Friday, September 30, 2011

Berkongsi : Wanita, Rebutlah Persamaan Hak Di Sisi Allah

Taken from iluvislam.com :

Wanita, Rebutlah Persamaan Hak Di Sisi Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam



Sejambak bunga yang segar jika diletakkan di atas meja untuk hiasan tentu nampak cantik dan menarik meja itu. Orang yang memandang akan dapat meni'mati kecantikan dan kesegaran bunga yang dihias. Kerana pandainya orang yang empunya bunga, maka akan jadi perhiasan mata ramai. Dan dihargai kecantikannya.
Apa jadi kalau bunga itu dihias dalam tandas? Tentu hilanglah kemegahannya sebagai bunga yang dipuja kecantikannya dan orang akan mengatakan alangkah tidak siumannya atau kurang akal bagi orang yang tidak pandai menghargai bunga secantik itu lalu diletakkan di tempat yang sehina itu.
Wanita ibarat bunga, antara perhiasan dunia yang amat memikat lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw bermaksud:
"Dunia itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya itu ialah perempuan yang solehah (perempuan yang baik tentang agama, akhlak, rumahtangga, pergaulan dan sebagainya)." - Riwayat Muslim
Sesuatu perhiasan yang disayangi dan mahal harganya tentulah akan diletakkan di tempat yang terpelihara atau tersembunyi. Agar pencuri tidak berpeluang mengambilnya. Kalaupun didedahkan di depan umum akan diletakkan kawalan rapi agar terpelihara keselamatannya. Lebih tinggi nilai perhiasan tadi maka makin ketatlah kawalan dibuat. makin ramailah orang yang menghargainya dan makin sulitlah untuk
mendapatkannya.
Begitulah juga sepatutnya wanita. Allah ciptakan wanita berbeza dari lelaki. Dari segi fizikal dan fitrah yang Allah jadikan berbeza antara lelaki dan perempuan itu ada tujuan dan maksudnya. Tidak lain dan tidak bukan agar terbezanya tugas antara kedua makhluk Allah itu.
Wanita Allah anugerahkan dengan sifat-sifat tertentu seperti pemalu, lemah-lembut, penyabar, berhalus, kuat perasaan, mempunyai fizikal yang lemah, pendek akalnya dan sebagainya. Semuanya itu mempunyai maksud, iaitu untuk menyeimbangi lelaki yang Allah jadikan kuat fizikalnya, panjang akalnya, kasar dan tegas tingkah lakunya dan sebagainya.
Dengan sifat lemah lembut dan sabar yang dimiliki oleh seorang wanita menyebabkan ia mampu melayan ragam anak-anak; mampu berdepan dengan suaminya dengan baik.
Halus perasaan membolehkan ia cepat memahami hasrat dan masalah yang dialami oleh suaminya. Sifat berhalus menyebabkan wanita mampu melakukan kerja-kerja remeh seperti menjahit, menyulam, memasak dan menghias rumahtangga.
Sifat sabar membolehkan wanita melakukan kerja-kerja yang berulang-ulang atau yang sama setiap hari seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya tanpa jemu-jemu.
Kurang akalnya wanita menyebabkan mereka suka jadi orang yang dipimpin; lemah dari segi fizikal menyababkan mereka memerlukan pada seorang lelaki sebagai pelindung diri.
Justeru kerana itu, Allah yang menciptakan kita, tentunya Dia Maha Mengetahui di mana lebihnya wanita dari lelaki, untuk dimanfaatkan; dan di mana kurangnya wanita di sisi lelaki agar kekurangan itu boleh diisi oleh lelaki. Oleh sebab itu Allah tidak membebankan wanita dengan tugas yang berat-berat yang mana hanya akan menyusahkan wanita dan tidak akan ada kemampuan mereka untuk melaksanakan dua kerja dalam satu masanya.
Sebagai bukti kasih sayang-Nya, Allah tidak bebankan wanita mencari nafkah, tidak disuruh membanting tulang empat kerat yang lemah untuk tujuan itu; semuanya itu tanggungjawab lelaki.
Persamaan hak di sisi Allah antara lelaki dan wanita, itulah persamaan hak yang patut dituntut dan dijadikan impian setiap wanita. Allah sendiri menyatakan di dalam Al Quran yang Ia tidak melebihkan seseorang dengan seseorang yang lain melainkan dari segi taqwanya. Begitu juga Allah tidak membezakan jantina samada lelaki dan perempuan; semuanya sama pada pandangan Allah sekiranya mereka beriman dan bertaqwa. Firman Allah yang membawa maksud:
"Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan, baik lelaki atau perempuan sedangkan dia orang yang beriman maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidaklah mereka teraniaya sedikit pun."- An Nisa: 124
"Barangsiapa yang beramal soleh lelaki mahupun perempuan sedangkan ia beriman pula maka mereka akan masuk syurga serta mendapat rezeki di sana dengan tiada terhingga." - Mukmin: 40
Tugas mengandung, bersalin, mengurus rumahtangga,melayan suami, mengurus dan mendidik anak-anak sudah cukup berat dan susah untuk dilakukan oleh seorang wanita yang lemah. Sehingga kerana itu Allah mengambil kira apa yang dibuat oleh wanita itu sama pahalanya dengan lelaki yang bergelanggang di luar rumah.
Hatta dalam hadis-hadis Rasulullah jelas menyebut wanita yang membasuh pakaian suami dan anak-anaknya, diberi pahala; wanita yang memasak makanan dan menghiris bawang sampai keluar air matanya juga mendapat pahala di sisi Allah; wanita yang bangun malam kerana mengurus anaknya seperti menyusu dan menyalin lampin dikatakan sama pahalanya dengan lelaki yang berjihad pada jalan Allah. Pendek kata setiap pekerjaan yang dilakukan oleh wanita di dalam rumahtangga walaupun terlindung dari pandangan orang lain, semuanya itu dikira dan dinilai oleh Allah. Walaupun perkara yang dibuat itu untuk kesenangan dan keselesaan dirinya sekeluarga, dikira ibadah selagi ia melakukan
kerja-kerja itu kerana memenuhi tuntutan Allah, yakni mencari keredhaan Allah.
Wanita itu walaupun di sisi manusia ia mungkin tidak terkenal sebagai seorang ahli profesional yang hebat,atau sebagai tokoh politik yang boleh menggegarkan negara atau seorang pakar dalam ekonomi dunia, atau apa saja bidang yang dimuliakan dan dianggap istimewa oleh manusia, tetapi di sisi Allah dia dikenal dan dimuliakan malaikat, para roh orang-orang soleh dan wali-wali Allah, segala makhluk Allah di darat dan di laut sentiasa mendoakan keselamatan dan keampunan untuknya.
Sehingga kerana itu dia menjadi kecintaan para kekasih Allah di alam malakut. Sementara di bumi nyata dia dikasihi oleh anak-anak, suami, jiran-jiran dan kaum keluarganya kerana khidmat dan kasih sayang yang dicurahkan pada mereka. Walaupun ia tidak memiliki ijazah yang tinggi melangit, pangkat, nama tetapi tempat kebesaran telah pun menunggunya di akhirat.
Itu semua dapat dicapai dengan melakukan tugas yang sudah sesuai dengan fitrah wanita dan sudah cukup untuk menjadikan syarat wanita diberi hak yang sama dengan lelaki di akhirat kelak.
Sebaliknya wanita kini meminta di dunia supaya mereka disama-tarafkan dan minta diberi hak yang sama dengan lelaki di semua bidang. Lelaki jadi menteri mereka juga mahu jadi menteri, mahu jadi polis, tentera, hakim, jurutera, pegawai eksekutif. Atau mahu terlibat dalam acara-acara yang dimonopoli oleh lelaki, seperti bermain bola sepak, menunggang basikal dan sebagainya dengan alasan mereka patut diberi kesempatan untuk membuat kerja yang lelaki buat. Kononnya mahu jadi srikandi pejuang bangsa.
Mereka mendakwa kaum wanita juga mempu buat apa yang lelaki boleh buat, inilah yang biasa mereka katakan (wanita boleh!) Sekiranya mereka tidak dibenarkan terlibat di bidang yang sememangnya diuntukkan pada lelaki katanya mereka telah dianak-tirikan, diskriminasi (merendah-rendahkan kaum wanita) dan bermacam-macam lagi bantahan.
Mereka tidak sedar bahawa apabila mereka meletakkan diri di bidang yang tidak sesuai dengan fizikal dan fitrah mereka, maka terpaksalah mengorbankan banyak perasaan kewanitaan demi untuk menyesuaikan diri dengan tugas yang dipegang.
Hal ini adalah bertentangan dengan fitrah mereka, mengabaikan tugas-tugas asas sebagai wanita terhadap anak-anak, suami dan rumahtangga, seterusnya mendedahkan diri mereka kepada pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, mendedahkan aurat dan terdedah kepada sifat
keangkuhan, sombong dan bangga diri dengan jawatan atau kedudukan yang mampu mereka capai.
Jadilah mereka sepertimana bunga yang diletakkan di dalam tandas tadi. Hilanglah keindahan mereka sebagai seorang wanita. Jeleklah mereka pada pandangan penghuni langit, sekali pun mereka boleh beribadah seperti ibadah para Nabi. Apatah lagi kalau mereka sampai melanggar perintah Allah, dilaknat ke atas mereka oleh setiap makhluk Allah di darat dan di laut.
Umpamanya, seorang wanita yang jadi menteri, tentulah terpaksa melayan rakyatnya yang terdiri dari orang lelaki dan wanita. Jadi menteri terpaksa diiring ke sana ke mari oleh lelaki dan perempuan yang bukan suaminya. Ataupun kalau di rumah sering didatangi oleh lelaki yang menjadi rakyatnya dengan hajat itu ini. Kalau kahwin sama-sama menteri tidak apa juga. Apa halnya kalau isteri menteri tetapi suami tidak.
Tentulah tidak layak si suami hendak melayan rakyat yang hendak jumpa menteri. Yang hendak diajak berbincang ialah isterinya, menteri itu bukan si suami.
Ketika itu bagaimana perasaan si suami melihat isterinya berbincang dengan lelaki lain di rumahnya, kadang-kadang dari malam sampai ke pagi. Sedangkan dia terpaksa buat air dan jaga anak sebab isteri sedang berurusan. Ataupun kalau anak dan air diuruskan oleh orang gaji, tentu rakyat yang datang tadi tidak mahu mendengar buah fikiran atau keputusan yang dibuat oleh si suami yang bukan menteri. Tentu keputusan dan pandangan isterinya yang lebih diharapkan dan didengar.
Begitulah hina dan malangnya lelaki atau suami yang gagal meletakkan wanita di tempat yang sepatutnya. Sebaliknya berbahagialah lelaki atau suami yang pandai meletakkan wanita di tempatnya. Rasulullah saw bersabda:
"Tidaklah yang memuliakan wanita, kecuali orang-orang yang mulia, dan tidaklah menghinakan wanita kecuali orang-orang yang hina."
Oleh itu sekiranya seorang wanita hendak menuntut hak yang sama di sisi Allah dengan lelaki, ia mestilah melakukan tugas yang sesuai dengan fizikal dan fitrah kejadian wanita. Yakni tugas yang tidak memerlukan dia setaraf dengan lelaki. Dan tentulah dalam melaksanakan tugas yang sesuai dengan fizikal dan fitrahnya itu syariat lahirnya juga dapat dijaga.
Ibadah-ibadah asasnya seperti sembahyang dan puasa dikerjakan sungguh-sungguh. Ibu bapa ataupun suami ditaati dan maruah diri dipelihara dari tercemar. Maka wanita itu akan dimuliakan dan diberi pangkat yang tinggi di sisi Allah seperti mana hadis Rasulullah yang menyebut seorang wanita solehah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.
Marilah kita berusaha untuk merebut pangkat dan kemuliaan di akhirat. Kerana pangkat dan kemuliaan akhirat itulah yang boleh dibanggakan dan boleh memberi kebahagiaan yang berkekalan. Sedangkan pangkat dan kemuliaan dunia sudah banyak melalaikan dan membuat manusia lupa pada Tuhan, menjadikan mereka akan dibangkitkan hina dina di akhirat kelak. Azab neraka yang dahsyat akan menunggu-nunggu untuk memamah tubuh-tubuh mereka yang berdosa dan angkuh dengan kebolehan diri.
Itulah sebenarnya yang mereka perjuangkan di dunia dulu yakni syurga dunia tetapi api neraka di akhirat. Rugilah perjuangan yang begitu.
Artikel iluvislam.com


Tapi, kalau kerja dengan niat beribadah tak salahkan? Niat bantu suami, ringankan beban suami. :)

Thursday, September 29, 2011

Lagu dolu-dolu...

Selalu dengar lagu Kelip-kelip ku Sangka Api by pakcik Malik Ridzuan.

Memang boleh layan aaaa... macam cute je kan. Nyanyi nyanyi waktu pagi.




Cari-cari kat you tube... Nah, ini hasilnya.


Layankan saja.....












:)

Wednesday, September 28, 2011

Monday, September 26, 2011

K.Devan Kata Dia Merajuk?

Cehhhh... kemain lagi drama king. Letak jawatan sebab penyokong dah tak suka. Sibuk mention pasal dapat 5 piala.

Dear Devan,

aku memang bengang dan antara penyokong Selangor yang paling happy bila tau kau dah letak jawatan. Nak tau kenapa? Sebab nak jadi coach ni kau kena kreatif. Macam main strategy game. Kau dah tau pihak lawan tahu kau punya strtategi, kau kenalah buat strategi lain. Ini tak, pakai bedal je. Lepas tu suruh komen, kau cakap "pemain dah beri yang terbaik" COme on laaaa.. siapa yang pergi stadium, yang tengok kat tv boleh tau bagus ke tidak game tu. Kalau kau betul-betul rancang game, dan game yang diberikan pemain adalah yang terbaik tetapi nasib tak menyebelahi pasukan Selangor, thenn... aku boleh terima. Tapi, kalau strategi yang kau guna pakai belasah je, kemudian ko kata dah beri yang terbaik... memang ngek la kau.

Dah la pemain-pemain yang kau turunkan ntah siapa-siapa. Pemain yang tengah top macam Shafiq Rahim, Amirul Hadi kau letak di bangku simpanan. Tak pandai guna player yang ada. Lepas tu, real striker tak ada. Jual Safee dulu, patutnya kau terus cari striker yang baru. Yang betul-betul striker. Ni pemain yang injured ko beli. Main bolehlah kira berapa kali. Last-last, sebab dah tak ada idea ko pergi letak Amirul Hadi jadi striker. Gila! Carilah pemain-pemain muda, ramaiiii.. dan asah bakat depa. Pemain-pemain muda yang baru nak cipta nama ni, semangat depa lain macam sikit. Cuba ikut contoh Mr. Alex Ferguson.

Jadi, kegagalan kau ni adalah kesilapan diri sendiri. Jangan nak menunding jari kepada penyokong. Kami memang setia menyokong. Kalau tak takadalah nak jejak kaki ke stadium or mengharap rtm atau arena akan tayang game Selangor sebab nak tengok Selangor main. Bluwekkkkkk....

Oh ya. Selangor masih ada harapan untuk ke suku akhir. PDRM 1 Selangor 4.

Next game, Selangor vs KL. Please... please.. please... Selangor please win.

Wednesday, September 21, 2011

Friday, September 16, 2011

Salam Hari Malaysia.

Perkara wajib tiap kali hari merdeka adalah melanguk depan tv menonton sambutan Hari Merdeka. :p

Tahun ni, sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia serentak.

Dah 54 tahun merdeka ni, harap rakyat Malaysia dapat menunjukkan sikap yang lebih bertamadun.

Boleh mulakan dengan perkara-perkara yang kecil seperti, tidak meludah keluar kereta, tidak membuang sampah merata-rata/buang dari tingkap kereta, patuhi peraturan jalan raya, bagi signal bila nak masuk simpang,tidak parking kereta sesuka hati, menghormati antara satu sama lain, bla.. bla.. bla..

Berkongsi : Solat Sunat Dhuha

Taken from http://almuslimah.com.my/2011/07/kelebihan-solat-sunat-duha/


Kelebihan Solat Sunat Duha

Soalan:
Pada waktu siang hari sebelum matahari berada di tengah-tengah garisan, umat Islam disunatkan mengerjakan Solat Sunat Duha. Soalannya, apakah kelebihan Solat Duha dan apa yang perlu saya katakan sebagai doa selepas selesai menunaikannya?
Jawapan:
Allah menggalakkan umat Islam mengerjakan solat sunat Dhuha pada waktu siang hari, bermula dari setelah matahari tinggi sejengkal iaitu lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak iaitu tengah hari (dikenali waktu Dhuha).
Jumlah rakaatnya, paling sedikit dua rakaat dan paling banyak ialah 12 rakaat mengikut pendapat yang paling sah.
Antara Kelebihan Solat Sunat Duha
1.     Jaminan rezeki
Allah berfirman dalam surah Al-Dhuha ayat 1-5 yang bermaksud: “Demi waktu duha. Dan malam apabila ia sunyi sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu) sebagaimana yang dituduh oleh kaum Musyrik.Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda”.
Waktu duha ialah waktu Allah mencurahkan kurniaan-Nya. Oleh sebab itu, bagi sesiapa yang inginkan kurniaan tersebut, maka dia perlu berhubung dengan Tuhannya melalui solat sunat Duha.
Rasulullah juga bersabda dalam sebuah hadis kudsi riwayat al-Tirmizi yang bermaksud, “Allah berfirman yang bermaksud, Wahai anak Adam! Solatlah kepada-Ku empat rakaat pada permulaan siang, nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang”.
2.     Kekuatan Jasmani
Sabda nabi s.a.w.  yang bermaksud: “Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah pada setiap satu daripada ruas tersebut. Para sahabat bertanya: Siapakah yang berdaya melakukannya wahai Rasulullah?. Lalu baginda bersabda: Boleh juga dilakukan dengan menghilangkan halangan di jalan raya, kalau tidak dapat dilakukan maka dengan melakukan dua rakaat Solat Dhuha memadai baginya”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).
Abu Hurairah memberitahu: “Rasulullah s.a.w. berpesan kepadaku dengan tiga perkara agar jangan ditinggalkan selama hidupku; puasa tiga hari setiap bulan, Solat Sunat Dhuha dan Solat Witir sebelum tidur”.        
Doa yang boleh anda katakan selepas selesai Solat Sunat Dhuha adalah seperti di bawah. Saya hanya menterjemahkan doa itu,  tidak disertakan doa dalam bahasa Arab. Semoga anda berpuas hati.
  • Oh Tuhan! Sesungguhnya saat pagi adalah kepunyaan-Mu.
  • Dan keindahan alam keliling juga kepunyaan-Mu.
  • Dan kecantikan yang wujud ini juga kepunyaan-Mu.
  • Dan seluruh kekuatan adalah kepunyaan-Mu.
  • Dan seluruh kudrat adalah kepunyaan-Mu.
  • Dan kawalan yang sebenar adalah kawalan dari-Mu
  • Wahai Tuhan! Sekiranya rezekiku berada di langit, silalah turunkan dia
  • Dan sekiranya dalam perut bumi, sila keluarkan dia
  • Sekiranya payah, sila mudahkan dia
  • Sekiranya jauh, sila dekatkan dia
  • Oh Tuhan! Dengan hak dan tuah saat pagi-Mu dan dengan tuah keindahan pagi-Mu , dan dengan kecantikan pagi-Mu, dan dengan tuah gagah dan tuah kudrat-Mu, berilah kepadaku segala apa yang kamu berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
  • Selawat dan salam dari Allah untuk penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarganya serta sahabatnya sekalian.

Jika ada kelapangan, luang-luangkanlah masa beberapa minit untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha.

Thursday, September 15, 2011

7 bulan sudah...

Masuk minggu ni Alhamdulillah, Hider Jr dah 7 bulan dalam perut aku ni. Pengalaman mengandung?

Hmmm... CH kata aku tak banyak kerenah. Cuma masa awal pregancy aku tak lalu makan nasi. Jadi, makanan aku adalah roti, kentang dan makanan-makanan kering. Tak boleh bau benda-benda masakan berempah sangat. CH la setia melayan dan memasak untuk aku. Salute you dear!!! I could not ask for more. Honestly, aku bersyukur sangat ditemukan dengan CH. Tiada kata-kata yang boleh digambarkan. Cuma aku boleh kata, Allah datangkan yang terbaik untuk aku dan aku sangat-sangat bersyukur.

Ok, cukup cerita feeling-feeling ni. Hilang ganas aku... :p

Masuk je bulan ke 4, perghhh... berdesup-desup aku makan. Hahahahaha... makanan kegemaran? Jambu batu. Lagi best kalau seedless. So, penuhlah stock jambu dalam peti ais aku ihsan CH dan emak. Ngehhhh... Berat badan pun dah naik. Susut masa bulan puasa. Naik balik time raya, walaupun tak raya sangat... kenapa tak raya? haa.. ini cerita lain pula. Memang adventure betul masa pregnant ni. Hider Jr tak ada masalah, jangkit kat ayahnya pula. Huhuhuhuhu...

Cepat penat, kaki bengkak, sakit belakang, nafas tak cukup dan pedih ulu hati adalah antara perkara-perkara yang aku alami sekarang ni. Shopping pun tak boleh lama-lama, mesti cari kerusi nak duduk. Sebab tu malas nak jalan-jalan. Tapi, jalan-jalan cari makan aku suka. :D

Baby dalam perut pun doktor kata ok. Berat, pertumbuhan semuanya ok.Harap semuanya akan berjalan lancar and both of us akan selamat dan sihat nanti. Sentiasa doakan yang terbaik. InsyaAllah.

Wednesday, September 14, 2011

Monday, September 12, 2011

Terima Kasih

Thank you, Prof. Dr. Asma

Thank you, Mr. Nazimi

Thank you, staff nurses (day and night shift)

Thank you, my parents and PIL for their support and food :D

and most importantly, THANK YOU ALLAH.

Wednesday, September 7, 2011

Saturday, September 3, 2011