanya atas nama pembangunan...orang bisnes kata smart move..ada sinergi..orang biasa macam kita terpaksa mengeluh..rasanya saya yang paling 'terkena'..dulu depan rumah ada bangau, pagi2 boleh tenguk burung tekukur..lepas project Garden Homes..punah sekor bangau pun tak nampak..jalan jadi sibuk sebab boleh cut-cross to Teras Jernang. Ni Bangi Gateway..kena suffer 3-4 tahun tahan habuk + hingit bingar construction works...dgr citer semua lot dah habis terjual (biasalah among 'them')..impact paling saya risau...anak2 nanti 'melepak' kat sini...macam yang berlaku di Keramat AU2 bila Jaya Jusco buka cawangan..conclusion yang kaya depa..kita makan asap..wasalam

Nur_MW said...

Ain : Yes... kena fight untuk kehijauan BANGI!!

Ano : yes.. dulu BBB sangat-sangat nyaman. Budak-budak dia pun semua baik-baik. Sekarang ni duduk di BBB dah pening. sesak sana sini. Mcm dah duduk di KL. Rasa sedih sangat. Saya rasa dah cukup pembangunan di sini. Tak perlu apa-apa penambahan lagi. Nak mengadu pada siapa. Rasa mahu bagitau kepada pemilik-pemilik tanah jangan jual kepada 'mereka' simpanlah tanah tersebut bagi pastikan BBB terus hijau.