Wednesday, June 22, 2011

Mana princess 2 orang tu?


Ikut Wan, Ayah dan Ibu ke Umrah.

Amboiiiiiiiiiii... kecil-kecil lagi dah sampai sana.

Takleh bayang depa berdua 8 jam dalam kapal terbang. Kakak mungkin oklah, sebab dah besar sikit. Tapi yang kecil tu... hmmm... tak sabar dengan cerita mak.

Alhamdulillah, dapat SMS mereka dah gerak ke Mekah untuk menunaikan Umrah. Aku tau mak antara orang paling happy :)

Semoga selamat semuanya kat sana. :)

Jangan lupa kurma dan kismis untuk Hider Jr (HJr.) *wink*

Wordless Wednesday : 11

Wednesday, June 15, 2011

Cikgu oh Cikgu di Mantin

Aku bersyukur takde kawan2 macam puan saudari ni. Sian aku tengok kawan-kawan puan saudari yang dapat dosa kering kerana terlibat dengan umpatan dan fitnah puan saudari kepada keluarga kami.

Sebelum saudari nak nasihat orang, apa kata puan saudari nasihat dulu kawan-kawan saudari tu dulu. Sebab susah nanti kawan-kawan saudari nak minta maaf dengan orang tua aku nanti. :)

Aku memang takkan bagi puan saudari dan kawan-kawan saudari dekat dengan rumah aku. Sebab aku dah benci sangat dengan puan saudari. Andai kata ada kemaafan oleh orang tua aku, tapi susah untuk aku lupakan apa yang  puan saudari telah lakukan sebab fitnah dan umpatan lemparkan kepada orang tuaku terlalu KURANG AJAR dan tidak bertamadun. Yang bestnya, puan saudari adalah seorang guru.

Puan saudari, aku tak minta banyak. Aku minta puan saudari padam semua umpatan dan fitnah yang puan saudari dok kecoh satu dunia dalam blog dan FB puan saudari.

Puan saudari bernasib baik, sebab aku tak langsung memberitahu identiti puan saudari sebaliknya puan saudari terang-terangan menghebohkan satu dunia siapa yang puan saudari maksudkan.

Puan saudari, siapa yang mulut murai sekrang ni? sebab tu aku kata puan saudari ni mulut longkang/tempayan. Punya hati yang sangat busuk dan hitam.

Mungkin atas sebab itu puan saudari lupa segala jasa/budi/pengorbanan yang telah kedua orang tua aku buat untuk saudari. Tiada satu ungka\pan TERIMA KASIH langsung dari mulut puan saudari. Tiada langsung.

Sewaktu puan bercerita kepada kawan-kawan saudari, ada puan saudari ceritakan segala pengorbanan
orang tua aku tak? ada tak puan saudari? Takde kan. Sebab tu kawan-kawan puan saudari yang sangat-sangat kesian tu aku rasa tak patut memberikan pendapat jika tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Baik puan saudari berterus terang dengan kawan-kawan saudari.

Orang tua aku tak ungkit langsung.AKU yang ungkit. Sebab aku yang nampak semua yang emak dan bapa aku dah buat pada saudari. Tapi puan saudari tak sedar dan tak hargai langsung sebab hati puan saudari yang hitam tu telah tertutup rapat dengan segala kebaikan orang lain. Kesian kan?

Takpelah. Ini entry aku yang terakhir ditujukan kepada puan saudari yang kini bertugas sebagai seorang guru di mana ye.. MANTIN ke NILAI? aku pun malas nak ambil tau. Cuma aku kesian dengan kawan-kawan puan saudari. Macam mana mereka nak minta maaf dengan mak bapa aku bila mereka tahu hal yang sebenar? Aku cakap awal-awal, aku tak bagi puan saudari dan kawan-kawan puan saudari jejak lagi ke kawasan rumah aku sebab aku akan terbayang kesedihan dan kesayuan muka emakku bila puan saudari terus-menerus mengumpat dan memfitnah emak dan bapaku.

Aku harap puan saudari sudah-sudahlah mengganggu kami sekeluarga. Jangan sampai balasan dari ALLAH datang. Sebelum saudari menyuruh orang lain solat taubat nasuhah apa kata saudari dulu yang buat dan menggantikan semua solat-solat yang puan saudari telah tinggalkan (kalau adalah kan....)

Aku sangat-sangat kesian dengan puan saudari.

Friday, June 10, 2011

Wooohooooo.....

Cik Saudari, akhirnya faham pun SILENCE IS GOLDEN.

Oleh sebab itu, aku pun bagi bonus buat cik saudari dengan menyimpan sementara entry sebelum ini.

Namun, tidak teragak-agak mengeluarkannya kembali jika perkara yang sama berulang.

Aku pun tak nak blog aku ni ada adegan-adegan yang tak best.

Lebih-lebih lagi, aku sekarang ni nak menambahkan populasi penduduk di Malaysia, Insyallah.

So, nak happy-happy saja!!!

Nampaknya blog ni akan betul-betul berubah. Mungkin menjadi blog mak-mak. Hahahaha...

So, Meeha, niat main futsal kena tangguh sampai tahun depan la nampaknya ye....

Alhamdulillah, rezeki lain yang aku mohon, DIA bagi rezeki yang lagi besar buat aku ngan CH.

:) :) :)