Thursday, October 28, 2010

Saturday, October 23, 2010

Aku Rindukan Kau..........






En. JOG









Sejak badan aku dah ala-ala kembang bermangkuk-mangkuk semangkuk ni susah dah nak berjogging @ berlari. Rindu lak rasanya.


Bila tengok cerita Forest Gump, tengok Tara dari Biggest Loser S7 aku rasa sangat cemburu dan rindu mahu berjogging.


Sighhh...


Tuesday, October 19, 2010

Manusia Itu Rakus

Kita (manusia) merupakan makhluk yang sangat rakus. Tak pernah rasa cukup. Tak pernah rasa puas. Selagi ada hutan, selagi ada pokok, selagi ada bukit, selagi ada ruang kita guna untuk menaikkan bangunan-bangunan tinggi, semua di tebang, semua diratakan.

Lihat saja di Bandar Baru Bangi. Hampir semua ruang habis digunakan untuk membina bangunan. Aku bukan anti pembangunan. Tetapi berpadalah. Aku rasa apa yang ada sekarang sudah cukup. Biarlah orang kata di Bangi tiada pusat membeli belah mewah. Namun bagi aku, PKNS dan Kompleks Bangi sudah memadai. Tidak perlu lagi membina konon-kononnya BANGI GATEWAY. Mahu yang mewah pergilah ke KL atau ke Alamanda Putrajaya.

Alangkah baiknya jika Tasik Cempaka yang sedia ada di kemaskini, di cantikkan, bukan dibiarkan kotor dan berbau. Penuh dengan sampah sarap. Alangkah baiknya jika ruang di sebelah stadium di bina kawasan untuk beriadah. Lagi nyaman rasanya. Aku semakin bosan tengok bangunan-bangunan di naikkan. Pokok-pokok di tebang. Serius aku bosan dan terkilan.

Jalan di BBB semakin sesak. Cukuplah kesesakan di Kuala Lumpur. Janganlah di tambah di tempat aku.

Kadang-kadang aku rasa mahu bakar semua kontraktor-kontraktor yang rakus tu. Mahu ganggu kawasan pembangunan mereka. Mahu buat mogok di kawasan itu. Mahu conteng di papan-papan untuk memberitahu supaya berhenti membina bangunan. Cukup-cukuplah.

Mahu jadikan BBB ini seperti Puchong?? Kawasan yang suatu masa dulu sejuk, ada sungai... menjadi seperti kawasan padang jarak PT. Semua sudah rata. Semakin panas. Sedih rasa.

Kemana mahu mengadu. Ada sesiapa ke yang bersama aku?





TOLONGLAH SELAMATKAN BANDAR BARU BANGI.
JANGANLAH BANGUNKAN LAGI APA-APA BANGUNAN.

Friday, October 15, 2010

Part 4: Sambung belajar : Master/PhD @ UKM

Berbalik kepada informasi tentang sambung belajar di UKM.

Tak banyak untuk kali ini. Tapi yang pentinggg...

Pengambilan bagi semua program di FSSK adalah 2 kali setahun KECUALI bagi program

1. Sarjana Sains Sosial (Psikologi Kaunseling)

2. Sarjana Sains Sosial (Pembangunan Manusia)

3. Sarjana Sastera (Psikologi Industri dan Organisasi)

yang hanya ditawarkan 1 tahun sekali iaitu pada pengambilan kemasukan Julai.

Dan dukaci
ta dimaklumkan, untuk semua kemasukan sarjana secara kerja kursus pengambilan hanya untuk pelajar-pelajar IPTA sahaja.


---------------------------------------------------------------------------------------

Bagi yang berminat untuk mengikuti pengajian secara penyelidikan...

proposal harus disertakan bersama dengan borang permohonan bagi memastikan perlantikan penyelia yang sesuai jika anda diterima sebagai pelajar.

Ramai yang tanya, proposal kena tebal ke?

Tidak semestinya. Jika anda hantar seringkas yang mungkin pun boleh, asalkan jelas bentuk penyelidikan atau tajuk penyelidikan yang anda akan lakukan sepanjang pengajian untuk disesuaikan dengan pensyarah yang bakal menjadi penyelia anda nanti.

Program Sarjana Falsafah (Master of Philosophy) ni jangka masa pengajian lebih lama dan syarat untuk memasukinya juga lebih ketat.

Calon mestilah mendapat CGPA yang baik. Kalau tak silap tak kurang daripada 3.5 @ 3.70 (Kelas pertama).

Jangkamasa pengajian yang lebih lama.

Tidak perlu hadir ke kelas KECUALI bagi 2 kursus yang mula diwajibkan mula Semester 1 Sesi 2009/2010. Iaitu kursus Penulisan Akademik dan Metodologi Penyelidikan.

Perlu mengadakan pembentangan dan penerbitan.

Dan tertakluk dengan syarat-syarat dalam proses penghantaran tesis untuk pemeriksaan.

Semua ini akan saya ceritakan dalam bahagian yang seterusnya.

Hari ni aku tak sihat sangat, jadi kepala ting tong sikit. Nak cerita banyak agak malas. Jadi, tunggu ye................

Proton INSPIRA



pic from google

PROTON INSPIRA


Akhirnya, model terkini proton telah ditayangkan sedikit untuk tatapan umum. Tidak sepenuhnya, tapi nampaklah bentuk muka depan macam mana.

Produk gantian untuk model WAJA. Tapi aku nampak (sebab belum ditunjukkan sepenuhnya) bentuk depan semacam model WIRA sikit. Mungkin sebab muka depan yang lebih nipis berbanding WAJA.

Menggunakan kembali enjin Mitsubishi Lancer membuatkan aku gembira. Tapi bila dengar harganya dalam julat 79 - 94k?Perghhhh.. gilo ape!

Dalam julat tu ada saingan Vios dan City. Macam mana mahu saing. Serius babe aku bengang sebab mahal laa..

Tapi selepas dengar semula dan baca....... ohhh... 1.8 liter engine rupanya. Termalu sekejap. Yela.. WAJA dulukan 1.6 kan. Terbawa-bawa.

Boleh tahan gak dan aku boleh katakan termurah bagi 1.8 - 2.0 punya liter engine.

Jadi, apa lagi.. pergilah intai-intai bilik tayangan (showroom) di mana-mana cawangan proton sekarang. Jika anda malu-malu, bolehlah email aku untuk aku bawakan/perkenalkan orang yang boleh anda percayai sebagai agen penjual kereta proton. Terbaik dari PUCHONG!

Wednesday, October 13, 2010

Piala Malaysia:SELANGOR


Berehat sebentar daripada informasi tentang sambung belajar di UKM. :D
--------------------------------------------------------------------------------------------

 
Dah lama rasanya tiada cerita tentang bola.

Aku tertarik nak cerita gak pasal bola sebab aku memang tak puas hati dengan penyokong-penyokong Kelantan semalam.

SERIUS MACAM ORANG JAKUN!!!

Suka cari pasal, suka cari gaduh.. (motto yang sesuai untuk mereka :p)

Aku pernah tulis tentang apa yang FAM patut buat kat penyokong2 mereka ni. Malas nak godek balik.

Sekali lagi aku nak tekankan bahawa tindakan lebih tegas patut dikenakan. Aku terkilan gila sebab FAM tarik balik tindakan yang pernah dikenakan pada pasukan Kelantan dulu.

Kepada FAM, percayalah… mereka ni TAK PERNAH INSAF DAN TAKKAN INSAF.

Jadi, FAM patut kenakan tindakan yang lebih tegas kepada penyokong-penyokong jakun ni.

Aku juga bengang sebab kalau penyokong atau pemain SELANGOR yang buat hal.. kemain lagi FAM kenakan tindakan segera dan tegas.

Tengok je semalam. Taulah kat sana senang dapat bekalan mercun!!


Macam *&^*&^^!!!


PIIIIRRRRRRRAAHHHH!!!!!!



FAM bungkus aaaaaa!!!!!!



Daripada,
Peminat setia pasukan MERAH KUNING

Tuesday, October 12, 2010

Part 3: Sambung belajar : Master/PhD @ UKM

SARJANA SAINS SOSIAL/SASTERA secara KERJA KURSUS.



Bagi mod pengajian ini boleh di bahagikan kepada 2 jenis bentuk pendaftaran iaitu secara sepenuh masa atau separuh masa. Untuk pelajar tempatan, anda layak memilih antara dua bentuk itu sama ada mahu mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa atau mendaftar secara separuh masa. Namunnnnnnnn, bagi pelajar luar negara, hanya boleh mendaftar secara SEPENUH MASA.


For local u can choose either to reg as a full time student or part timer.


But for foreigner, u can ONLY register as a full time student.


Sebagai pelajar secara kerja kursus, anda perlu menghadiri kelas dan unit yang perlu di habiskan adalah sebanyak 40 unit bagi melayakkan anda dianugerahkan ijazah.


28 unit kursus wajib dan elektif.
(nilai kursus wajib dan elektif bergantung kepada pusat pengajian masing-masing)
dan 12 unit Tesis Sarjana.



Dari segi tempoh masa pengajian pula....

Sepenuh masa - 2 semester(min) - 4 sem (maks) = 1-2 tahun

Separuh masa - 4 semester (min) - 8 sem (maks) = 2-4 tahun


Aku nak maklumkan yang bagi pelajar separuh masa di sini, bukan bermakna kelas waktu malam ataupun di hujung minggu ye.

Sebagai pelajar separuh masa, kelas akan berlangsung mengikut jadual pelajar sepenuh masa, yang biasanya diadakan pada waktu bekerja 8 pagi- 5 petang (bergantung kepada pusat pengajian dan berubah mengikut semester berlansung) .

Istilah separuh masa berdasarkan syarat-syarat pelajar tidak boleh mengambil unit lebih daripada 9-10 unit bersamaan dengan 3 kursus sahaja dan bebanan yuran yang lebih murah berbanding pelajar sepenuh masa.

Pelajar separuh masa biasanya mendapat pelepasan majikan untuk keluar waktu pejabat bagi mengikuti kelas di UKM, Bangi. Namun begitu, ada juga kelas-kelas (baca: tidak banyak) yang dijalankan pada hari Sabtu atau selepas waktu bekerja, seperti yang saya maklumkan tadi, mengikut pusat pengajian masing-masing.

Pengajaran sepenuhnya dalam BAHASA MELAYU....  kecuali bagi program Pengajian Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Pascakolonial Dalam Bahasa Inggeris

Classes will be conducted (mostly) in BAHASA.
Because of that , for overseas student (foreigner), except those from Indonesia and Brunei, u have to choose either to apply for English Language Studies (ELS) ORr Postcolonial Literature in English (PLIE) OR....................

You have to apply for Master of Philosophy (Full Thesis). OR............

You have to choose another faculty.Sorry   :)



Cukuplah untuk hari ini. Akan bersambung lagi esok.

Monday, October 11, 2010

Part 2: Sambung belajar : Master/PhD @ UKM

Sebelum aku sambung, nak maklumkan bahawa di bawah Pusat Kembangan Pendidikan, kursusnya adalah TERHAD berbanding dengan PPS yang menawarkan kursus dan pengajian bagi setiap fakulti di UKM.


Anda boleh lawati laman web PKP untuk maklumat lebih lanjut kursus-kursus yang ditawarkan oleh PKP.

http://www.ukm.my/kembangan


Baiklah, kita mulakan bahagian kedua dengan memfokuskan kepada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, FSSK yang merupakan antara fakulti terbesar dan popular kerana setiap kali hari terbuka sering diserbu oleh pelanggan. :D


Di bawah FSSK ada 6 jabatan penting yang di kenali sebagai Pusat Pengajian.

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik
Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi
Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran.

Setiap pusat pengajian ni ada 3-5 program yang ditawarkan mengikut bidang masing-masing. Dan Setiap program ada 3 jenis mod pengajian iaitu

1. SARJANA SAINS SOSIAL/SASTERA yang dijalankan SECARA KERJA KURSUS SAHAJA.

2. SARJANA FALSAFAH yang dijalankan secara PENYELIDIKAN semata-mata.

3. DOKTOR FALSAFAH

Bagi proram Doktor Falsafah, tiada masalah memandangkan ramai yang faham konsepnya. Tetapi mungkin ada kekeliruan sering berlaku bagi program SARJANA.

Nampak tak ada 2 jenis sarjana tu? Hmmm... sukacita aku maklumkan bahawaaaa memang di FSSK hanya ada 2 jenis mod pengajian sahaja bagi pengajian Sarjana.

KERJA KURSUS ATAU PENYELIDIKAN SAHAJA.

Takde kerja kursus dan tesis atau disertasi atau apa-apa yang selain yang dua itu. Sekian di maklumkan.

Sekali lagi aku bagitau, informasi ini hanya untuk FSSK sahaja. Untuk fakulti-fakulti lain mod pengajian ada yang berbeza. :)





Program-program yang ditawarkan mengikut pusat pengajian

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik (PPBL)


1. Sarjana Sastera (Pengajian Bahasa Inggeris) - English Language Studies (ELS)

2. Sarjana Sastera (Kesusasteraan Pascakolonial Dalam Bahasa Inggeris) - Postcolonial Literature In English

3. Sarjana Sains Sosial (Linguistik) - Linguistics

 Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu



1. Sarjana Sastera (Kajian Bahasa Melayu)

2. Sarjana Sastera (Kesusasteraan Melayu)

3. Sarjana Sastera (Pengurusan Persembahan Seni)




Pusat Pengajian Media dan Komunikasi


1. Sarjana Sains Sosial (Pengurusan Komunikasi)


 Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia


1. Sarjana Sains Sosial (Psikologi Kaunseling)

2. Sarjana Sains Sosial (Pembangunan Manusia)

3. Sarjana Sastera (Psikologi Industri dan Organisasi)





Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi


1. Sarjana Sains Sosial (Analisis Strategi dan Keselamatan)

2. Sarjana Sains Sosial (Saons Politik)

3. Sarjana Sastera (Sejarah Malaysia)





Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran.

1. Sarjana Sains Sosial (Antropologi dan Sosiologi)

2. Sarjana Sains Sosial (Geografi)

3. Sarjana Sains Sosial (Sains Pembangunan)

4. Sarjana Sains Sosial (Penilaian Impak SOsial dan Sekitaran)


Kena berhenti jap sebab ada kerja nak buat. :p

Untuk bahagian 3, aku akan terangkan tentang beza antara Sarjana Kerja Kursus dan Sarjana Falsafah dan struktur pengajian masing-masing. 

Saturday, October 9, 2010

Part 1: Sambung belajar : Master/PhD @ UKM


Nota: Bulan 10 adalah bulan Bahasa Kebangsaan, maka dengan itu, dengan rasminya sepanjang bulan Oktober ini aku akan menggunakan Bahasa Malaysia SEPENUHNYA.


Penulisan kali ini aku tujukan kepada kawan-kawan yang sering menelefon, SMS dan email bertanyakan kepada aku tentang bagaimana untuk sambung belajar di UKM.
Sebagai permulaan, aku kena tekankan bahawa, skop pengetahuan aku khusus kepada FSSK – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Jadi kepada sesiapa yang mahukan informasi tentang fakulti-fakulti lain bolehlah email kepada aku dan aku akan tolong dapatkan informasi untuk anda.


Baiklah, kita mulakan.
Sebenarnya, untuk Master/PhD di UKM ni boleh dibahagikan kepada 3 pengurusan:
  1. Pusat Pengurusan Siswazah (paling besar dan utama)


    Di bawah Pusat Pengurusan Siswazah, kursus-kursus yang ditawarkan lebih banyak dan lebih luas. Ini kerana, PPS merupakan pusat yang utama (induk) bagi pelajar-pelajar siswazah. Menawarkan pengajian dalam bentuk sepenuh masa dan separuh masa, bergantung kepada Fakulti.Sepenuhnya di bawah UKM.


    http://www.ukm.my/pps


     
  2. Graduate School of Business (hanya melibatkan bidang perniagaan dan pengurusan)


    Seperti namanya, sekolah ini khas untuk MBA, DBA dan PhD. Menawarkan pengajian dalam bentuk sepenuh masa, separuh masa dan hujung minggu.


    http://gsb.ukm.my


     
  3. Pusat Kembangan Pendidikan (khas untuk pengajian secara eksekutif – kelas malam/petang dan hujung minggu)


    Jika anda mahu belajar sambil bekerja, disinilah tempat yang perlu dituju. Terdapat 4 mod pengajian iaitu :


    1. Eksekutif (kelas malam – kelas di Kuala Lumpur; Kelas hujung minggu – kelas di Bangi)
    2. PBJJ/ Berterusan @ jarak jauh.
    3. Antarabangsa
    4. Khas
    Namun, kursus yang ditawarkan tidak seluas seperti yang ditawarkan oleh PPS. Yuran yang dikenakan lebih mahal berbanding yang dikenakan kepada pelajar di bawah PPS.
    http://www.ukm.my/kembangan


Harap dengan pengenalan dan pendahuluan ini, kawan-kawan boleh faham struktur pengajian yang ditawarkan di UKM serba sedikit. Jika ada yang tak faham, bolehlah email di pinkblack25@gmail.com.


Untuk part 2 aku akan ceritakan lebih lanjut tentang pengajian di FSSK.

Wednesday, October 6, 2010

ASMARA




Nope… Its not 18sx entry yeaaa


Sejak semenjak aku dah kurang sikit kelas ni, barulah boleh bernafas dan layan drama-drama di TV waktu-waktu malam. Sebagai manusia yang mempunyai hobi menonton rancangan-rancangan di TV, aku anggap ini sebagai bonus untuk diri sendiri :p

So, my schedule will be like this..Tayangan Wajib tonton:


Monday – CSI: NY, C701, 2200 tapi takleh tengok sebab ada kelas. Huhuhuhuhu…

Wednesday – Glee, C711, 2100 - CSI: Miami, C701, 2200 – CSI, C701 2300Rabu paling best la kalau layan TV sebab banyak cerita favourite.

Thursday – Buletin Utama, lepas tu biasanya aku tak layan dah TV sebab banyak sangat cerita hantu.

Jumaat – Ahmad Durrah :p, kol 10 ke atas layan drama TV2 atau Movie @ TV3 atau pun layan Movie @ lain2 channel bergantung kepada cerita mana yang paling best.

Saturday and Sunday - BPL kalau Man Utd main sahaja @ game yang melibatkan pasukan Selangor. Kalau takde game, layan cerita Cerekarama @ TV3 @ layan la channel-channel lain yang menarik perhatian. Kalau takde benda menarik, aku goreng keropok sambil tengok cerita sambil sesi kutuk mengutuk cerita di TV bersama CH.

Serius, biasanya inilah rutin aku. Sebab kami jarang keluar malam. Kami penuhkan aktiviti di siang hari. Malam untuk beristirehat.


Eh.. jap jap.. mana pergi hari Selasa???


Haaaaaaaaaaaaaa… Hari Selasa adalah masa untuk ASMARA!

 
Yes, Asmara babe!!

 
Yeeee adikku, gelaklah guling-guling.. sebab sekarang kakakmu dah layan cerita ASMARA di TV3 tuuuuuu.. ala-ala orang kata cerita poyo tu.

 
Tapi peduli apa aku kan… asal boleh aku layan, aku layan laaa… walaupunnnnnnn ceritanya takdelah hebat mana, just untuk suka-suka.

 
Macam layan cerita Hindustan versi Melayu. :p :p :p

 
Aku layan cerita ni dari episode 1 lagi. Dari mula-mula macam mana hero tu boleh terjebak dengan perkahwinan tanpa rela.

 
Sejarahnya bermula apabila, aku macam biasa, bila ada cerita baru aku akan pastikan aku tengok 1st episode. So, dari 1st episode la aku akan tentukan sama ada aku nak layan terus atau on off jek.

 
Maka, aku layanlah cerita tu dari kol 9 sampai lah kol 10. At the end, aku tengok cerita terbitan Suhan Movies.. so, taulah sape kan? Under Rosyam Noor. Hah! Confirm ada konflik-konflik ada babak-babak macam cerita Hindustan, typical cerita Rosyam Noor.. hehehe.. tapi yang buat aku nak layan la gak cerita ni sebab dia ambil orang lain jadi hero… yesss, orang lain. And kebanyakkanya pelakon-pelakon muda la, kecuali yang jadi mak bapa (for surela kan…). Aku tak kenal pun pelakon-pelakon dia kecuali yang jadi isteri hero tu, Faezah Elai kot kalau tak silap.


Until now, episode 5, bapa si hero tu dah mati. Mak isteri hero cuba baik-baik dengan si hero dan minta tolong dia beri tunjuk ajar anak perempuan dia yang hidup bebas.

Kakak isteri hero dok marah tak tentu pasal kat hero sebab ingat hero tu tak jaga adik dia betul-betul. Kakak isteri hero ni still tak tau nak adik dia pregnant anak orang lain. Hero kena kahwin paksa sebab nak tutup malu keluarga isteri dia. Bapa isteri hero paksa bapa si hero pujuk hero ni kahwin ngan anak dia sebab dia tak suka bapa pada baby dalam kandungan tu sebab bapa baby tu anak musuh dia.

 
Bapa si hero ni lak, tinggalkan hero ngan mak hero ni kat kampong dan kahwin lain. Mak tiri hero ni setakat ni memang baik lah.

 
Hero ni lak ada kawan perempuan dulu, tak pernah declare apa-apa, tapi masing-masing faham sesame sendiri kot. Sekarang hero dan jauhkan diri dari gf dia. Gf dia tak tau dia dah kawin. Tapi hero dah bagitau gf dia yang diaorang tak boleh berkawan dah.

 
Abang gf dia ada jumpa hero minta dia tunang then kawin lepas habis belajar. Gf hero bagitau hero tak perlu risau dengan abg dia sebab gf hero akan bagitau abg diaorang dah berpisah dan gf dia yang minta untuk berpisah.

 
Gf macam ada hidu-hidu something between hero ngan isteri hero sebab dia orang belajar 1 kolej. Lagipun bapa hero ngan bapa isteri hero kawan baik.


Dan nama hero tu adalah ASMARA. :D


Amacam? Pening tak cerita ni… hahahahahahhahaha..

Monday, October 4, 2010

Aku kah WOLVERine???


CH kata aku ni macam Wolverine, character favourite aku dalam X-Men, sebab aku kebal dari jangkitan demam dan sakit.

Hahahahahaha..

CH tak tengok lagi macam mana ghupa isteri terchenta ni bila demam..

Ala-ala drama tamil campur filem hindustan campur drama melayu laa.. Lengkap 1 pakej :p

siap pengsan-pengsan, muntah-muntah, tak lalu makan, tak leh bangun... dan tiba-tiba menjadi seorang yang sangat pendiam tahap gaban. Boleh susut la badan lebih 5 kg.

Jadi, harap-harap aku akan terus sihat dan gila-gila seperti biasa, takut lak nanti CH tak sampai hati lak tengok aku dan yang paling penting takut CH tak larat nak angkat isteri yang tersangat "chomel" ni haaa...

:p



pic from google

Saturday, October 2, 2010

Iqram Dinzly yang Auw Auw


Hahahahahahaha..

Hahahaahahahaah….

Hahahahahahahahahaha….


Tak percaya???


Percayalahhhhhhhhh....


Memang dia jadi mak nyahhhhhhh wooo..


Dalam cerita Catatan Kelmarin di TV2 semalam.


Latest aku tengok pelakon-pelakon yang muka tak berapa nak jambu jadi nyah ni bila Tarmimi Seregar berlakon jadi nyah dalam cerita Wali. Tak kosee nyahhhhhhhhh..


So, bila si Iqram ni jadi nyah, teringin gak aku tengok.


Aku gagahkan diri walaupun mata dah berat sangat dah ni.


Transformasi betullah.. makeup can change how people look babe!


Dengan wignya lagi.. cewahhh!!! Cuma tang nada suara tu je plus how he speaks agak keras sikit la.

Yang lain-lain aku bagi rating 3/5. Oklah tu kan kan kan…

Friday, October 1, 2010

Psikologi ASTRO

JANGAN TIPU KAMI!!!

JANGAN TIPU KAMI!!!

JANGAN TIPU KAMI!!!

Gempak gempita dah ni. Serius la wei... siapa yang rasa macam di permain-mainkan oleh ASTRO ni?

Depa nak upgrade ke B-yond tu upgrade la. Tapi channel yang lain-lain tu janganla di porak perandakan.

C104 @ RIA dan jadi channel caca marba dah. Lately ni siapa yang perasan ada ENGLISH MOVIE.

Anddd... English Movie yang di repeat sampai aku rasa boleh hafal setiap dialog dia bagi sesiapa yang layan sangat Ria ni.

Nak cekup sangat duit, dia buka channel LAIN (carilah sendiri nama channel tu). Channel khas untuk cerita-cerita Melayu. Bukat setakat filem ye, tapi siri-siri @ drama-drama Melayu semua di campakkan kat situ. So, sesiapa yang nak tengok/layan kena langgan aaa.. SERIUS menyirap ok!

Bila dah ada channel baru ni, C104 C105 dah jadi macam sampah!! Kalau takde apa, dia cover ngan klip-klip yang KONONnya klip-klip baru.. PLUSSS iklan yang semakin menggila sekarang ni! Kalau siaran yang tak berbayar aku boleh terima, tapi kalau ASTRO punya channel pun iklan berlambak-lambak STRESS la wei...

Nasib ada Tv1, Tv2, Tv3, NTV7, 8TV dan TV9.

Channel sukan, channel Movie, chanel discovery setakat ni tiada masalah. Masih OK. Teruatam sports.

Channel Movie, so-so la, sebab cerita semakin lama semakin BORING!! Huhuhuhuhu... as usual repetition yang melampau.

ASTRO memang sedang serang pelanggan-pelanggan dia secara psikologi sekarang ni. Aku pun dah fed up!

Apa yang ada layan je la. Harap RTM dan MEdia Prima boleh terus sajikan rancangan-rancangan yang menarik untuk orang-orang seperti kami ni. Yang tak larat nak tambah lagi hutang dengan Astro ni.

Sekian, luahan rasa untuk kali ini. Maaf sebab bahasa agak keras.