Tuesday, May 25, 2010

Nak Cakap Gak... :p


Tertarik dengan kenyataan oleh orang kuat BAM.

"Pemain senior 80% menunjukkan semangat untuk menang berbanding pemain muda yang hanya 50% semangat untuk menang" (kemudian di kukuhkan lagi dengan kononnya jurulatih pun berpendapat begitu)

Ini dipetik dari berita yang aku tonton dalam minggu lepas.

Ayat di atas ni pun aku dah nampak kepincangannya.

Aku tak pasti sama ada pendengar atau peminat-peminat lain boleh menerima kenyataan tersebut.

Bagi pendapat aku, biasanya orang-orang muda lebih punya semangat untuk membuktikan kemampuan mereka.

Berbanding dengan pemain-pemain lama, pemain baru pasti mahu melonjakkan nama mereka di peringkat dunia, jika benar-benar mereka cintakan permainan ini.

Ini adat di dunia, di mana-mana sahaja.

Contohnya di tempat kerja.

Jika kita baru bekerja, pasti kita akan memberikan 110% diri dan tenaga kita untuk memastikan kita mendapat tempat, nama dan seterusnya layak untuk mendapat pengesahan jawatan.

Bila sudah sah, baru macam ada kelonggaran di situ. Baru pandai nak cilok sana, cilok sini.

Tapi masih lagi akan cuba mengekalkan reputasi bagi memastikan akan terus dikekalkan.

Begitu juga dalam bidang sukan.

Pemain-pemain muda, cuba tanya mereka. Apa yang mereka mahukan.

Pastinya tumpuan dan peluang.

Tumpuan untuk mendapat latihan yang lebih agar mendapat peluang untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

Bukan sekadar Super Series.

Bagi mereka peluang ke peringkat antarabangsa. Dedahkan mereka dengan perlawanan peringkat antarabangsa bersama pemain-pemain senior.

Aku yakin, ini yang mereka mahukan. Bukan hanya latihan tiap-tiap hari, tiap-tiap minggu tanpa arah tuju.

Kalau aku pun mesti bosan.

Ini namanya pelaburan.

Duit dalam persatuan gunakan untuk pemain-pemain. Pasti hasilnya membanggakan.

Dan pemain-pemain muda, bila sudah diberi peluang, gunakan sebaik mungkin.

Fokus. Fokus. Fokus. Bukan sekadar untuk glamour. Tapi untuk maruah negara.

Nak tengok bendara dan nama Malaysia berkibar di setiap perlawanan.

Jika BAM boleh mendengar dan menerima pendapat orang ramai, pastinya Tahun 2012 kita boleh membawa pulang Piala Thomas.

Seperti yang pernah aku katakan dalam entry sebelum ini, bukan sekadar Piala Thomas, tapi All England, Olimpik, World No. 1, World Champ semua Malaysia boleh rembat.

Tapi, untuk mencapai tahap itu, kena berani memulakan langkah.

Bagi peluang kepada pemain muda yang benar-benar mahu bermain, dan pemain senior terus ditiupkan semangat untuk terus menaikkan nama Malaysia dalam sukan badminton ini.

Top Gun




"Nak jadi Pilot? Apsal nak terbang tinggi-tinggi"

"Best cikgu! dapat terbang tinggi-tinggi. Uniform smart, pakai cermin mata hitam.. hehehehe"



Lawak lak bila ingat perbualan dengan cikgu BM masa sekolah dulu.

Ya, dulu aku teringin sangat nak jadi pilot. Teringin ya amat kerana aku terpengaruh dengan cerita TOP GUN ( ye... sila gelak).

Im not a fan of cruise... tapi dalam cerita ni, aku sukaaaaa sangat dengan iceman! Hahahahaha..



Pakai uniform yang bagi aku sangat cantik.

Cermin mata hitam.

Dapat lihat pemandangan dari atas (note: aku jenis yang gayat).

Aku suka segala-galanya berkaitan kerjaya sebagai seorang juruterbang. Fokus kepada juruterbang pesawat tentera.

Aku selalu berangan aku bawa pesawat pejuang tunggang terbalik (macam cerita top gun). Tapi paling best kalau aku dapat bawa kapal terbang pejuang untuk tujuan acrobatic macam pameran LIMA di Langkawi.

Hahaha.. tinggi sungguh cita-cita aku.

But, those were the days. Sekarang aku masih lagi memijak tanah di bumi.

Terbang tinggi hanya menggunakan kapal terbang Air Asia atau MAS sebagai penumpang. Hihihi...

Tapi sampai sekarang jika ada pesawat pejuang melintas di udara.. perghhhh... meremang bulu roma beb!

Mungkin semangat itu masih ada dalam diri.



Macam pagi tadi, ada 2 buat pesawat terbang rendah di kawasan lebuhraya Sg. Besi, melintas atas kereta aku.


Terus meremang bulu roma.

Mata aku curi-curi manja melihat 2 buah pesawat tersebut. Cantik... sangat cantik! Menjerit sebab excited dapat tengok kapal terbang pesawat tentera.

Terus teringat kembali aku pernah punya cita-cita untuk terbang tinggi di udara.

Jangan tak percaya, aku pernah menghantar surat tentang impian aku itu kepada ibu dan bapa aku.

Tak pasti di mana surat itu skarang. Tak pasti sama ada emak masih ingat lagi surat kelakar aku tu.

Semuanya ketika aku mengikuti kursus motivasi masa zaman sekolah dulu.

Semua peserta di minta menulis apa sahaja yang di impikan. Tentang kedua ibu bapa dan semangat untuk mencapai cita-cita tersebut.

Tak sangka pula surat-surat kami telah diposkan ke rumah. Hahahahahaha.. lawak sangat!

Tapi sweet apa... :)

Itu lah kenangan aku bersama impian aku untuk menjadi seorang juruterang. :)

Friday, May 21, 2010

Tuduh Menuduh


Episod tuduh menuduh sudah bermula.

Oh, bukan. Post Mortem.

Piala Thomas.

Mereka kata wartawan salah.

Dia kata player salah.

Semua kata BAM SALAH.

Aku kata, BAM SALAH.

2 tahun, 4 tahun.. tiada pengisian. Eh... ada! ada!

Kem motivasi 1 minggu sebelum Piala Thomas. Hasilnya? 2 pemain cedera. :)

Tahniah kepada pemain wanita sebab sekurang-kurangnya lepas ke suku akhir.

Piala Thomas dari awal dijangka sekurang-kurangnya ke FINAL.

Tapi sampai separuh akhir, sangat mengecewakan.

Peringkat kumpulan tewas kepada Jepun. 3-2.

Dah nampak kepincangan.

Peringkat suku akhir. Menang lawan Denmark. Bernasib baik sebab pemain perseorangan ke3 mereka tidak mencapai tahap piawaian (ini pendapat aku).

Separuh akhir. Lawan China. Kena realistik.

Tengok dalam top 10 world ranking. Berapa orang pemain China dan berapa orang pemain Malaysia.

Pemain China jarang bermain di peringkat dunia bagi tahun 2010 dan hujung 2009 tapi tetap boleh kekal dalam top 10. Kenapa?

Pemain Malaysia, satu-satunya sandaran. Dato' LCW.

Itu silapnya. Piala Thomas permainan berkumpulan bukan individu.

Jika BAM betul-betul berusaha untuk menjuarai Piala Thomas 2 tahun akan datang, cari satu pasukan pemain yang mantap.

Pemain-pemain muda sudah mula diserapkan atau di dedahkan dengan pertandingan peringkat tinggi.

DISPLIN. Sangat-sangat penting. Boleh tengok contoh pada Dato' Nicole D.


" nak sampai tahap begini, banyak pengorbanan yang telah saya lakukan. Pengorbanan zaman muda, kawan-kawan"

Tapi, hasilnya? kita semua tahu tahap yang beliau telah capai. Sukan dan ilmu jika digabungkan memang boleh melahirkan sesuatu yang sangat menakjubkan.

Tidak mustahil boleh berjaya jika BAM dan pemain-pemain bersungguh-sungguh.

Pemain juga perlu punyai semangat. Tanya pada Dato' LCW.

Naik turun beliau sebelum berjaya seperti sekarang.

Komitmen yang beliau telah lakukan.

Tapi bagi pendapat aku, lagi best kalau DLCW dapat tumpaskan Lin Dan sebelum beliau umumkan persaraan.

Episod lepas jadikan pengajaran.

Mula langkah baru. Fikirkan untuk jangka masa panjang. Lahirkan lebih ramai pemain.

Jangan hanya fokus kepada beberapa orang.

Anak-anak muda ramai yang menunggu peluang.

lebarkan pintu dan ruang agar lebih ramai yang boleh di muatkan.

Anak muda, semangatnya lebih tinggi untuk menonjolkan diri.. membuktikan kemampuan mereka.

Biarkan mereka menari bebas di gelanggang.

Biarkan mereka menari mencari rentak yang sesuai.

Bila mereka sudah pandai mencari rentak, selesa di gelanggang-gelanggang, aku pasti tidak mustahil jika di dalam top 10 world ranking.. nama-nama dari Malaysia teletak megah di situ.

Masa itu, kata lah apa yang di mahu.

Piala Thomas. Olimpik. All England. World Champ.

Senaraikan saje. Pastinya bendera Malaysia hanya menanti untuk dikibarkan.

Tidak mustahil, kerana China sudah membuktikan.


DAN yang penting kurangkan BERPOLITIK.

Mungkin 2012 boleh jadi tahun Malaysia. Cukup 20 tahun.

Aku akan terus memberikan sokongan jika langkah yang baru menampakkan satu harapan.

Jika terus mundur... (rasa tak sampai hati nak teruskan)

Tepuk dada tanya lah hati... kalau tanya selera, makan besar pulak. Perut kenyang jadi malas.

Friday, May 14, 2010

Sama je semua



Mereka kata orang-orang gomen keje lembap.

Aku kata, private pun ada yang sama lembap.

Mereka kata orang-orang gomen keje kaunter muncung sedepa, masam.

AKu kata kaunter private, resto and non-gomen kaunter pun sama jek. Lagi kurang ajar pun ada.

Jadi, sama sahaja.

Sebab yang menjaganya adalah kita, MANUSIA.

:) :) :)

Oh ya, petang ni MALAYSIA vs CHINA.

Kalau ada masa terluang aku nak kupas isu-isu berkaitan badminton ni.

4 tahun. Pengisian KOSONG!

Takpela... itu cerita esok-esok. Sekarang kepala pening. Assignment lagi penting.

MALAYSIA!

MALAYSIA!

MALAYSIA!

Kepada pasukan hoki... Not bad! Better than last year... :)

Tuesday, May 11, 2010

Macam Macam Cerita


1. English Premier dah tamat. MU 2nd. Salahkan diri sendiri. Peluang banyak. Semua terlepas. Tunggu next season. Harap adalah STAR yang best2

* berangan nak jejak kaki ke OLD TRAFFORD.

2. Counting days untuk menamatkan pengajian. Rasa macam sekejap je. Pejam celik, pejam celik. Tak sabar tunggu hujung tahun.

* kena plan what to do next. bestnya kalau dapat kerja dari rumahkan?

3. Hari ni Cik S punya birthday. 2 Tahun. Besar dah. Suara pun besar. Sekali menjerit, adoiiiiiiiiiii.. sakit telinga cik ngah.

* bila la Cik S and Cik A nak suruh ibu pindah sini terussssssssssssssssssssssssssssssssssssss... cepatlahhh wei! <- pesanan untuk si Ibu.

4. Selangor masih di atas. Harap terus kekal. Kelantan ngan Kedah dah nampak lain macam je ni.

5. Piala Thomas. Team Malaysia belum lawan lagi. Hope they will fight till the end. Harap sangat. Masih teringat tahun 1992. Masa tu aku 12 tahun. Masih terasa kehangatan, terbayang suasana, walaupun aku cuma menonton di rumah. Sidek's brothers, Foo Kok Keong, CS Kit, SB Kiang, KW Meng.. Best sangat!!

6. Piala Uber. Tengok game semalam geram gila. 3rd double buang masa. Main macam budak sekolah. Terlalu selesa atau malas. Kalau main macam tu senang jek diperkotak katikkan China. Tak harap sangat. WM Choo je and 1st double je yg aku rasa betul2 nak menang atau nak main. Yang lain????


Sekian, cerita pendek kali ini.