Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011 (1)

Tahun 2010 aku tinggalkan penuh dengan senyuman. Sehingga ke penghujung tahun, Alhamdulillah, rezeki masih datang mencurah. Tiada azam yang telah aku tuliskan, cuma aku melangkah satu persatu dengan penuh keazaman di hati. Dengan bantuan dan doa CH, Ibu bapa dan adik beradik, aku semakin yakin melangkah ke depan. Aku sangat berpuas hati.





Tahun 2011, aku mengharapkan yang lebih baik. Insyallah, jika aku terus berusaha, kejayaan pasti akan menjelma.




Bertambah lagi usia aku. :D





p/s: tiba-tiba aku rasa tersangat rindu dengan budak comel 2 orang tu. Kakak sangat-sangat rajin dan petah berkata-kata. Comel sangat tadi masa di butik pakaian sibuk memilih pakaian untuk Cik Ngah dan Ibu. Dan.. semua pakaian yang Kakak pilih cantik-cantik wooo!! High taste gak si kecik ni :D. Masih berlegar-legar di fikiran ni gelagat si Kakak. Kalaulah boleh dirakamkan tadi. Sweet moment :). Adik lak, tak boleh blah ngan posing-posing manja dia. Ketawa sangat comel dengan gigi nak tumbuh sebatang lagi. Rasa nak gigit-gigit muka si kecik tu. Comel sangat, sangat, sangat... kalau dia nangis, suapkan je makanan, sure senyap! nangis suap, nangis suap, nangis suap sampai dia relax. Hahahahahahaha....





Thursday, December 23, 2010

New Organizer

Memandangkan tahun 2010 sudah semakin sampai ke penghujungnya, maka dengan itu di umumkan bahawa organizer yang baru diperlukan for her and for him.

For the past 2 years i've been using the same cover for my organizer cuma dalam saja yang berubah. Means, aku buka cover, simpan isi yang lama dan aku masukkan isi yang baru. Ha! dan yang bahagian dalam tu i designed it by my own. Ini semua sebab tak dapat cari organizer yang bertakhta di hati. So, I ended up design sendiri dan cetak. Baru senyum lebar CH sebab dah malas nak teman aku gi cari organizer sana sini. Serius cerewet! padahal organizer lebih kurang sama jek :p






CH pula, tahun ni aku dah bagitau, let me choose. Sebab yang dia ada semua yang bosan. Terlalu 'kekerjaan' sebab tu lah nampak dull jek dan dia macam tak happy tiap kali buka organizer. Muahahahahahaha.. so, kali ni let me choose. Dah kena warning tak nak warna warni sangat macam yang aku suka buat. Nanti orang ofis ingat dia 'sesuatu'. Takde maknanye Jahhh......

Maka proses mencari pun bermula. In and out dari satu kedai ke satu kedai... google... google.. google maka ternampaklah video ini yang menarik hari. From moleskine....

Taken from here

Oh my.. aku suka sangat dengan ruang-ruang yang besar itu. Aku boleh tulis besar-besar, boleh lukis gambar-gambar kartun... boleh conteng sana sini. Aku suka dan terus jatuh cinta. Huhuhuhuhu... ok, sudah ada 1 pilihan untuk aku dan CH. Sungguh pandai mereka ini mempamerkan iklan. Aku pernah nampak di Kinokuniya but tak dapat nak tengok inside since dah kena wrapped. So, aku holdkan dulu sebab nak tengok macam mana dalamnnya. Sesuai atau tidak dengan aku. But now... no turning back! Im going to have it.


pic from here

Membuatkan aku bertambah jatuh hati kalau aku jumpa organizer punya cover, akan ku usahakan untuk mendapatkanya. Boleh letak pen warna-warni banyak-banyak... aku suka! aku suka!

Dan yang paling penting sesuai for him dan sesuai for her. Yeaaaaa... *clap*

Tuesday, December 21, 2010

Sakit Tekak

Tekak 'down'. Nak bercakap pun rasa perit sangat.

Tapi yang bagusnya, tidak perlu tampil ke depan melayan kerenah orang ramai. :p

Woods.. mana woods?
pic from google

Monday, December 20, 2010

Kisah Dongeng


Sejak badan kami semakin menjadi-jadi kembangnya, aku dah CH nekad untuk at least once a week kena go to the stadium and walking. Maka, sejak itu tiap-tiap hujung minggu kami bermula dengan aktiviti yang sungguh sihat iaitu berjalan. :p

Suatu hari, akibat bosan kerana asyik melihat pemandangan dan orang yang sama, maka 2 orang giant ini pun mencarilah tempat yang lebih menarik untuk di jelajahi. Inilah tempat yang menjadi pilihan, hutan di tengah kota. Sambil jalan sambil ambil gambar. Sejak kembali semula menggunakan kamera kecil, tangan ini semakin lincah menambah semula koleksi setelah lama meninggalkan arena pengambilan gambar.



Cuci-cuci servis mata

 



Makkkkkkk...GIANTTTTT!!!!!


Ngada-ngada tertinggal kasut sukan kesayangan, maka kasut Crocs menjadi sasaran. Jadinyaaa???
Sakitlah kaki-kakiku ini. Huhuuhuh...


Akibat daripada itu, maka menggunakan alasan ini untuk berehat sambil menikmati roti tuna yang sungguh enak sambil meng'update' diri melalui pembacaan akhbar harian.


Wahhhhhh!!! Xmas @ KLCC


Setelah tercekik kerana terlupa membeli air minuman, maka telah menarik diri ini untuk menikmati secawan nescafe tarik kurang manis. Konon-konon menjaga kesihatan la ni.... cehhhhhhhhhhh


Namun, sudah menjadi sifat semula jadi insan seperti kami, 2 keping roti mana cukup. Maka apabila perut mula menyanyi-nyanyi lagu keroncong kami mula merangka mencari tempat pelaburan yang akan memberi pulangan yang memberangsangkan perut kami....

pertama... Sushi King..... nyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm




minuman  green tea menjadi pilihan untuk mengurangkan rasa bersalah kerana telah melantak beberapa keping pinggan sehingga makan berdua seolah-olah makan berempat. Keluar sahaja dari Sushi, aku umumkan bahawa tidak mahu jejak restoran ini untuk tempoh 2 bulannnn... muhahahahahahaha... So, Ms. L, if you're reading this. Take note ye, 2 bulan tak mahu makan. :p ngehhhhhh.....


kedua... Nandos.. sukaaa!!! sukaaaa!!!


order 1/4 chicken hot peri-peri dan side dishes tambahan. Gambar tak ambil kerana terlalu asyik menikmati makanan sambil mata menjeling-jeling melihat keluarga arab di sebelah kami sambil suka-suki membuat translation. Teringat cerita Setem... "Fatimahhhh...Fatimahhhhh..." muahahahahahahaha...











Oklah, sekian sahaja cerita dongeng buat kali ini. Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Gambar-gambar dan aktiviti berlaku pada hari yang berbeza-beza. 

Tamat

Friday, December 17, 2010

Hantu Kak Limah...

Hantu Kak Limahhhh..... Hahahahahaha


Hantu Kak Limahhhhhhhh.... Hahahahahahahaha


Hantu Kak Limah Balik RUmahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... Serius Kelakar!!


Pada sesiap yang tengah stress @ work or nak cari light-light movie... pergilah tengok. 


Akan gelak gila-gila dalam wayang. Gelak sampai hilang suara.... 


Watak Johan Raja Lawak ngan Usop menjadi sungguh. Watak Kak Limah tak yah cakaplah. Memang menjadi habis. Takde dialog kecuali lagi enjit-enjit semut tapi berjaya menghayati watak dengan jayanyaaaaa....


Watak Awie sama macam dalam Zombie Kampung Pisang. Memang best. Bila gabung ngan Johan dan Usop terutama kat toilet lagilah kelakar.


Tambah lagi dengan bomoh-bomoh jemputan yang tak berjaya halau hantu Kak Limah. Bomoh Indonesia yang konon-konon terhebat. Bomoh Siam yang silap panggil hantu. Ada ke panggil hantu Nang Nak. Memang boleh buat penonton gelak tak ingat dalam panggung. 


Start movie je aku yang penakut cerita hantu ni biasalah... cuak2 sikit. Tapi bila dah dok gelak je takut semua hilang.


Tapi finishing dia kurenggggggggg sikit la. Tak menjadi. Tapi aku bagi double thumbs up untuk keseluruhan cerita. Memang best!




Memang Best! Memang Best!

Thursday, December 16, 2010

Prosperity Is Backkkkk


Tahun 2010 sudah hampir melabuhkan tirai. Chinese New Year 2011 pun semakin menghampiri, maka berita baik kepada peminat-peminat Prosperity Burger.....


 burger kesayangan anda sudah kembali!!!

Buat abang dan adikku, silalah bawa keluarga masing-masing untuk menikmati burger kesayangan dan kegemaran kita sekeluarga sewaktu masing-masing masih solo.



McD sudah mula menggunakan paper bag. No more plastic bag.. clap! clap! Jadi tak perlu lagi risau atau pening kepala untuk ke McD pada hari Sabtu jika anda tertinggal 'green bag' ataupun memaksa diri membayar RM0.20 untuk beg plastik. BRAVO!  


Abaikan french fries yang semakin berkurangan. No! bukan McD salah bagi, salahkan perut aku sebab suka makan sambil memandu. Tak tahan dengan aroma bau kentang goreng yang memanggil-manggil agar segera mengunyahnya.



....................................................................................................................................


Malaysia 2 - Vietnam 0..... 


GO MALAYSIA.


Ada 90 minit lagi perjuangan. WE BELIEVE IN YOU!

Kami akan ke vietnam duduk lagi di depan TV hari Sabtu ini untuk terus menyokong!

Wednesday, December 15, 2010

Piala Suzuki AFF 2010

Malam ini.... 


Perlawanan penting...




 MALAYSIA

vs 

VIETNAM

@ Stadium Bukit Jalil

Kalau hari Sabtu mahu juga aku menyibukkan diri di stadium. Malangnya.. perlawanan hari Rabu. Bersorak depan tv saje lah jahhh... Go tiger!!!! Kasi gegar stadium ini malam. 


Ok, balik rumah kena keluarkan bendera..... :P

Tuesday, December 14, 2010

Resipi Malas Orang Cuti

Semalam kami cuti. Kenapa? Biasalah.... cuti hujung tahun. Nasib tak baik pula tahun ni sebab cuti umum banyak jatuh hari Sabtu. :p

CH teringin nak makan kari. Akibat kemalasan yang melampau, masakan yang paling simple adalah nasi goreng kari. Bolehlah dapat nasi dan kari kan? Daging cincang pun ada. Cun sangatlah tu.

Maka dengan itu, bermula sesi masak-memasak.


Persiapan

Nasi 3 pot. :p :p :p (maafkan nafsu makan kami yang melampau :p)

Serbuk kari ikut suka sendiri.

Bawang merah, bawang putih.

Cili Boh ikut cita rasa sendiri.

Daging yang telah direbus.



Cara masak

Panaskan minyak

Bancuh serbuk kari + bawang + cili boh.

Masak lah semua yang telah dibancuh sekali tu sampai kari dan cili dah masak.

Masukkan daging dan airnya sikit. Bagi Uhhmmm...

Dah tengok ok daging dan kari tu, masukkan nasi yang telah dimasak.

Tadaaaaaaaaaaaaaaa... siap.

Makanlah nasi tu dengan salad. Kena ada sayur baru cukup khasiat.

Oklah. Sekian saja. Gambar takde sebab semua dah masuk perut. Nyuuuummmmmmmm......

Monday, December 13, 2010

Check List Karya Mamat Khalid

Rock - Check, check, check, check, check....... 


Kala Malam Bulan Mengambang - Check, check...


Lang Buana - Check, check...


Man Laksa - Check, check, check, check, check, check, check, check.... Ohoooooooiiiiii


Zombie Kampung Pisang - Check, check, check, check, check, check, check, check, check, check, check...... Hantu Katekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk




NEXT



Hantu Kak Limah Balik Rumah... 




Mari kita serang panggungggggggg!!!!




Wednesday, December 8, 2010

Selangor dan Bambang

Harap belum terlambat untuk ucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua. Semalam agak busy dengan pelbagai aktiviti luar di waktu siang. Tak sempat jenguk blog dan malas untuk update di waktu malam kerana sibuk menyokong pasukan Malaysia. Hehe...

Bersemperna tahun baru ini harapan aku agar lebih baik dari sebelum-sebelum ini. Hijrah dari perkara yang tidak baik kepada perkara yang lebih baik dan terus mendekatkan diri kepada-Nya.

Ok. Kembali kepada niat asal penulisan kali ini. :p

Malaysia 5 - Laos 1. Malaysia layak ke separuh akhir untuk bertemu sama ada Singapura atau Vietnam. Filipina aku jangkakan akann menang menentang Myanmar dan menjadi juara kumpulan B.

Aku tak ikuti sepenuh game tersebut sebab sibuk membaca majalah Women's Weekly sambil berangan-berangan untuk memasak daging black pepper dan aiskrim goreng. Hahahahaha... Tak adalah. 

Sebenarnya aku tak jangka pun Malaysia akan layak ke Semi Final. Aku berfikiran, Indonesia akan membiarkan Thailand menang dalam game ini memandangkan penyerang utama tidak diturunkan. Yela, sejak Indonesia sibuk nak ganyang Malaysia ni, aku ada sedikit berfikiran negatif kepada mereka. Jangan salahkan aku.... Salahkan mereka :p

But, Bambang Pamungkas (x-Selangor) membuktikan sebaliknya. Thank you! Dua jaringan daripada beliau telah membantu Malaysia untuk layak ke Semi Final. Sila lihat perkataan Selangor yang telah di boldkan itu ye :p 

Dan 3 jaringan daripada pemain Selangor, telah membantu Malaysia untuk mengalahkan Laos dalam misi melanyak Laos bagi memastikan satu tempat ke separuh akhir menjadi milik Malaysia. Thanks to Amri Yahya dan Amirul dan great game by Shafiq Rahim dan pemain-pemain Harimau Muda. 

Ada perkara yang aku pelik sikit dalam game semalam. Adakah pemain-pemain Malaysia tidak bersemangat dan awal-awal lagi mengaku kalah untuk ke semi? Adakah mereka tiada semangat teamwork? Adakah mereka ini berpuak2? atau adakah aku seorang sahaja yang terperasan begitu?

Kenapa? sebab cuba tengok reaksi pemain-pemain dan menjaringkan gol. Perasan tak? Takde celebration. Semua macam terpinga-pinga. Macam takde perasaan. Penat sahaja penyokong di stadium dan di rumah bersorak. Aku sendiri sewaktu gol kedua Amri tertanya-tanya. Gol ke? Gol tak dikira ke? Keliru...

It's ok kalau pun Thailand menang or whatsoever. Tapi semangat mesti ada. Show your enemy that you dah tembus kubu dia. You should be proud. Gi celebrate.. lari.. jerit... kumpulkan semangat pada semua untuk terus berjuang. Ini seolah-olah, u dah give up. Kubu lawan dah ditewaskan tapi takde rasa proud langsung. Pelik betul aku. Lainlah kalau dah ketinggalan 7-0 ke, then dapat 1 gol. It;s ok la kalau nak show that face. Ini you yang lead, muka macam dah kalah. Ini semangat yang kita tak nak dalam team Malaysia. Walau macam mana pun, berjuang biarlah sampai habis. Jangan sia-siakan sokongan kami. Tengok macam pemain-pemain bawah 23 masa Sukan Asia. Mereka berjuang sehingga ke akhir sehinggakan aku sendiri sebak tengok dia orang berjuang dan akhirnya tewas. Walaupun kalah, at least aku tau, mereka sudah mencuba sedaya upaya. Sematkan sikap jangan sesekali kalah sebelum berjuang, sebelum wiset penamat. 

Ramai yang mengkritik dan ramai juga yang menyokong. Kalau main bagus tiada siapa yang akan mempertikaikan. Berjuang.. berusaha. Sematkan semangat dalam diri masing-masing mahu memberi yang terbaik buat peminat dan penyokong setia. Selagi wisel belum berbunyi selagi itulah peluang perlu di cari.

Harapan aku, untuk separuh akhir nanti berjuanglah habis-habisan. Kalaupun terpaksa tunduk dengan pasukan lawan biarlah pengunduran itu dengan penuh maruah. Tunjukkan kepada kami yang anda telah berusaha bersungguh-sungguh. Tapi, doa dan harapan kami  agar pasukan Malaysia akan melangkah ke akhir dan berjaya membawa pulang piasa tersebut ke Malaysia. Akhir kata... 

SELAMAT BERJUANG MALAYSIA!

Wahhh... dah jadi macam pakar motivasi. Ada ke team member Malaysia yang baca ni ye?

Monday, December 6, 2010

Innova Hitam yg Gila

1. On d way ke KL pagi tadi (laluan highway putrajaya), sebuah Toyota Innova Hitam dengan nombor pendaftaran WQQ 5567/5657  memandu dengan keadaan yang merbahaya. Aku berani tulis di sini kerana kereta tersebut ada lambang sebuah KEMENTERIAN, sayangnya tak jelas kementerian apakah itu. 


2. Seorang pakcik tua di tepi highway Kerinchi Link. Tak tau macam mana pakcik tersebut boleh sampai di situ. Serius terkejut! Bahaya kerana kereta semua sangat laju. Kalau ada orang yang campak/biarkan dia di situ, aku harap satu hari nanti orang itu akan kena perkara yang sama. Semasa balik, aku check pakcik tersebut sudah tiada. Harap ada insan yang baik membawanya ke polis traffic yang sedang menjalankan tugas mereka di depan tol. 

Friday, December 3, 2010

Cuti Sekolah dan Kuala Lumpur

Semakin pelik dengan jalan raya Kuala Lumpur. Jika dulu musim cuti sekolah jarang-jarang sekali traffic jam.


Sekarang ni, musim cuti sekolah, kesesakan semakin teruk. Trend sekarang cuti sekolah semua anak-anak kena belajar ke? Huhuhuhuhu....


Pembinaan/Baik pulih jambatan menghala ke Desa Petaling sangat-sangat mengganggu. Harap pihak terlibat lebih aktif untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Kena pandai cari jalan alternatif. Aku semakin pandai mencari jalan-jalan itu.


Pening... pening.. pening dengan kesesakan di KL yang tak nampak akan kesusutannya.


Nak buat macam mana, KL sumber rezeki.


Nak public transport FIRST CLASS leh? Naik train senang, naik bus senang... leh?