Friday, January 29, 2010

APa Punya Pemikiran???


Bosan aku dengan perangai budak2 Universiti yang over bila pilihanraya ni.

Kecoh gila!!! Siap buat demostrasi.

Buat malu nama Universiti je.

Assignment dah siap ke?? Kuiz nextweek dah ready ke?

Atau main bawa toyol/meniru kawan???

Exam dah dekat ni... Yang korang sibuk pasal pilihanraya tu apasal?

Baik korang fokus kat akademik.. siap2 kan diri nak bayar balik pinjaman PTPTN.

Macam hampeh!!

Relaks aaaa....

Thursday, January 28, 2010

Double Red


Gergasi Merah terus mengamuk.

Setan Merah telah bangun.

Game pagi semalam memang best!

AKu tengok ulangan di Astro memandangkan terlajak tido :p

Ahad ni ada ulangan lagi tak?



Harimau Muda terus terkapai-kapai.

Masalah tak akan timbul jika dari mula peraturan di patuhi.

Harimau Muda NAIK Liga Super.

Pahang TURUN Liga Perdana.

Bluwekkk sama LU!!!

Tuesday, January 26, 2010

Merapu #1


Selangor kena belasah 4-0.. adoiiiiiiiiii!!!!

Man Utd belasah balik 4-0...

50-50 la kan?

Mana boleh tamak. Hahahahahaha...

***********************************************************

Tiada apa yang menarik akhir-akhir ini.

Hidup rutin. Pusing-pusing macam tu saje.

Kerja tiada apa yang wow! cuma ketiadaan bos 2-3 hari ni macam best aaa :p

Hahahahahaha...

Mungkin bila dah start kelas kepala lebih ligat untuk berfikir.

Rindu pulak dengan suasana kelas dan tugasan-tugasan yang berlambak.

Tapi lebih tenang dengan ketiadaan mereka.

Boleh layan So you think you can dance season 6! Yippie!!!

Hmm.. bila aku mahu buat plastic surgery pada blog ni.

Bila terlalu banyak hendak di buat.. inilah jadinya. Satu pun belum mula.

Sedar-sedar kelas dah start. Kena stop semua benda.

SO apa lagi.. plan.. plan.. plan..

Satu demi satu. Mulakan perancangan bulan 2. Yeaaaahhhaaa....

Friday, January 22, 2010

Perhatian


Sejujurnya aku bukanlah manusia yang suka menjadi tumpuan.

Tumpuan dengan semua mata dan perhatian terarah kepada aku.

Serius... aku tak boleh.

Aku dengan automatiknya akan menjadi seorang yang tidak tentu arah.

Menggagau sana sini.. atau kalau di rumah.. aku terjerit-jerit atau jadi ntah apa-apa.

Buat muka yang pelik-pelik.

Tersengih-sengih.

Hahahaha.. tak percaya?? percayalah..

Sebab tu bila bos puji aku.. aku rasa macam nak pindah keluar dari ofis.

Gilakan???

Aku segan dengan seniors. Segan gila.

Nasib esok hari Sabtu. Legaaa... harap-harap Isnin nanti semua orang akan lupa.

Wednesday, January 13, 2010

Update!!


Negeri Sembilan 1 - Selangor 2

Selangor 4 - Kuala Lumpur 1

Permulaan yang bagus buat Selangor.

Harap berterusan sehingga ke penghujung musim.

Lepas tu nak layan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.


Wah!!!


Tajuk sudah lain?

Hahaha.. saje. Nak menggunakan Bahasa Melayu.

Macam lagi selesa.

Lepas ni nak buat plastik surgery lak.

Saturday, January 9, 2010

Sabtu tanpa bag plastik


Kalau anda pergi membeli belah pada hari Sabtu di Selangor, sila sediakan beg kertas/plastik dan sewaktu dengannya sendiri ye.

Atau, anda perlu bersedia untuk menolak troli sampai ke kereta.

Atau, anda perlu ke kereta untuk mencari plastik/beg yang kosong untuk mengisi barang-barang yang dibeli.

Atau, anda perlu memanggil isteri/kawan/anak-anak anda untuk mengangkat barang-barang ke kereta.

Atau, anda bolehlah memberli beg-beg yang disediakan oleh pusat membeli belah tersebut.

Atau, anda boleh membayar RM0.20 bagi setiap beg plastik yang digunakan jika anda menggunakan kenderaan awam.

Sebab... hari Sabtu di Selangor merupakan HARI TANPA BEG PLASTIK.

Tapi, terima kasih JUSCO kerana sekurang-kurangnya menyediakan alternatif lain dengan menyediakan beg kertas untuk pembelinya.

TESCO? anda bolehlah menggunakan alternatif seperti yang telah aku nyatakan tadi.

Mungkin lepas ni, aku akan bershopping pada hari Jumaat malam kot :p

Kalau tak... aku bawalah beg sendiri. :)


* Neg Sembilan vs Selangor ini malam. Liga Malaysia sudah bermula... Viva Selangor!!!!
** Penyokong Pahang jangan risau.. Apa2 pun yang berlaku Pahang takkan turun dari Liga Super. Kenapa ek? Lu pikirlah sendiri.. boleh blah!

Thursday, January 7, 2010

Melepaskan Batuk di Tangga


Aku selalu terfikir. Ada beza ke lepaskan batuk di tangga, di sofa, di ruang tamu atau di atas katil?

Apa yang peribahasa ni cuba sampaikan.

Mungkin masa lepaskan batuk di tangga, keadaan badan tak sesuai kot untuk lepaskan sepenuhnya.

Kena stop sebelum batuk.

Atau batuk sikit2 dulu sebelum batuk betul2 lepas turun/naik tangga.

Mungkinlah kot kan? :)

Dulu masa sekolah, tak terfikir nak tanya soalan macam ni kat cikgu.



Monday, January 4, 2010

Dear Sir Alex Ferguson


Please do something.

Please. Please. Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeee...



Yours sincerely,

Hider.

Sunday, January 3, 2010

Tolong..


Idea ada banyak nak menulis. Tapi tahap kemalasan agak tinggi untuk berfikir.

Mungkin seronok sangat bercuti. Errk..

Akan aktif semula selepas menumbangkan 2 kertas minggu ini.

Isk.. lambatnya Jumaat. :P

Friday, January 1, 2010

2009 2010


Selamat tinggal 2009.

Tahun yang penuh dengan memori manis.

:)

Selamat datang tahun 2010.

Insyallah, tahun yang akan memberikan kejayaan di penghujung tahun nanti.

Turun naik. Perkara biasa.

Sentiasa bersedia. Berdoa dan bertawakal.