Tuesday, November 30, 2010

Exhausted


Aduh... hari ni serious 'gila'. Sian aku mak. 


Aku tak kisah, complain tetap complain. Walaupun orang kata aku gila complain, lantaklah.


Aku kerja dlm bidang customer service, dah biasa kena complain. Dan aku tak boleh marah sebab itu hak mereka. (nak marah pun marah belakang2 je... huhuhuhuhu


Jadi, kenapa tidak aku gunakan kuasa sebagai rakyat/pengguna/pembeli kan?


Itu hak kita.


Latest case me vs B.Maju. I won the case and im going to do it again kalau ada masalah.


Lepas ni me vs bank/BP. Hahahahahahaha.. 

Wednesday, November 24, 2010

Bini Aku TOMBOY Ke?

No.. Not Me...Tomboy dulu2 je.Sekarang dah jadi wanita ayu. :p




Ok. Back to business. Book Review. 3 buah buku. Novel melayu.Thanks to Ms. L sebab semua buku ihsan dari beliau (pinjam). Hehehehe...


1. Bini Aku Tomboy Ke? - arisa eriza.


Sejujurnya, aku tak minat sangat penggayaan penulisan penulis. Terlalu sempoi bagi sebuah novel. Penulisan gaya sebuah blog. Even, karya-karya selamba zaman novel ahadiat dulu pun tak sesempoi ini. Maaflah kalau ada sesiapa yang terasa tapi aku rasa penulisannya terlalu kasar. Aku baca lompat-lompat just nak tahu jalan cerita sikit-sikit dan penghabisan cerita. Mungkin penulis boleh memperbaiki gaya penulisan dan bahasa untuk karya akan datang. Dari 5 bintang aku boleh bagi 2 sahaja. 1 bintang untuk usaha beliau untuk berkarya dan 1 bintang untuk twist di akhir cerita.


2. Prince Charming. - Ratu Bulan


3/5 bintang. Cerita mendatar tapi ada misteri bila penulis wujudkan watak Nazrin dan Nazrul. Rasa macam baca buku psikologi. Terus aku terbayangkan cerita-cerita hollywood. Cerita remaja dan zaman persekolahan. Aku ambil masa 1 hari untuk baca sebab baca lompat-lompat. Since cerita ni mendatar, aku baca pun macam tu jelaa... takde apa yang menyentuh perasaan yang boleh aku buat senyum ke, gelak ke... just macam tu je. 3 bintang sebab aku rasa gaya penulisan penulis better dari arisa eriza. 

3. AD + IZ. eury athena


This is the best among 3. Aku ambil masa 3 hari untuk habiskan. Aku betul-betul hayati watak dalam novel ad+iz. Ad seorang gadis malang or should i say lucky (at the end) bila kebahagiaan yang dikecapi perlu menghadapi rintangan dan halangan yang bermacam-macam. Watak Iz yang ala-ala bear pada mulanya tapi dek kerana kesilapan yang tidak di sengajakan telah mempertemukan Iz dengan wanita yang terbaik untuknya. Penulisan kena dengan aku. Gaya bahasa yang menarik yang membolehkan aku masuk sama dalam cerita. Aku boleh tergelak, tersenyum dan boleh terasa sedih Ad. Aku masih boleh ingat lagi jalan cerita itu sehingga kini. Ad yang rindukan Iz sampai cium bau baju Iz. Iz yang ajak Ad berkelah di padang malam-malam buta. Iz yang kena paksa download lagu-lagu Melayu untuk Ad. Ad yang kena sambung belajar sebab Iz. Iz yang kena kuruskan badan akibat perjanjian dengan Ad. Iskkk... cerita ni memang best. And im gonna read it again.. and again.. and again. :D Dari 5 bintang, aku bagi 4. Aku sukaaaaaaaaaa... 




Jadi, inilah 3 buah buku yang menjadi bacaan aku dalam 2 minggu lepas. Ada 2 buah lagi yang perlu dihabiskan sebelum di pulangkan kepada pemilik sebenar. Review ini hanyalah mengikut pandangan aku sebagai pembaca. Lain orang lain pandangannya kan? So,smileeeeeeeeee.....

Tuesday, November 23, 2010

Sesi Mengemas

Fuh... Fuh...!!! Buang habuk.






Lama gak tak update. Serabut sikit hidup dengan perkara-perkara di luar jangkaan.


Yang paling best... kereta turbo 1.3 kesayangan hamba overheat. 


Elok je sampai workshop uncle, enjin mati buat kali ke-2 dan terus berasap. Hahahahaha...


Cuak gila. Tak ingat apa, terus keluar dari kereta.


Selamat Jahh. 


Entry banyak tertunggak di draft. Ada masa aku kemaskini.


Paling dekat, book review. 3 books. Novel Melayu.


Sementara ni, otak tak leh nak fikir lagi. Final is coming. Kena prepare mental dan fizikal.


So, tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... :p










p/s: ada orang complain aku dah lama tak update pasal BW Problem. Hahaha.. nanti haa, masih dalam proses. :p

Wednesday, November 10, 2010

Jom ke Kuantan-Kerteh

 



Akhirnya, dengan memandu kereta turbo berkuasa 1.3, kami berjaya juga menjejakkan kaki ke pantai timur. Wuhuuuuu....!!! Dan paling penting dapat membuat suprise party visit for my lil' sister. See... I told you, sabar.. kakak mu akan sampai juga ke sana. :p

Mulanya hanya mahu ke tempat kebiasaan. Namun bila hotel yang biasa dikunjungi memberitahu yang semua bilik pada minggu itu sudah penuh, kami beralih ke plan B. Kelebihannya, jauh sikit berjalan, kekurangannya.. tak dapat mandi laut!! Huhuhu.. siapa yang berani nak mandi kat pantai timur punya laut wooo. Tak nak ambil risiko.



Jadi, dengan perasaan yang sangat gembira sebab dapat jalan jauh, aku pun membuat tempahan di salah sebuah hotel di area Berserah-Kuantan. Guna gomen rate dapat murah sikit.

Perjalanan kami bermula jam 9.00 pagi dan sampai di area hotel jam 1.00 petang. 4 jam memandu kereta turbo kesayangan hamba. Berhenti hanya di 1 tempat sahaja. Tetapi memandangkan kereta kesayangan hamba ini sangat hebat terutama sekali apabila mendaki bukit, maka perjalanan kami berjalan dengan penuh "berhemah". Namun, bagus juga sebab kami bejaya mengelakkan diri daripada dikenakan saman. Senyum simpul je pandang atok-atok polis menahan kereta-kereta hebat. Oh ya, aku kini lebih berhati-hati dengan tanda had laju. Serik selepas terkena 4 saman ekor di KL. Cish.. abis duit sia-sia jek. 

1 malam sahaja, maka kami menggunakan kesempatan ini untuk ronda bandar Kuantan sebelum menerjah rumah adik dan seterusnya membuat lawatan sambil belajar ke MESRA MALL KERTEH kebanggaan adik ku :p  dannnnnnnnnn..... celebrate birthday my niece ANIS yang comel yang berusia 1 tahun! yeaaaaa.... walaupun dia tak tau apa-apa selain membuat muka-muka comelnya, tapi jadilahkan. Nanti Anis dah besar nak tunjuk gambar yang betapa Cikngah ngan CikLi celebrate birthday 1st year dia. Maybe boleh claim nanti. Hahahahaha... Kami celebrate dengan makan-makan di Pizza Hut dan sebiji kek yang besar untuk kami makan. Chocolate Indulgence. Nyummmmmmmmmmm... 
Oh ya, boleh claim ngan Sarah dTaiko sekali sebab nama dia pun ada dekat kek tu. Hahahaha.. Serius kedekut.




They are so cute, arent they? :D
Kakak sungguh2 tiup lilin 2+1

Apapun, percutian yang singkat tapi sangat menggembirakan. Thanks CH sebab sudi bawa pergi jalan-jalan dan menghilangkan kebosanan dan ke"stress"an hidup di kota Kuala Lumpur buat sementara waktu. IM HAPPY. :) tambah lagi bila jumpa my lil sister and dua orang budak comel tu. :)




 


Sebelum pulang, sempat paling ke Hai Peng dulu. Kena jejak gak ni. Asyik tengok gambar adik n family jek. Layan roti dan kopi sebelum kembali ke kesesakan dan kesibukan kota Kuala Lumpur. Eh, berapa kali ulang tulis tentang kesesakan dan kesibukan ni? Nampak sangat memang dah stress dengan KL.












Fuh... habis juga entry tentang holiday. Dah lama terperuk di draft. Update sikit2. :D

Wednesday, November 3, 2010

2012

Finally, I got to watch 2012. Yeah... finally :p. HBO is playing it for this month.

My comment? RUBBISH.

I can easily predict who is going to live and who is going to die. So easy babe! Honestly, it's not worth to watch. Go get yourself a DVD or VCD of Amargeddon or Deep Impact. Much much better than this.

Aiyooo... sepanjang movie seriously aku sangat sangat tak puas hati. Macam ada yang missing. I cannot feel the sadness or whatsoever la the feeling yang patut rasa. I watched it like I watched a really stupid and lame jokes. Takde perasaan langsung. Cuma bosan dan tertipu.

Menyesal rasa tunggu 2 jam 30 minit sampai movie habis. ISK! Dah la baru balik dari bercuti di Kuantan dan kawasan-kawasan sekitarnya, sanggup sengkang mata nak tengok. Hasilnya??? TARAK... Huhuhuhuhu

Tidur lagi bagus. Takdelah terkelat-kelat pergi ofis pagi Isnin.