Thursday, October 29, 2009

Khas buat Irfan Bakti, mula2 aku nak habaq kat hang yang hang tu belah Perlis tau bukan Kelantan.

Jadi tak yah nak puji penyokong dia orang lebih2.

Kemudian, kenyataan hang yang mengatakan tak pernah tengok senario penyokong dan stadium macam tu.. hang SILAP BESAR aaa!!

Hang tak pernah tengok Selangor lawan ke oit!

Tanya FAM berapa kali kelab Selangor kena bayar denda?

Kalau Selangor masuk akhir apa jadi kat Stadium?

Apa jadi kat luar stadium? Aiyooo.. nampak sangat la hang ni kan?


Aku masih panas lagi sebab Selangor tak layak ni!!!

Mamat ni lak g wat kenyataan macam ni.. lagi la panas..

Macam tak mengikuti perkembangan penyokong bola sepak Malaysia jek.


Bluwekkkkkkkkk!!!!


Aku undi Kelantan lwn Negeri Sembilan untuk akhir dan mungkin.. mungkin.. Kelantan akan menang.

Kenalah realistik..

Apa-apa pun.. masih mengharap Negeri Sembilan yang akan menjulang Piala Malaysia (hahahaha...)



haa.. ok dah! lega rasa... ciao!!

Wednesday, October 28, 2009








Ikhlas tapi jauh..
Yang mana satu pilihan anda?

Tuesday, October 27, 2009

1. CIPAN

Cipan yang aku tau adalah sejenis binatang.


Tapi semalam layan National Geographic, di beritahu cipan adalah senjata yang digunakan dalam peperangan semasa zaman firaun.

Kalau pengalih bahasa tu salah, aku pun salah la :p :p :p

Bentuk senjata tu macam ni...
abaikan lukisan aku yang 'lawa' sangat ni ye.

Senjata ni digunakan masa lawan depan2.


2. Siti Nurhaliza

Bagi aku beliau seorang wanita yang tabah dan cekal.

Biar apa pun orang kepoh dan gosip tentang beliau, beliau tetap gagah jalan ke depan.

Lagu-lagu nyanyian beliau, tak yah cakaplah.. memang meletup!!

Aku sukaaa.. yang terkini Ku Percaya Ada Cinta.

Ramai yang membenci ramai juga yang sayangkan beliau.


3. Tun Dr. Mahathir.

Tokoh yang aku sangat-sangat hormati.

Otak beliau tidak pernah berhenti untuk berfikir.

Suka membaca.

Suka memberi pendapat.

Biaq pi lah apa orang nak cakap, yang penting beliau dah keluarkan pendapat beliau.

Sangat comel bila temankan isteri beliau di pusat membeli belah.

Sangat comel dan tenang ok!! sukaaa sangat.. sampai aku tak dan nak ambil gambar bersama mereka sebab begitu asyik melihat mereka berdua.

Oklah.. itu je untuk hari ni dari insan yang agak2 gagah la juga nak menamatkan perjuangan yang tinggal 1 tahun je lagi nak habis.

Dan selalu berharap menjadi seorang yang suka berfikir jadi bolehlah sentiasa berbahas dan bertanya soalan dalam kelas sampai faham.

Tapi bila di fikir2 balik.. lebih suka bila jadi diri sendiri.

Sentiasa gembira dan boleh senyum dan ketawa setiap hari.

Monday, October 26, 2009

Hari minggu yang agak stress bagi aku.

Macam biasa, minggu peperiksaan.

Penambah perisa bila gergasi merh dan setan merah kalah.

Jadi, tamatlah sudah perjuangan GM pada tahun ni. Jumpa lagi tahun depan.

Setan merah lak, masih ada perjuangan lagi.

Cuma pendapat aku, mesti best sikit kalau Owen dimasukkan lebih awal ganti Berbatov.

Mamat tu tak menjadi.

Macam Safie Ali. Tempang. Takleh main! Huhuhuhu...

Baik layan sehati berdansa!! Hahahahahahahaha....

Friday, October 23, 2009

Apa yang korang akan buat sekiranya korang berada dalam keadaan tertekan?

Tertekan tahap gaban sampai korang berfikir untuk duduk diam2 dalam rumah.

Tertekan sampai korang rasa malas nak jumpa orang ramai.

Tertekan sampai korang rasa malas nak bercakap dengan sesiapa.

Tertekan sampai rambut yang sememang gugur, bertambah2 lagi gugurnya :p

Apa korang buat ek?

Oh... seronoknya kalau dapat bercuti tiap2 bulankan?

Gambar diambil sewaktu percutian ke Pulau Pinang.

Satu tempat percutian yang anda kena masukkan dalam senarai. Sangat seronok ok!!

Kalau ada peluang memang aku nak ke sana lagi.
Paling bagus kalau hotel kat sekitar Batu Feringghi.:) :) :)
VCD pun murah... hahahahahahahahahaha

Wednesday, October 21, 2009

Keputusan malam tadi Selangor 1 - Terengganu 1.

Stress??? Ada gak la.. semalam dengar pun dalam radio. Hari Selasa RTM hanya tayang perlawanan tertunda.

Menjerit2 aku minta Amri ngan Safie sumbatkan gol.

Nak bertandang ke Terengganu, rekod Selangor kat sana tak cantik sangat.

Apa-apa pun, aku tahu dia orang akan main habis-habisan untuk pastikan tempat ke akhir.

*Doa* :p

Esok pagi lak ada perlawanan antara Moskva lwn Man Utd.

Jam 12.30 pagi nanti.

Hehehehehe... Layannnnnnnnnnnnnnn!!!

Tuesday, October 20, 2009

Jualan Telekung

:) :) :)

Atas permintaan, aku ada uploadkan gambar2 telekung dijual.

Telekung ni di buat oleh makcik aku sendiri dan kain yang digunakan adalah kain cotton.

Telekung ni 100% berwarna putih dan dicantikkan lagi dengan renda2.

Harga berbeza berdasarkan kepada renda2nya ye.

Ada saiz S,L dan XL.

Bagi aku yang menggunakan saiz L, lilit muka adalah 10 1/4 inch ukurannya.

Berdasarkan pada ketingian aku yang dalam lingkungan 158-160cm dengan muka yg agak2 chubby, saiz L sangat sesuai la.

Saiz S adalah untuk mereka yang lebih kecil atau anak2 dan XL untuk mereka yang tinggi la.


Keluarga aku memang guna telekung ni atas sebab2:

1. dah tentulah sebab makcik aku yang buatkan.. :p :p :p

2. Kainnya tidak tebal dan tidak nipis (takdelah rasa was2 jika kain terlalu nipis kan? atau panas kalau kainnya tebal)

3. selesa la sebab kalau sembahyang di surau or masjid, memandangkan kainnya 100% putih aku harap2 takdelah orang yang sembahyang belakang aku yang tidak kusyuk sembahyang sebab asyik tengok telekung aku kalau telekung aku ada corak-corak bunga dan warna warni.. hehehehehehe.. aku selalu buat ni!!! Allah... teruk betul aku ni...

4. dah tentu sebab ia adalah buatan tempatan dan dijahit di kawasan yang Insyallah di diami oleh orang-orang yang kuat agamanya.


Sekian, terima kasih. :) :) :)





Jadi, sesiapa yang ingin membelinya dan untuk maklumat lanjut..
bolehlah menghubungi aku melalui email pinkblack25@gmail.com

Kalau anda tinggal di sekitar kajang atau berhampirannya dengan nya, mungkin penghantaran secara terus boleh dilakukan.
Haaaa... tgh2 musim haji ni sesuai jugalah kalau nak hadiahkan kepada kaum keluarga ataukenalan kan? ;)


Alas Sejadah
RM 20


Telekung
RM 85







RM90





RM 95



Monday, October 19, 2009

Man Utd kembali di atas!!! Yeaaa!!


Cuak gak la tengok perlawanan ni. Terutama separuh masa kedua.

Midfielder macam tak jalan.

Tapi yang buat aku lega, bila Van De Sar dah main balik.

Man United 2 - Bolton 1

Aston Villa 2 - Chelsea 1

Oh ya... Esok Merah Kuning lawan ye untuk peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Selangor lwn Terengganu

20 Oktober 2009

Stadium Shah Alam, Selangor

Friday, October 16, 2009

Aku tak pasti cara orang lain, tapi aku kalau guna kereta, memang untuk jangka masa yang lama.

Kereta antara antara harta yang paling aku sayang sebab aku dan CH suka merayau sana sini.

Jadi selain sayang, perkataan yang paling dekat adalah, antara harta yang PENTING untuk aku dan CH. :p

Sebab tu aku jaga kereta aku betul-betul.

Sampai masa untuk servis, aku akan hantar untuk diservis.

Lebih baik jika kita ada 1 bengkel yang betul-betul kita percaya dan kita puas hati dengan hasil kerja dia orang.
Biasanya setiap 5,000km @ 4 bulan penggunaan memang dah kena serviskan?

Dan kalau kita dah biasa dengan bengkel yang sama, dia orang biasanya akan bagitau untuk servis seterusnya apa yang akan dibuat. Absorber ke... tayar ke.. auto fluid ke...

Jadi, sebenarnya kita boleh bajet untuk simpan duit bagi servis yang seterusya.
Bagi aku lebih baik kita habiskan duit untuk servis bila sampai masa ... dari servis bila kereta kita dah teruk.

Lagi banyak belanjanya. Betul tak?

Hampir 5 tahun aku guna kereta sekarang, Alhamdulillah, semuanya selesa dan kalau aku terlepas pun mungkin dalam jarak 200-300 km kot.

Jadi, sayangilah kereta anda kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda dan duit anda :p.

Hehehehehehe...


Oh ya... esok kan ada festival of lights (walaupun aku berharap biarlah hari kerja..:p) Jadi aku juga nak ucapkan


HAPPY DEEPAVALI!!!


kepada semua yang menyambutnya :)

Sunday, October 11, 2009



Di ambil dari sini


PAPADOM.

Antara hasil karya Afdlin Shauki yang terbaik untuk tahun ini selepas Setem.

Filem yang lengkap! Drama, komedi, lawak dan senario kekeluargaan.

Aku akan tunggu VCD asli keluar dan aku syorkan untuk kamu semua menonton cerita ini.

Seronok gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Aku ketawa tak ingat.

Bila sedih, air mata berderai2 mengalir keluar.

Kira-kira aku boleh golongkan antara filem yang WAJIB DITONTON oleh semua rakyat Malaysia.

Liyana Jasmay berlakon sangat-sangat bersahaja.

Afdlin Shauki tak yah cakaplah, ditambah lagi dengan No0rkhiriah.

Pelakon2 lain juga tidak kurang hebatnya.

Aku tak sangka, senior yang jahat tu Scha. Watak yang berbeza dari biasa.

Memang berbaloi untuk ditonton seisi keluarga.

Gambar/Sinopsis boleh dibaca di sini.

Blog Afdlin, klik sini.

INGAT YA.. LUANGKAN MASA ANDA UNTU MENONTON CERITA INI.
SANGAT-SANGAT BERBALOI.
:)

Friday, October 9, 2009

Aku baru tahu semalam, bulan Oktober merupakan bulan Bahasa Kebangsaan 2009.

Tiba-tiba aku rasa semangat.

Ini pertama kali aku dengar tentang bulan Bahasa Kebangsaan.

Dengan ini, secara rasminya aku umumkan...



penulisan untuk bulan ini semua dalam Bahasa Kebangsaan sepenuhnya.


Logo di ambil dari laman sesawang (wahhh!!!)

Dewan Bahasa dan Pustaka

Tuesday, October 6, 2009



Boleh? Ada kerja penting nak hantar esok,

aku tidur.

Boleh? Ada tugasan penting nak hantar esok,


aku tidur.


Boleh? Tahun genting aku kali ini,


aku tidur.


Kesimpulannya... aku memang suka tidur.


Tidur buat aku tenang.


Tenang dan berfikir.


Mencari jawapan.


Muahahahahahahahahahhahaha..


Dah.. dah.. weekend kena dok library.

Monday, October 5, 2009

Semakin meningkat usia ni, rasa macam cepat sangat masa berlalu.

Macam tak cukup 24-7.

Agak-agaknya kalau kalau tambah lagi hari dah masa, rasa cukup tak?

Dulu masa kecil-kecil, rasa lambat je masa berlalu.

Nak tamatkan zaman persekolahan, punyalah lama.

Tapi sebenarnya, zaman persekolahan lah masa yang paling seronok dalam hidup.

Apa-apa pun, life goes on :)

Berseronoklah dan nikmatilah bersama yang tersayang.

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Eh, Latest result : Man United 2 Sunderland 2

Arghhh... Chelsea bact at the top!!!

Thursday, October 1, 2009

Man. United 2 - Wolfsburg 1

Manchester United FC came from behind to defeat VfL Wolfsburg 2-1 in an enthralling UEFA Champions League Group B contest at Old Trafford

Pic taken and report from here