Monday, February 22, 2010

Nasib Berbeza



Selangor terus mara walaupun kalah 1-0.

Bye bye Kelantan :p :p :)

Bila ramai sangat star pun bermasalahkan?

Hihihihi..

Man U Oh Man U.

Suka sangat lepaskan peluang.

Thursday, February 18, 2010

The Women

Halooooo... Wahhh!!! Memang cuti sakan aku kali ni. Tidak ke mana-mana. Cuma memaksa diri menghadiri kenduri kendara yang bersepah sana sini.:D


Sampai ke Melaka kami berjalan.


Selebihnya? Sekitar kawasan rumah. Inilah masanya nak menyapu semua semak samun di bilik dan ruang-ruang di dalam rumah. Hahahahaha..


Oh ya.. walaupun aku tau, movie yang aku nak ceritakan ni memang dah terlalu lam.. kalau tak silap tahun 2008, but since aku baru tengok.. aku still nak buat gak reviewnya. ~Lalalalalala...~





Tertengok cerita ni masa cuti CNY baru-baru ni. Bosan tak tau nak layan cerita apa, aku layanlah cerita ni just sebab nak tengok wanita yang sangat comel ini.. Meg Ryan. :)





Bukankan wanita ini sangat sangat sangat gorgeous??? Dalam cerita ni MR menjadi mangsa suami yang hilang akal kejap sebab terjerat dengan godaan wanita penjual minyak wangi.



Tapi, sangat bernasib baik sebab mempunyai kawan-kawan yang sangat happening dan kepochi sikit aa.. Which remind me dengan kawan2 sekolah dulu. Kami sangat sangat happy during those days. RIndu kamu semua.. :)
Part yang aku suka, masa MR ngan member dia (lupa nama aa) pergi semula ke kedai tempat terbocornya rahsia suami MR dari mulut pekerja yang agak kepoh aaa.
Macam mana dia orang berlakon konon-konon bertembung kat kedai and cerita pasal new gosip depan pekerja tersebut. So funny!!!!

Dia juga sangat bertuah mempunyai emak yang sporting. Support her. Teach her how to teach a man.
Part yang agak touching, masa MR lawat mak dia lepas buat pembedahan plastik dan cakap bagaimana dia harapkan suatu hari ni bila dah tua, ada tak anak dia duduk depan dia and do like she did dengan mak dia.
Mother-daughter punya relationship yang sangat sweet. I likeee... Buat I miss my mum so much!!
Ewahhh... macam duduk jauh sangat je. :p


Tapi... part yang aku paling suka. Bila dia berjumpa seorang orang tua ni yang telah menyedarkan dia tentang apa yang sebenarnya yang dia mahukan dalam hidup.
WHAT DO I WANT?
Bila dia dah sedar and tahu apa yang dia mahukan.. dia aim dan berusaha untuk mencapai cita-cita dia.
To be a designer.
Dan dia berjaya.
Aku bila part-part design je.. mula la mata aku terbuka. Tengok apa yang dia buat.
Bukan tengok design baju ye.. aku tak minat.
Tapi bab-bab tampal-tampal, gunting-gunting, gantung-gantung macam gambar di atas.
Aku sukaaaaaaaaaaaaaa.... :)
Tapi satu pun tak mula lagi. Banyak pula kerja-kerja lain nak kena setel dulu.
Kesimpulannya.. aku suka cerita ini and you women should too.
Boleh layan sambil makan choc sundae. Perghhhhhhhhhhh!!!

Sunday, February 14, 2010

Chinese New Year

Happy Chinese New Year to all the Chinese.

Tahun ni tahun HARIMAU.

Ngauuuummmmmmmmmmmmmmm....




Taken from here

Saturday, February 13, 2010

American Idol


Tengah layan AMerican Idol sambil menikmati 100 Plus. Cuaca panas.

My favourite contestant masa audition sedang menyanyi. Perghhh... best gila!!

Hopefully boleh masuk final stage. I want to see more from him. Hihihihi...

Teringat masa audition... budak kecik Avril Lavigne tolak mamat ni just because dia dah ada family.

Nasib lagi 3 juri say YES to him.

APa-apa pun, akhirnya cuti yang aku nanti-nantikan tiba juga.

4 hari beb!!! siapa nak bagi, selepas hampir 2 bulan tiada cuti panjang.

Lepas ni, nak mengadap kerja dan kelas pula.

Kejang aku!! :p

Tadi di WNSC ada pertandingan Belly Dancing (dalaman sahaja). Hihihi.. seronok tengok masing2 tunjuk skill bergelek.

Sebagai insan yang agak keras, aku takdelah masuk kan.

Just membakar kalori di mesin statik sambil mata kusyuk menonton.

Team yang aku minat menang tempat pertama. They deserve it la..

Memang cun.. dengan gerakan.. dengan baju yang sexyyyyyyy... dengan purdah ala2 Rozita Che Wan..

Hahahahahaha..

Oklah.. entry merepek je ni. Membuang masa sambil menyejukkan badan dalam keadaan cuaca yang sangat panas sekarang ni.

Ciao!!

p/s: CSI (LV) new season akan start 24 Februari 2010. I still wish Grissom (and Warrick) masih ada dan new member tu tak perlulaaa.. BOSAN!! Nasib Sara akan ada kejap2 untuk pengubat rindu.

Friday, February 5, 2010

Hidup di Kuala Lumpur


Pagi pergi kerja JAM.

Petang balik kerja JAM.

Aku saje yang rasa atau memang kereta di KL semakin banyak.

Sebab aku rasakan, sesak di Kuala Lumpur semakin teruk.

Semakin teruk.

Kalaulah pengangkutan awam di negara kita ni TERBAIK...

mungkin kesesakan dapat dikurangkan.

Alahai... redah je laa.

Kena bersabar menanti hari perayaan besar.

Masa tu, jalan raya... ANA YANG PUNYA. Hahahahahaha...

eh.. eh.. dah bulan Februari.

Cepat masa berlalu...