Thursday, April 28, 2011

Wallaaaaaaaaaaa

Lama gila tak update...!!!

Entah apa yang busy pun aku tak tau.

Sibuk ke sana sini. Nak ngadap laptop pun kurengg bila dah penat.

Hmmm.... apa cerita ni. Apa mungkin blog ini akan berubah?

???????

Friday, April 22, 2011

Berkongsi : Anak Menantu dan Mertua


Taken from
here



Anak Menantu dan Mertua
Prinsip Islam Terhadap Perkahwinan

Lelaki bertangungjawab sepenuhnya terhadap isteri yang dikahwininya. Ini kerana lelaki tersebut telah ‘mengambil’ anak perempuan tersebut daripada ibu bapanya. Bermakna, perempuan tersebut telah menjadi ‘hak mutlak’ si suami. Justeru, menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya untuk menyempurnakan segala keperluan isterinya zahir dan batin.

Tanggungjawab suami tidak terhenti setakat isterinya, malahan terhadap kepada kedua ibu bapa kepada isteri atau mentua. Suami (menantu) tidak boleh membiarkan ibu bapa mentua setelah anaknya telah diambil. Sikap tidak bertanggungjawab atau lepas tangan seolah-olah kita melakukan perkara yang sama terhadap ibu bapa sendiri.

Pendek kata, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentuanya beragama Islam atau tidak. Sama seperti tanggungjawab anak yang telah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam.

Seperti mana Islam menetapkan bahawa setiap anak yang memeluk agama Islam wajib menghormati ibu bapanya yang tidak memeluk Islam. Begitulah juga apabila anaknya ini telah berkahwin. Hubungan dan penghormatan tetap sama, kecuali jika dipaksa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam

Contoh, isteri saya selaku menantu kepada ibu bapa saya amat menghormati kedua ibu bapa saya walaupun agama berlainan. Begitu juga dengan saya selaku menantu kepada kedua ibu bapa isteri saya (mentua).

Pendek kata, Islam tidak membezakan martabat ibu bapa tidak kira apa juga agamanya selagi mana kedua-dua pihak tidak mempunyai niat tidak baik.

Dalam Islam tanggungjawab menantu terhadap ibubapanya sendiri dan ibubapa mentuanya adalah sama.

Hubungan Istimewa Menantu dan Mentua

Hubungan istimewa menantu dan mertua adalah sama seperti hubungan istimewa ibu bapa sendiri yakni tidak batal wuduk bila bersentuhan dan tidak boleh dikahwini. Ini bermakna, martabat mentua adalah sama seperti ibu bapa.

Tanggungjawab Menantu Lelaki dan Perempuan Mengikut Keutamaan

Menantu Lelaki 

Allah Subhannahu Wata'ala

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam

Ibu/Ibu Mertua

Bapa/Bapa Mertua

Isteri

Anak-anak

Lain-lain

Menantu Perempuan

Allah Subhannahu Wata'ala

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam

Suami

Anak-anak

Ibu/Ibu mertua

Bapa/bapa mertua

Lain-lain

Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri. Kalau mereka kecil hati, sama seperti kita menyinggung perasaan ibu bapa sendiri. Jika kita sayang anaknya, kenapa kita tidak sayang orang yang melahirkannya juga? ada ramai menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya sehingga mengabaikan anak menantunya. Perbuatan sebegini sudah pasti bercanggah dengan tuntutan agama Islam.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan teladan. Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?

Menantu: Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu: Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).

Menantu: Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?

Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.

Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.

Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.

Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.

Nabi Ismail: Apa katanya?

Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail: Apa jawapanmu?

Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.

Isteri: Alhamdulillah, syukur.

Pengajaran daripada kisah ini adalah mentua mempunyai hak untuk memberikan pandangan terhadap menantunya. Menantu sepatutnya memberikan contoh yang terbaik kepada mentua demi menjaga keharmonian rumahtangga. Suami akan lebih mengasihi isterinya, jika isterinya menyayangi ibu bapa suaminya.

Dalam usaha memenuhi tuntutan tersebut, ada beberapa perkara berikut untuk diteliti dan dilakukan oleh menantu terhadap mentua sebagai tanda penghormatan dan membalas budi mereka.

1. mentaati mentua pada segala yang diperintahnya kepada anak, kecuali perkara maksiat

2. berbicara kepada keduanya dengan adab dan lemah lembut

3. memberikan bantuan kewangan (bulanan) sebagai tanda mengambil berat

4. bangun menghormati keduanya apabila mereka datang

5. mencium tangan kedua dan memeluknya, setiap pagi dan petang dan pada setiap upacara

6. memelihara nama, kehormatan, serta harta benda mereka

7. memuliakan mereka, dan memberikan mereka yang diminta

8. bermesyuarat dengan mereka dalam urusan berkaitan

9. memperbanyakkan doa dan permohonan ampun bagi mereka

10. cuba membuat sesuatu untuk menggembirakan mereka tanpa perlu diingatkan atau ditunjukkan kepada si anak

11. tidak mengangkat suara di hadapan mereka

12. tidak cuba memotong percakapan mereka ketika mereka sedang mengatakan sesuatu

13. sentiasa meminta izin mereka jika mahu keluar rumah

14. tidak memeranjatkan mereka, ketika sedang tidur

15. tidak melebihkan isteri dan anak dari kedua mereka

16. tidak mencela mereka, jika mereka melakukan sesuatu yang tidak memuaskan

17. tidak ketawa dalam majlis mereka, jika tidak ada sebab yang menarik untuk ketawa

18. tidak memanjangkan tangan kepada makanan, sebelum mereka terlebih dahulu memulakannya

19. tidak tidur atau baring, padahal mereka masih lagi duduk kecuali jika mereka telah mengizinkan

20. tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka

21. tidak masuk dahulu sebelum mereka atau berjalan di hadapan mereka

22. menyahut panggilan mereka serta merta, apabila mereka memanggil

23. memuliakan teman-teman mereka di waktu hayat mereka dan sesudah mereka meninggal

24. tidak berkawan dengan seorang yang tidak mematuhi kedua ibubapanya

25. memberi dan bertukar tukar hadiah ketika hari lahir mereka

26. membawa dan menemani mereka ke masjid jika diperlukan

27. mendoakan keduanya, khususnya sesudah meninggal, sebab adalah sangat berguna kepada mereka

Kesimpulan

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu/ibu mertua dan bapa/bapa mertua. Justeru, tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki terutamanya. Mengabaikan salah seorang daripada mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumahtangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab ini diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan oleh ibu bapanya sendiri diabaikan oleh suaminya.

Friday, April 15, 2011

Berkongsi : Tanggungjawab Suami Isteri

*Jika ada yang terasa, nak buat macam mana. Aku pun kalau dengar ceramah agama pun ada gak terasa. Biasalah tu... takkan tak boleh tegur langsung kan?*

*Aku pun seorang isteri, jadi sama-samalah kita belajar dan bermuhasabah*



Cukup sempurna ke kita sebagai isteri sehingga sering kita dengar suami di perlekehkan.

Di umpat, di keji, di hina di depan rakan-rakan, yang lebih best di update status di dalam facebook. Zaman moden lah katakan.

Sempurna sangat ke kita sebagai isteri, hingga asyik mencari kesalahan suami, menceritakan keburukan suami kepada kawan-kawan.

Pernah ke kau muhasabah diri, mencari silap diri ataupun kau rasa diri kau tu terlalu sempurna. SEMPURNA sangat ke kau? Kenapa kelemahan kau si suami boleh terima, tetapi kelemahan si suami, si isteri susah sangat mahu terima?

Apa gunanya hidup sebagai suami isteri jika terlalu berkira. Jika tidak tahu erti bertolak ansur. Tidak kenal erti hormat-menghormati. tidak mahu belajar untuk saling bantu-membantu.

Belajar menghargai apa yang kita ada. Jangan kesal bila hilang satu hari nanti.

Hmmm... teringat pula dengan Si Salmi dalam Trilogi Cinta. Jauhkanlahhh...

Sebab itu, apa-apa pun, SOLAT jangan tinggal kerana SOLAT itu adalah tiang agama.

Menutup luahan ini dengan petikan yang di ambil dari SINI



1)         PENDAHULUAN
Keluarga ialah kelompok yang paling kecil dari masyarakat.  Keadaan sesebuah keluarga  itu boleh mempengaruhi masyarakat sekelilingnya.  Berkecai keluarga, berkecailah masyarakat dan jika aman  damai dan bahagia setiap kelurga akan membawa kebahagiaan kepada masyarakat itu.  Demikianlah pembentukan keluarga adalah  asas kepada pembentukan masyarakat yang lebih besar.
Tanggungjawab adalah amanah Allah yang telah diletakkan ke bahu manusia, manusia memikul berbagai tanggungjawab di antaranya tanggungjawab kepada  keluarga dan tanggungjawab ini akan  ditanya Allah sama ada telah disempurnakan atau sebaliknya.  Sabda Rasulullah, maksudnya :
“Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu bertanggungjawab di atas jagaanya.  Lelaki (suami) adalah penjaga di atas anggota keluarga rumahnya dan dia adalah bertanggungjawab di atas jagaannya itu.  Perempuan (isteri)  bertanggungjawab menjaga rumah  suaminya dan bertanggungjawab terhadap jagaannya.  Bukankah setiap kamu itu penjaga dan setiap kamu adalah bertanggungjawab ke atas jagaannya.”
Apabila seseorang itu selesai diijab-kabulkan maka sama ada ia sedar  atau tidak ia telah memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
2)      TUJUAN PERKAHWINAN
1.      Untuk meneruskan wujudnya keturunan manusia.
Firman Allah, maksudnya :
“Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, lalu dijadikan daripadanya pasangan (suami isteri) lalu diperkembang-biakkan daripada keduanya lelaki dan wanita yang ramai”.

2.      Pemeliharaan terhadap keturunan
Dengan perkahwinan manusia dapat menentukan zuriat dan keturunannya dan mempunyai harga diri.  Tanpa perkahwinan tentulah sesebuah masyarakat itu akan jadi porak peranda.
3.      Menjaga masyarakat dari sifat yang tidak bermoral
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya :
“Wahai anak-anak muda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin.  Kerana sesungguhnya perkahwinan itu membendung pandangan dan memelihara  kemaluan.  Tetapi  barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, sebab yang demikian itu akan menahan nafsu.”
4.      Menjaga ketenteraman jiwa
Firman Allah, maksudnya :
“Di antara tanda-tanda kebesaranNya, diciptakanNya bagi kamu  pasangan suami isteri dari diri kamu untuk kamu merasa ketenteraman di antara satu sama lain dan dijadikannya kasih sayang dari belas kasih antara kamu, sesungguhnya dalam hal  itu menjadi keterangan bagi orang yang berfikir.
5.      Memberi perlindungan kepada anak yang dilahirkan
Perkahwinan menjamin keselamatan kanak-kanak. Tanpa ikatan perkahwinan seseorang boleh mengelakkan diri dari menjaga kebajikan seseorang anak.  Oleh kerana itu akan lahirlah masyarakat kucar-kacir dan terbiar.
Untuk menjamin kebahagiaan di dalam sesebuah rumahtangga suami isteri hendaklah memahami tujuan perkahwinan dan juga mengetahui dengan jelas tanggungjawab masing-masing sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam.
3)      APA DIA KEBAHAGIAAN  DAN DI MANA LETAKNYA ?
Kebahagiaan  adalah suatu perkara yang abstrak yang tidak dapat  dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan harta, Kebahagiaan” (2); suatu keadaan yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya, iaitu; “Ketenangan hati, kelapangan dada dan  kerihatan atau keselesaan hati kecil”, ianya berpunca dari dalam  hati manusia, bukan dari luar, sebagaimana berlaku satu kisah  seorang suami marahkan isterinya, katanya mengugut; “Kanda  akan lakukan tindakan sampai engkau menderita”,  jawab isteri dengan tenang; “Kanda tidak akan dapat menjadikan saya menderita sebagaimana kanda tidak mampu membahagiakan saya”,  jawab suami dengan penuh marah; “Kenapa tidak?”  , kata  isteri; “Kalau kebahagiaan ada pada gaji, boleh kanda potong, atau pada perhiasan boleh kanda rampas daripadaku, tetapi kebahagiaan berada di tempat yang kanda tidak terdaya menguasainya dan semua manusia tidak berjaya”, tanya suami dengan penuh hairan; “Apa dia?”  Jawab isteri dengan penuh yakin; “Saya dapati kebahagiaan saya terletak pada iman saya dan iman saya berada dalam hati saya dan hati saya tidak siapa dapat menguasainya kecuali Tuhan saya”.
Ya, itulah kebahagiaan yang sebenarnya yang tidak seorang dapat memberi dan merampaskannya.  Kebahagiaan menjadi syurga impian oleh setiap individu tak kira kaya atau miskin, raja atau rakyat, pendak kata tidak ada seorang pun di dunia ini yang inginkan kecelakaan untuk dirinya.  Ianya tidak terletak pada harta atau pangkat tetapi pada hati.
Tetapi walau bagaimanapun kadar harga yang tertentu adalah diperlukan untuk melaksanakan kebahagiaan hidup, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya :
“Empat perkara yang membawa kebahagiaan, isteri yang baik, rumahtangga yang lapang, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa”
4)      TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI
Suami adalah merupakan  ketua yang akan memimpin dan mencorakkan sesebuah rumahtangga.  Sikap suami mempunyai pengaruh yang akan besar terhadap suasana yang mesra, aman dan damai atau sebaliknya.  Oleh itu, suami mestilah menjadi seorang yang  benar-benar matang fikirannya, tahu tugas dan tanggungjawabnya, serta  bersifat jujur dalam memimpin dan mengetahui rumahtangga yang baru dibina itu.  Untuk melahirkan sebuah perkongsian  hidup  yang benar-benar bahagia maka Allah SWT sendiri menggariskan  beberapa kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap isteri, antaranya ialah :
i.       Wajib atas suami  memberi mas kahwin kepada bakal isterinya.  Firman Allah SWT maksudnya : “Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang wajib”.
ii.       Memberi nafkah zahir dan batin, nafkah zahir termasuklah :
a.   Tempat tinggal / tempat kediaman bersama (suami dan isteri) iaitu rumah yang selayaknya yang memberi keselesaan dan keamanan.
b.   Keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami, sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik.  Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”
iii.      Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, mesra dan kasih sayang.  Firman Allah SWT, maksudnya:
“Bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik.”
iv.      Hendaklah berlaku adil sekiranya suami itu mempunyai isteri lebih dari satu.
v.      Suami berkewajipan menahan diri dari menyakiti, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang memudharatkan isteri tanpa sebarang sebab.
vi.      Menjadi kewajipan suami untuk memberi keizinan kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya (ibu bapa dan kaum keluarganya)
Demikianlah di antara kewajipan suami terhadap isteri, di samping itu sebagai yang kita maklum bahawa Allah menjadikan perempuan itu sebagai teman hidup yang paling rapat, hendaklah diberi layanan-layanan yang istimewa seperti berikut :
1.      Suami hendaklah sentiasa  bertimbang rasa, menunjukkan kasih-sayang terhadap isteri, bercakap dengan lemah lembut dan mesra, selalu bermuka manis dan janganlah bermuka masam atau sebagai singa yang garang terhadap mangsanya.  Adalah menyedihkan setengah orang-orang jahil  menyangka bahawa bersifat garang dan keras terhadap isteri itu adalah menunjukkan kelakiannya, dan ia menyangka berlemah-lembut terhadap isterinya adalah satu sifat yang  hina dan memalukan, tetapi sebenarnya bersifat kasar adalah membawa isteri menjadi durhaka, sebaliknya bersifat lemah-lembut menyebabkan isteri kasih dan menghormatinya.  Sanda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”
2.      Hendaklah suami memberi kelapangan  perbelanjaan rumahtangga keperluan hidup yang selayaknya mengikut kemampuan yang sewajarnya.  Jika  suami terlalu bakhil terhadap rumahtangga maka diharuskan isteri mengambil sekadar yang diperlukan  dari harta  suaminya walaupn tanpa izinnya, sebagaimana Rasulullah sendiri  memberi kebenaran tersebut kepada isteri Abu Sufian apabila ia  mengadu kepada Rasulullah tentang kebakhilan Abu Sufian.
3.      Hendaklah suami menguruskan segala urusan dengan sebaik-baiknya dan menggembirakan seperti apabila ia sakit, diberi rawatan perubatan yang secukupnya.
4.      Pandu dan bimbinglah isteri dengan nasihat yang baik dan berilah contoh akhlak yang terpuji dan ajaran yang lemah lembut, Rasulullah sendiri menghuraikan hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya wanita itu adalah tulang rusuk (bengkok), sekiranya engkau mahu membetulkannya ia akan patah dan jika engkau membiarkannya, engkau akan menikmatinya dalam keadaan bengkok.”
5.      Berilah isteri haknya sebagai isteri bukan sebagai orang suruhan (hamba) atau sebagai babu, dan bukan sebagai boneka yang semata-mata untuk memenuhi nafsu kaum lelaki sahaja.
6.      Hendaklah bersikap terus terang dengan isteri dan jangan sekali-kali mendustainya, kerana jika isteri didustai dia akan mendustai suaminya pula.
7.      Sebagai suami (ketua keluarga) jangan memperturutkan sahaja apa kehendak isteri sehingga sampai merendahkan harga diri (mengikut di bawah telunjuknya sahaja, istilah sekarang “queen control”.
8.      Dibolehkan suami memukul isteri untuk mendidik bukan untuk balas dendam.  Dalam hal ini tidak memaki hamunnya apabila  hendak memberi pengajaran kepada isteri dalam bentuk yang sopan atau pulaukannya (tinggalkan tempat tidur dan tidak tidur bersama-samanya).
Seandainya dapat dilaksanakan tanggungjawab yang sedemikian tentu Insya Allah suami dapat membawa rumahtangga ke arah kehormanian dan kebahagiaan.
5)      TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI
Kalau suami mempunyai hak dan kewajipan terhadap isterinya, maka isteri juga mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suaminya.  Sesungguhnya tugas seorang  isteri terhadap suaminya adalah sangat penting dan mesti dipatuhi sehingga pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”
(Hadis Riwayat At-Turmizi)
Antara tugas isteri ialah :
1.   Jujur dan taat setia kepada suaminya dalam sebarang hal dan pekerjaan yang tidak berlawanan dengan hukum Islam.
2.   Menyampaikan hajat suami kepadanya, iaitu perkara-perkara yang dibolehkan oleh Islam termasuk perkara yang mengenai hubungan kelamin, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud.
“Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur sedangkan isterinya menolak (tanpa uzur) sehinggalah suami itu tidur dalam keadaan marah dan kesal, malaikat akan melaknatkannya (isteri) hingga ke subuh.”
(Hadis Riwayat Abdul Rahman Bin ‘Auf)
3.   Isteri mestilah berkelakuan sopan terhadap suaminya, wajib menjauhkan kata-kata  yang menunjukkan kedurhakaan atau menyakitkan hati suami seperti memaki, mengomil (berleter) atau kata-kata yang tidak disukai oleh agama atau adat.
4.   Janganlah memberati atau memaksa suami dalam soal nafkah seperti pakaian, wang ringgit dan tempat tinggal yang lebih dari ukuran yang wajib baginya kerana ia akan mendorong suaminya ke lembah curang seperti rasuah, curi,  rompak dan sebagainya.  Rasulullah  SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Perempuan yang datang kepada suaminya dengan muka masam dan mengomil meminta belanka (lebih) atau mengadakannya maka tidaklah diterima Allah amalan perempuan seperti itu.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abi Hurairah)
5.   Minta keizinian suami apabila hendak keluar dari rumah walaupun untuk menziarahi keluarga, ibu-bapa atau kerana menuntut ilmu.  Sabda Rasulullah SAW maksudnya:
“Perempuan-perempuan yang keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya adalah ia di dalam kemurkaan SWT sehinggalah ia balik ke rumahnya atas suaminya redha akan dia.”
6.   Hendaklah memelihara harta benda dan rumahtangga supaya bersih, rapi dan kemas serta isteri tidak boleh memberikan sesuatu harta benda suaminya kepada orang lain tanpa izinnya.
7.   Segera meminta maaf apabila  terlanjur mendurhaka kepada suami sepertimana yang dipraktikkan oleh Fatimah puteri Rasulullah SAW menurut sepotong hadis yang bermaksud:
Fatimah telah datang berjumpa ayahandanya Rasulullah SAW dalam keadaan menangis dan mukanya berubah tanda penyesalan lalu bertanya Rasulullah SAW: “Kenapa wahai anakku, Fatimah?” Fatimah menjawab, “Ayahanda, kelmarin anakanda dengan Ali telah berseloroh (bergurau) sehingga  terbit kata-kata anakanda yang menyebabkan Ali marah anakanda, anakanda menyesal kerana sebab mulut anakanda   itu Ali menjadi marah, lantas anakanda meminta maaf darinya dan mengeliling dia sebanyak tujuh puluh dua kali sehinggalah ia memaafkan dan Ali pun tertawa serta redha”.  Sabda Rasulullah kepada Fatimah,”Demi diriku yang telah diangkat oleh Allah sebagai Nabi, sesungguhnya engkau sekiranya meninggal dunia sebelum Ali redha atas kesalahan itu takkan ku sembahyang jenazah engkau”.
8.   Jikalau suami tidak berharta dan isteri dari anak orang kaya janganlah isteri menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan  harta yang diberikan bapanya sambil mengecilkan  pemberian dari suaminya, serta berkata,”Apalah yang awak  boleh berikan kepadaku dan tengok ini, itu dan sebagainya semuanya bapa berikan kepadaku”, isteri yang bersikap demikian terhadap suaminya.  Pernah Rasulullah  SAW bersabda yang bermaksud :
“Allah akan menghapuskan amalan perempuan itu sekalipun banyak amalan kebajikannya.”
9.   Hendaklah isteri memakai pakaian yang cantik dan bersih di hadapan  suaminya.  Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Perempuan-perempuan yang menghias diri kepada yang bukan suami atau muhrimnya adalah seperti  lampu yang tidak bercahaya di akhirat kelak.”
10. Isteri wajib memelihara perasaan dan peraturan suaminya, isteri tidak boleh membenarkan masuk seorang lelaki atau perempuan yang tidak disukai ke dalam rumah.  Jika isteri hendak berpuasa sunat ketika suaminya berada di rumah hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
11. Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya.  Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :
a)      “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari  berpuasa setahun”.
b)      “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya  lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
c)      “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
d)      “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
e)      “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
f)       “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
g)      “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
h)      “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada  bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan  taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk  syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)
Demikianlah hak dan tanggungjawab  isteri terhadap suami dan rumahtangga serta ganjaran pahala dari Allah SWT kepada seorang  isteri yang solehah.  Apabila suami dan isteri melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing maka lahirlah rahmat dan kasih sayang yang akan menghasilkan kebahagiaan bersama seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT di dalam firmanNya, maksudnya:
“Dan di antara keterangan tanda-tanda Allah bahawa ia menjadikan isteri dari kamu untuk kamu tinggal bersama dalam keadaan kasih sayang, cinta mencintai serta mendapat kerahmatan, sesungguhnya tentang yang demikian itu adalah tanda kebesaran Allah SWT bagi kamu yang mahu berfikir.”
Apabila tanggungjawab masing-masing dapat dilaksanakan maka di sana ada pula tanggungjawab bersama yang mesti diawasi dengan rapi yang juga merupakan factor-faktor penting dalam mewujudkan rumahtangga bahagia, antara lain:
i)       Anak-anak yang didapati hasil dari perkongsian hidup suami isteri hendaklah diberi pendidikan yang sempurna sama ada dari segi rohani, jasmani dan akalnya atau dalam erti kata yang lain ditanam dalam dirinya iman dan takwa menjalani hidup di dunia ini.
ii)      Hendaklah masing-masing menghormati orang tua kedua belah pihak sekiranya mereka masih hidup.
iii)      Hormati dan berbaik-baik dengan jiran tetangga kerana sekiranya suasana di dalam rumah penuh harmoni tetapi dengan jiran bermusuh, kebahagiaan tidak juga terlaksana dengan sempurna.  Sebab itu baginda Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa antara syarat kebahagiaan seseorang anak Adam ialah jiran yang soleh (baik).


Renung-renungkan dan selamat beramal.

:)