Wednesday, November 25, 2009

Banjir


KL kalau banjir.. aduhaii...
Baik aku ponteng dari menyeksa diri.


imej dari sini
Ehem.. Roti banjir kalau dapat mmg best!!!
Tambah lagi kalau kena ngan neskape... perghhhh


imej dari sini

Sekarang musim tengkujuh di Pantai Timur.
Adik-adik yang sedang cuti jangan suka2 sangat terjun2/main2 air.
Air masa tenang memang menyeronokkan.
tapi bila mengganas... nyawa boleh hilang sekelip mata.
:)
Jangan nakal2 ye adik2... ingat ibu bapa....
p/s: aku tengah bosan!! entry pun merapu. Ciao

Monday, November 23, 2009

Twilight



Aku lewat menonton cerita ni.

Since aku ni bukan peminat cerita2 hantu/pontianak/seram, etc.. jadi, cerita ni tak termasuk dalams senarai wajib untuk di tonton di pawagam

Tapi, malam semalam.. Star Movie telah menayangkan cerita Twilight jam 10 mlm.

Aku tengok sebab banyak diceritakan di akhar yang cerita ni dapat sambutan menggalakkan dari penonton2 wanita.

Heran gak, sebab biasanya cerita2 macam ni lelaku je yang suka.

Jadi, aku layanlah cerita ni Ahad lepas.

Now, i know why.

It's all about LOVE.

Cerita dia memang best.. aku khayal dalam cerita ni.

Tolak pelakon2 dia.. since aku tgk semua pucat lesi je kan cerita memang sesuai untuk di tonton oleh minah2 dan pakwe2 yang jiwang.

Hahahahahahaha


2 perkataan: CINTA dan KELUARGA.

Nur Kasih Ep 25


Wahhhh!!!

One of the best episode for me.

Sarah, walaupun sudah terbongkar kesalahan dia, masih lagi ego.

Hanya kerna cinta.

Kata maaf yang di ucapkan, umpama tiada penyesalan.

Ego sangat.

Next week last episode. Kalau tgk preview... macam best!

Alahaiiii.. lambatnya Jumaat.

Thursday, November 19, 2009

Kerja di Kuala Lumpur


Kena bangun awal-awal sebab nak elak trafk jam.

Kalau jalan lancar, kalau dapat nak pandu selaju yang boleh konon2 boleh jimatkan masa di situ.

Bila CUTI SEKOLAH???

Wahhhhhhh!!!! Seronoknyaaaa... dengan harapan jalan takdelah jam sangat.

Cakap pasal cuti sekolah ni, esok dah start kan?

SPM pun sedang berlangsung.

Rupanya dah lebih 10 tahun aku tinggalkan alam persekolahan.

Kepada semua calon-calon SPM just nak wish all the best!

And remember, this is just the beginning NOT THE END.

Percayalah... sebab cabaran sebenar bermula dari mula kita tamatkan zaman persekolahan kita.

Jadi, jangan pening-pening sangat dan putus asa atas apa gak keputusannya nanti k :)

Yang penting, kita tenang dan cari alternatif dalam pilihan kita.



Oklah... Sampai di sini saje adik2.

Jaga diri :) :) :)

Wednesday, November 18, 2009

Promosi Air Asia


Book from 16 - 22 Nov 2009 Travel from 1 Feb - 30 Apr 2010


For last minute planning... :)

Klik di sini

Dah lama rasanya tak terbang sana sini

Asyik memandu sana sini jek

Thinking...


Thinking...



Hahahahahhaha :p

Sunday, November 15, 2009

Fazura Gedik






Hahahaha... I LOVE FAZURA!!!

Tarikan utama aku untuk menonton cerita ni ialah Fazura.

So naturally gedik ok!!

Gedik yang boleh diterima and i know, what ever ppl say.. i just love her when she in her gedik mode!

Start suka tengok Fazura berlakon dari Gol and Gincu.

From then, i will try my best to watch every drama and movies she's in.

And all I can say, she's one of the best actress yang kita ada.



For this Movie, all I can , it's a light movie and focus for women.

For some, it might be a boring movie. But for me.. LUV IT!

Untuk info bolek klik di sini. :)

Saturday, November 14, 2009

Nur Kasih Ep 24



Episod 24 agak mengecewakan.

Babak terrorist tu kalau boleh tak perlu tunjuk pun takpe.

Mencacatkan kecantikan cerita.

Apa-apa pun, tudung Nur Amina tetap cantik.

Aku suka! Aku suka!!

Tudung tu yang cantik atau si pemakai ek?

Hmmmmm...

Kalau ikut2kan tinggal lagi 2 episod.

Tak sabarnya nak tengok ending!!!!!!

Ikuti Episod dan tonton video Nur Kasih di http://www.tv3.com.my/nurkasih

Sunday, November 8, 2009

Puhh
Imej dari Kosmo Online

Akibat terlalu yakin.. Kelantan sudah KALAH woooo!!!

Penyokong macam *&^*&&^%!!!! Boleh blah!!

Fikir2 balik, nasib bukan Selangor lawan Kelantan semalam.

Penyokong Selangor mana boleh kalah.

Mana boleh biarkan penyokong jakun bermaharajalela.

FAM.. harap kenakan tindakan yang tegaslaaaa..

Ini kali ke-2 beb!!

Tahun depan main stadium berkecuali untuk pasukan Kelantan.

JAKUN GILAAA!!!



Man Utd vs Chelsea ini malam...

Puh! Puh!


Thursday, November 5, 2009





Hari ni ofis macam ribut.

Sibuk dengan ISO.

Semua orang gila ISO. Mabuk ISO.

Kenapa ye?

Bosan jekkkkkk....

Lambatnyeeee petang

Monday, November 2, 2009

Hujan

Aku memang suka hujan

Bukan main hujan, tapi suka masa hujan

Tenang, sejuk.. layan jiwang laaa senang cakap kan...

Kalau hujan lebat, bunyi angin kat luar macam bunyi musik yang menenangkan

Mengasyikkan

Kalau hujan masa hari minggu, lagi seronok

Best je tidur kat umah

Buat kopi ngan jemput2 or lempeng

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Hmmm.. Lambatnya hari Rabu