Thursday, September 30, 2010

STEP UP 3D


Wuhuuuuuuuuuuuuuu.. Dah lama gila tak tengok wayang!

Memandangkan masa cuti raya, aku terpaksa temankan CH gi ofis 2 hari berturut-turut, maka dapatlah upah untuk memilih cerita wayang yang mahu di tonton.

Masa mula-mula plan nak kena layan cerita pilihan CH - Resident Evil 4. Namun di sebabkan mendapat upah untuk memilih next movie, apa lagi.. terus pilih STEP UP 3D!! hahahahaha.. tak kuasa aku nak layan cerita pelik-pelik tu lah. Pening kepala.

So, apa lagi.. sila la beratur beli tiket and enjoy movie pilihan isteri terchenta ye... ~lalaalallalala.. Jenuh gak la nak dapatkan tiket. From OU TGV to OU GSC semua yilekk.. finish!! Last-last dapat gak kat area-area tempat tinggal.

Tak pasti sama ada ramai tau atau tak cerita ni. Aku dah ikuti since dari STEP UP, STEP UP2 dan latest STEP UP 3D. Aku suka sebab aku suka tengok depa ni menari. Serius best!! Aku ni sebenarnya takleh menari pun.. keras gilaaa!! Kalau aku menari serius kena gelak dengan mak dan adik aku. Tapi aku suka tengok orang menari.. something yang aku rasa sangat-sangat enjoyable and fun!

Dari sejak mula depa tunjuk trailer dia, aku memang dah aim cerita ni. Lagi-lagi nampak si Twitch (from SYTYCD 4) and Legacy (from SYTYCD 6 kalau tak silap) lagi la meronta-ronta hati ni nak layan. And yes baby.. STEP UP 3D is much much better sebab tak banyak sangat drama-drama yang bosan-bosan ni tetapi banyak gila dia tunjuk depa MENARI... wowieeeeeee!!!

From Wikipedia

Step Up 3D is a 2010 American 3D dance film written by Amy Andelson and Emily Meyer and directed by Step Up 2: The Streets's Jon Chu. The sequel sees the return of Adam Sevani and Alyson Stoner, who
portrayed Moose from Step Up 2 the Streets and Camille Gage from Step Up, respectively.

As the third installment in the Step Up trilogy, and the first shot in 3D, the film follows Moose and Camille
Gage as they head to New York University, the former of whom is majoring in electrical engineering after promising his mother that he would not dance anymore. However, he soon stumbles upon a dance battle, meeting Luke and his House of Pirates dance crew and later teaming up with them to compete in the World Jam dance contest against their rivals, the House of Samurai dance crew.



 Hero dan heroin dia.. biasalah.. mesti cari yang handsome and cantik.
This time, heroin dia punya badan serius smart.
Kalau aku dapat badan macam ni, perrghh!!
berangan.. berangan..

 
 
 one of my favourite scene. Step Up 2 pun ada scene hujan-hujan basah macam ni masa final show.

Time lawan pusingan awal. Nampak tak Twitch??? hehehe..
Yang pakai baju no 78 tu..

Opponent Team (kalau tak silap, ingat-ingat lupa)
Opp team menari pun best + scrary pun ada.
Menari macam samseng nak cari gaduh.. best! best!
  


Ini sama ada final or time lawan juara Asia.
Kelakar gila masa lawan juara Asia.
Tapi tak patutlah tunjuk juara Asia macam tu... :P
Legacy Perez ada dalam gambar ni
Yang konon-konon hebat sangat tak pakai baju tu...


FINAL depan lawan musuh ketat, abg si Heroin tu.
Macam biasa, memang tip top both team menari.

Masa ni geng Samurai tu kira-kira macam nak menang dan depa ni nak give up..
then datang heroin, selamatkan keadaan..
maka, beginilah jadinyaa..

LASERRRRsss!!!! Lip lap lip lap
silau-silau mata aku time ni.
Ni hasil kerja si Twitch.

Happy Ending selepas ada salah faham sana sini..
Standardlah cerita macam ni.
Tapi yang penting, depa menari best gilerrrrrrrr weiii..
CH yang tak gemor sangat cerita-cerita macam ni pun kata OK!
Hehehehe...


Pic credit to Google : screencave.com, indiegeniusprod.com,nydailynews.com, detikfotografer.com

Next : Nur Kasih The Movie (hahaha.. cerita ni lambat lagi kan? Bulan March,2011?)

Dah book awal-awal dengan CH nak tengok cerita ni. Nasib la kan...

CH: Ni bukan kira permintaan dah ni, ni dah kira nak tak nak kena pergi tengok gak kan?

Aku: Lebih kurang laaa...

CH: Tu la, siapa kata suami ada kuasa veto?

*buat-buat tak dengar :p*

Tuesday, September 28, 2010

Entry Berat Tentang "Islamophobia"

Baru habis menaip dan mencari bahan-bahan tentang Islamophobia. The famous word wirte now.

Mula-mula ingat nak publish today, but after deep thinkin' aku simpan dulu. Hmmm.. belum ada keberanian untuk mempublish penulisan-penulisan begitu. Al maklumlah, aku sendiri pun bukannya a really good muslim. Itu aku mengaku. Cara pakaian pun belum sempurna, solat pun dalam 2-3 bulan ada gak tercicir sekali dua terutama time tarffic jam nak g kelas. Sampai-sampai dah kol 8 terus masuk kelas. Isk.. fikir-fikir rasa berdosa sangat. Belum lagi campur hal-ehwal duniawi yang lain. Leka, lalai, lagha.. melawan mak bapa (mmg aku ni agak rebellious skit, aku mengaku), but I LOVE my parents so much!!... banyaknya dosa aku.

But, I always pray that Allah will always guide me to the right path, ALWAYS. To be A REAL MUSLIM.

Being a Muslim, bagi aku saat yang paling tenang, saat yang paling indah adalah pada solat 5 waktu itu.

Saat kita sujud, saat kita berdoa pada-NYA kerana kesedihan, kegembiraan, kesyukuran, etc... itulah nikmat yang tak terkata. Memuji-muji nama-NYA. Membuatkan aku sangat bersyukur di lahirkan sebagai Muslim.

Allah takkan menguji seseorang lebih dari apa yang seseorang itu mampu hadapi. Oleh sebab itu, segala ujian yang datang pada kita means Allah sangat sayangkan kita. Bila kita di uji, maknanya DIA suruh kita ingatkan DIA. Pada masa kita di uji, kat sinilah jika percaya pada-NYA, kita akan sedar dan kita akan kembali dan memohon petunjuk dan bimbingan daripada-NYA. Jika kita berfikiran negatif dan tidak pecaya pada-NYA, masa ni lah biasanya kita akan binasakan diri kita sendiri.

Allah Maha Besar, Pengasih dan Penyayang.

Tiada dosa yang tidak diampun selain dari dosa menyekutukan ALLAH. Sebab itu, teruslah memohon kepada-NYA sama ada ketika sedih, duka atau gembira, agar di beri petunjuk dan hidayah dan sentiasa mendapat rahmat dah hidayah sebagai hamba-NYA.

Dan sebagai Muslim juga, kita pun kenalah tunjukkan contoh yang baik.

Jangan salah gunakan maksud mati shahid.

Fahami maksud dan bagaimana sebenarnya peperangan itu. Siapa yang perlu diperangi, siapa yang perlu dilindungi.

Jangan salah gunakan kuasa sebagai pelindung Islam atau pejuang Islam. Bukan dengan kekasaran, bukan dengan cara penghinaan, bukan dengan cara mematikan, tetapi secara diplomasi, kaunseling, bimbingan, dan panduan.

Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W seorang yang sangat berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

Jangan cemari sifat dan akhlak mulia Baginda dengan sikap kita sendiri. Sedih rasa bila orang memperkatakan dan menggambarkan perkara-perkara buruk tentang Baginda just because orang-orang Islam sekarang yang terlalu emosi sehingga membuat sesuatu yang bukan sahaja di luar batasan, malah di luar akal fikiran.

Peliharalah agama yang indah ini. Islam itu agama yang sangat Indah. Islam itu agama yang mudah. Tapi jangan sampai mengambil mudah.

Sekian, untuk entry yang sangat serius ini. Mungkin terbawa-bawa dengan berita dunia sekarang yang semakin ntah apa-apa. Tapi apa yang aku tulis ni untuk renungan dan ingatan diri sendiri juga. Semoga kita tidak terus khayal dan sentiasa ingat pada-NYA. Sama-sama kita berdoa.

Saturday, September 25, 2010

Kekanda Adinda


Hider pernah dengar lagu Atilia ngan Monoloque tak?

Huh? Atilia ada lagu baru ke?

Cuba Hider cari kat you tube, dengar. Best aaa...

Jap aaa.. wooo.. layu OST 8 bulan tu... best2! jap nak cari lirik.. nak layannnnnnnnnnn




Verse1


(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi

(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Chorus1:

(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa

(L) Tapi Kanda mahu segera,

(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,

(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,

(P) Dinda belum bersedia,

(L) Kanda dah beria ria,

(P) Jadi yg mana satu?

(P+L) Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

Verse 2:

(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta

(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

Chorus2

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,

(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,

(L) Ini semua demi masa depan keluarga,

(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?

(L) Kanda kerja malam,

(P) Dinda kerja siang,

(L) Jadi bila nak bertemu?

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

Bridge:

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!

(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?

apa keputusannya?

Verse3

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!

(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

Chorus3

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,

(L) Kanda polar kutub Utara,

(P) Dinda kutub Selatan

(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

coda*

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,

(P)Kanda yg Perdana,

(L) Dinda yg Utama,

(P)Kanda sgalaNya..

(L) Dindalah Nyawa,

(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama

bahagia bersama,

bersama slamanya,

bahagia slama- lamanya!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

cutekan lirik? teringat lagu zaman P.Ramlee :)

see, i told you. Malaysia music is getting better. Kita ada geng-geng genarasi baru dan yang tak berapa baru (hihihi.. old timer aa) yang berkualiti.

Yuna, Zee Avi, Aizat, Faizal Tahir, Liyana Jasmay dan lain-lain yang boleh berikan satu susunan muzik dan lirik yang cukup indah.

kalau siapa masih ingat.. Iklim, Spider, Search, Wings yang lagu-lagu mereka sampai sekarang masih sedap di dengar, boleh di layan.



dan semestinya....

all time favourite...

our Sifu dan Tonga



M. Nasir!!!
(ni wajib taruk dalam blog aku :p)
bila nak buat konsert besar-besar lagi ni..



We have our own product. All they need is chance and medium untuk mereka kembangkan karya-karya mereka.

Dan sekarang, ruang untuk mereka semakin diberi perhatian. Cuma kalau boleh, kepada media-media elektronik teruskan memberi ruang dan lebih ruang kepada mereka ini. Dan kepada media-media cetak, please stop all the rubbish gossip yang ntah apa-apa tu.

Sekian, untuk kali ini. Aku pun tak tau apa aku merepek pagi-pagi Sabtu ni. Layankan je la..

Wednesday, September 22, 2010



Aku sangat-sangat mengantuk.

Mata berat sangat ni.

Otak blur... kerja banyak nak buat lagi ni.

Kan best kalau sekarang ni di rumah. Lebih-lebih lagi time nak hujan ni.

Tarik Bantal, bentang tilam depan TV... fuhhhhh....

Sunday, September 19, 2010

Air Mata Nur Salina dan Hujannnnnn!!!!


Tengah best-best layan Cerekarama AIR MATA NUR SALINA... tiba-tiba

HUJANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!

Tau-taula ASTRO ni kalau hujan apa jadikan??

STresss!!! Mana mau dapat tengok balik aaa??
TV3 tolong la ulang tayang balik drama ni secepat mungkinnnn...
Pleaseeeeeeee.....

Friday, September 17, 2010

Selangor, Ahmad Durrah


Dalam kepala ni ada benda nak ditaip. Tapi not in the mood. Idea nak mula, tak boleh keluar.

Mungkin petang tadi dah tido lama sangat, bengong rasa.

Layan Piala Malaysia, C 801, KL Felda United vs Selangor.

Result terkini: KLFU 1 - Selangor 4.

Sambil-sambil tu gak, layan drama terbaru.. Arahan Raja Ahmad Alauddin.

AHMAD DURRAH?

Serius pelik nama ni. :D

Apa-apa pun, pelakon-pelakon nampak hebat.

Rusdi Ramli, Eja, Nabila Huda, Fahrin, Bell, Normah Damanhuri, Jalil Hamid... Ha! gempak kan?

Jadi, kepada peminat-peminat cerita melayu (seperti aku.. ehem, ehem) layan la and give your comment ye!


JUMAAT - 9 MALAM

Thursday, September 16, 2010

Ya Syawal....


Bila ofis dah mula beropeasi seperti biasa, apa lagi.. setiap department nak buat majlis hari raya.

Tak cukup kat rumah, sambung di ofis.

Habis tu macam mana mau kurang berat badan ni? Huhuhuhu..

Next week aku akan mula semula rutin biasa.

Kerja - study - wife. Tapi semangat kali ini lain sikit sebab this is my LAST SEMESTER!

yes baby.. LAST SEMESTER!!

Starting next year, Insyallah, im outta here and akan pursue apa yang aku impikan selama ini.

Hidup ini sementara, if you have a dream, go for it!

Tapi jangan belasah macam tu je.. Plan. Plan. Plan.

Once u dah dapat je the courage, GO! And never look back.. :)

Thursday, September 9, 2010

Ketupat, Rendang dan Kuih Muih



Jangan lupa bayar zakat. RM7 seorang di Selangor.

Jangan lupa sembahyang sunat aidilfitri.

Makan secara berhemah :) (ingatan untuk diri sendiri :p)

Berhati-hati di jalan raya.

Jangan main mercun.

Ikhlas, tuan rumah.

Wednesday, September 8, 2010

Mari Berurut....






DI BANDUNG!!!!!

MON REVE DAY SPA & FAMILY REFLEXOLOGY.
Located @ JL. SUMATRA NO 9, BANDUNG, 022-4209989

Ye kakak-kakak.. makcik-makcik, setelah penat mengharungi lautan manusia di pasar baru dan menjelajah dari satu FO ke satu FO jangan lupa untuk singgah di sini.

Itenari kami tak termasuk untuk ke spa urut mengurut ni but since kami punyai lebih masa kami pun minta Pak Us (merangkap supir kami) untuk membawa kami ke spa yang terbaik dan best dan semestinya bersih.

And he chose this place. Masa kami pergi sini kaki aku macam dah nak tercabut dah. Tapi bila keluar jeee.. macam nak sambung balik shopping. Tapi dah malam.. Dinner time!!! :p

So, kepada sesiap yang masih lagi gagah untuk ke BANDUNG @ INDONESIA ni... singgah la di sini. Servis tip top! Minta urut kaki, but satu badan dia urut. Harga sangat-sangat berpatutan. Tempat pun best.. bersih, selesa dan tenang.
90 minutes = RM24 (pada kadar RM1 = Rp 0.0036)
Kepada para suami dan abang-abang.. sila request sang PRIYA ye. Kalau nak ceweknya.. kalau kakak-kakak dan kak cik bagi no hal la.. ON.
Tapi aku bagi BIG NO!!
bila di tanya "untuk bapanya mahu priya atau cewek?" aku terus jawab "PRIYA!"
Sekali lagi aku tekankan.. ini khas kepada sesiapa yang gagah yang mahu lagi ke sana ye memandangkan mereka sibuk nak sapu rakyat MALAYSIA.
MACAM HAMPEH INDON BENDERA tu!! PEMERINTAH dia pun macam takde kuasa.. macam relakan je mamat-mamat ni bakar bendera kita.. caci maki kita.. nak ganyang kita.
Nasib aku bukan SUPERMAN.. kalau tak memang aku dah Fire dia orang ni! eh.. Superman leh fire ke? belasah laaa..
Nway, aku mmg dah lama stop layan lagu INDON, TV INDON, DRAMA INDON, MOVIE INDON atau ambil tau pasal artis-artis depa ni. Ditambah lagi.. sekrang aku sangat-sangat bias dengan student mereka di sini. Lantak pi.. malas aku layan. Gerai-gerai INDON atau kedai-kedai yang ada pekerja INDON seboleh mungkin aku jauhkan! OUT!!
Kepada Era, TV3, Hot FM dan media-media lain yang masih memuja mereka ni, ketahuilah kami antara rakyat Malaysia dan sudah bosan dengan lagu, drama, filem dan cerita mereka. Tolong-tolonglah kurangkan.. kalau nak juga, buatlah dalam 5 jam 1 satu. Bukan 5 lagu dalam 1 jam.
To TV3, korang dok sibuk-sibuk cakap pasal pembelaan artis Malaysia.. sibuk cakap pasal cintakan negara.. beli barangan tempatan, tapi aku perasan tiap kali abis satu rencana ke... talk show ke... gossip show ke.. korang pasang gak lagu-lagu INDON ni. Awat.. lagu Malaysia tarak ka? Aku rasa sekarang ni lagu-lagu kita semakin bagus.. cuma korang jgn bias sgt.
Kalau cerita amah INDON kena dera, cerita berhari-hari di media... berjela-jela.
Tapi kalau cerita aman INDON buat jahat/merompak/mendera anak majikan/ membunuh.. cerita tak jelas. Sangat-sangat sedikit sampai aku kadang-kadang konpius yang buat cerita ni wartawan INDON ke wartawan Malaysia?
Eh.. eh.. dah tukar lak tajuk.
Layan je laaa... sebab aku tengah bengang dengan mamat-mamat BENDERA INDON yang ntah apa-apa! Macam orang gila.. ke memang depa ni gila. Akhir kata...
SAYA CINTA MALAYSIA!

Tuesday, September 7, 2010

Cinta Itu Indah


Tup tap.. tup tap.. 2 hari lagi dah nak raya?

Ada yang buat persiapan last minute?

Biasalah tu..

Raya tahun ni buat pertama kali.. my parent nunnnnnnnnn jauh di Tanah Arab.




pic from google

Happy sangat sebab finally tercapai gak hajat mak nak buat umrah di hujung-hujung bulan puasa dan terus raya kat sana.

Nasib aku dah kahwin, kalau tak terkongtang-kanting aku raya sorang kat sini...

Erkk.. ke aku join sekali angkut adik beradik semua.

Rombongan Puan Jimah... :D



Untuk raya tahun ni persiapan untuk kami berdua serius simple... 1 pasang baju dan 2 jenis kuih. Cukupla kan.. kuih yang lain post rumah parents.

Dan our theme for this raya is..................... (jangan marah aaaa bro and sis! curi tema tahun lepas)








MERAH HATI




:p




tahun ni nak bagi ceria dan menyala sikit.. seperti menyala-nyalanya cinta kami.. Muakakakakakakakaka

tak sangka lak i look good in red :):):)