Friday, July 29, 2011

Berkongsi : 5 perkara sebelum 5 perkara

Insyallah, kita berjumpa lagi dengan Ramadhan Isnin ini.

Gunakan kesempatan yang ada dengan sebaik mungkin.

Banyak telah diperkatakan, ajar anak solat dulu... sebab ramai yang sungguh-sungguh suruh anak puasa, tapi solat di tinggalkan. Aku setuju sangat dengan statement ni. Sebab di dalam Al-Quran juga berkali-kali ditekankan; dirikan Solat, tunaikan zakat. Insyallah, kalau telah dirikan solat, ibadah puasa tu akan menjadi lebih mudah. Aku pun dulu terlepas pandang juga pasal benda ni. Sama-samalah kita perbaiki kelemahan yang ada pada diri kita.

Macam dalam petikan skrip cerita Stanza Cinta "Kita Mati Untuk Hidup". 



p/s: lagu-lagu Raihan ni bagus untuk anak-anak. Sedap di dengar, boleh di gunakan untuk mengajar anak-anak.

Wednesday, July 27, 2011

Friday, July 22, 2011

Berkongsi : Menjelang Ramadhan

Salam Jumaat... :D

Dalam masa seminggu lebih Ramadhan akan kembali. Means, all Muslims akan kembali berpuasa. Means, syaitan-syaitan akan di ikat... Kita bebas dari godaan syaitan. Cuma bergantung kepada betapa kuatnya iman kita dalam memastikan kita sentiasa dapat mengawal nafsu diri daripada melakukan perkara-perkara yang di larang-NYA.

Siapa yang masih ada puasa yang belum berganti tu, copek-copek la ganti yo. Aku Alhamdulillah, dipermudahkan sebab FULL HOUSE tahun lepas. :) :) :)

But, tahun ni pertama kali aku akan berpuasa sebagai pregnant lady. Sebab tu aku bersyukur sangat. Insyallah, DIA akan permudahkan sebab bulan Ramadhan ni bulan yang penuh dengan keajaiban.

Sama-samalah kita berdoa agar puasa kita tahun ini lebih baik dari yang sebelum ini. Kesempatan waktu dan kelapangan masa yang aku ada pada tahun ini, aku akan cuba gunakan sebaik mungkin. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Memperbaiki diri ini yang penuh dengan kesilapan dan kelemahan. Terlalu banyak nikmat dan rezeki yang DIA telah berikan tapi aku kadang-kadang lalai dengan kehidupan dunia. Sebab itu rezeki zuriat yang diberikan oleh-NYA benar-benar menginsafkan aku akan kebesaran-NYA.

Kita sering melupakan-NYA tapi DIA tidak pernah melupakan kita.


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Wednesday, July 20, 2011

Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Liga Super 2011

Liga Super sudah melabuhkan tirai.

Kelantan Juara. Tahniah walaupun berat untuk diucapkan, aku terpaksa terima yang akhirnya juara liga super 2011 milik mereka.

Terengganu kedua.

Selangor? Ceshhh... jatuh ke tempat ketiga. Aku tak mengharapkan langsung untuk Selangor menjadi juara Piala Malaysia nanti. Masuk separuh akhir pun dah kira baguih sangat. K.Devan OUT!

Dengar-dengar ramai player Selangor nak ciao tahun depan.

Abdul Hadi Yahya, penjaring terbanyak dari Terengganu asal Selangor. Pengurusan beli pemain ntah sapa-sapa tahun ni. 

Apa-apa je lah Mokhtar. Tahun depan pun aku tak dapat nak jejak stadium lagi. Tahun tahun depan pun mungkin tak lagi kot. Uish... 

Pemain Harimau Muda ramai tu, intai-intai lah sikit. Buat pelaburan. Takat nak putih mata lagi tahun depan.

Friday, July 8, 2011

Itik Gila Glamour

 Meet GG @ Hyde Park

I was holding a camera... then GG saw it and slowly came towards us.

Teringat kat Donald Duck! Hahahaha... 







 Oh... I MISS LONDON!