Sunday, January 30, 2011

Selangor Kempunan

Selangor 0 Kelantan 2

Aku tak tengok keseluruhan game. 10 minit awal, aku dah agak Selangor akan kalah.

Tak nafikan, pasukan lawan main bagus malam tadi.

En. Mokhtar, aku dari dulu memang tak berkenan dengan kau. Sibuk feeling Elvis!

Takpe, perjalanan masih panjang. Selangor macam biasa lambat panas. Jangan tak panas langsung sudah!

Next game, all out la brother!!

Saturday, January 29, 2011

Selangor vs Kelantan

Sepak mula Liga Super Malaysia bermula hari ini.

Pertemuan 2 jaguh. Satu dari Lembah Klang. Satu dari Pantai Timur.

Pertemuan 2 pasukan yang mempunyai penyokong fanatik. Penyokong setia. Penyokong gila-gila.

Kita tunggu malam ini. Siapa yang akan menjulang Piala Sumbangsih.

Diharapkan kepada penyokong-penyokong kedua-dua pasukan menjaga imej pasukan masing-masing.

Kepada Merah Kuning, tunjukkan permainan yang terbaik malam ini!!! Kami akan menonton melalui siaran televisyen. :p

Harap-harap, biarlah Zainal Abidin Raop dan (lupa nama partner dia- Johari kot) yang jadi pengulas. Lawak gila and very entertaining untuk di dengar. Ngehhhh.....


Selangor 
vs 
Kelantan.

@ Stadium keramat, Stadium Shah Alam.

Wednesday, January 26, 2011

Tuesday, January 25, 2011

Alam Mimpi

Sebelum tidur malam baca doa.

Sebelum tidur malam basuh kaki.

Tapi aku? Sebelum tidur malam layan cerita Ali Baba Bujang Lapok.

Kesannya? Bermimpi menjadi penyamun. Ngehhh...

Hampir-hampir di hukum kerana ingkar arahan bos. Nasib diselamatkan oleh kawan se'penyamun' dengan mengulang ayat-ayat akta penyamun yang membolehkan diri diselamatkan.

Macam Harry Potter pun ada. Hahahahaha...

Itulah mimpi.

Bercakap tentang mimpi, aku pernah bermimpi panjang cerita seram. Bangun-bangun perkara pertama yang aku fikirkan...

"Kalau hantar ke David Teoh ni, boleh bikin filem"

Sayang, beberapa minit kemudian, aku terlupa jalan cerita mimpi aku tu. Sighhhh... baru mahu bergelar jutawan!

Thursday, January 20, 2011

Daya Penggerak

Dalam hidup ini kadang kala dijatuhkan kita. Jatuh bagi kita bangun semula untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum ini.

Jangan jatuh tidak bangun-bangun. Itu kalah namanya.

Jatuh itu yang buatkan kita lebih berwaspada. Kita lebih berhati-hati. Kita lebih bijak. Kita berfikir. Kita lebih berusaha supaya tidak jatuh lagi.

Seperti budak kecil yang tidak pernah henti berusaha untuk berjalan. Walaupun ada rasa takut jatuh lagi, tapi tak pernah kenal erti putus asa. Bila sudah mendapat rentak, tercungap-cungap jugalah ibu ayah mengejar.

Dari kecil lagi sifat itu sudah ada pada kita. Cuma sejauh mana usaha yang kita lakukan membezakan kita dengan yang lain.

Jangan pernah berhenti berdoa dan memohon kepada-Nya, dan percaya apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Kerna, Allah tidak akan menguji seseorang diluar kemampuan seseorang.

Kadang-kala aku ada sifat mahu memiliki. Tapi aku belum mampu. Jauh dari mampu. Kena sabar, perlu berusaha lebih keras daripada yang lain.

Seronok juga menjadi Mat Jenin ni. Baring-baring. Baca-baca. Borak-borak. Berangan. Tapi tidak mahu selamanya menjadi Minah Jenin. Aku mahu ada kuasa memiliki juga.

Jangan di pandang dan dikenang masa lampau terlalu dalam kerana tidak mahu kata sesal. Tapi jangan di buang masa lampau kerna ia adalah sejarah yang mengajar diri menjadi lebih baik.

Aku percaya, jika aku terus berusaha lebih keras dan terus percaya dengan segala Qada' dan Qadar-Nya, aku akan terus mendaki tangga yang tersedia di depan mata.

Langkah ini mungkin perlahan, tapi akan sampai juga ke kemuncak. Akan sampai juga akhirnya.

Sabar dan berusaha ye diri.






"........takpe, nanti kita ada duit lebih, kita dah kaya, kita beli. Sekarang ni pun kita ok apa :)" 

Wednesday, January 19, 2011

Wordless Wednesday : 1





p/s: mau tumpang sekaki boleh kan? :D

Monday, January 17, 2011

Temp Black and White

Mahu tukarkan baju baru. Tapi idea tidak datang.

Inilah jadinya. Hitam dan putih. Diselitkan sedikit warna pink.

Untuk sementara waktu, kamu layankan sahaja kekosongan idea ini.

Wednesday, January 12, 2011

Resipi Malas Hujung Minggu

Aku patut bersyukur sebab CH sangat tidak cerewet dari segi pemakanan. Apa aku masak semua dia bedal jek. Kalau sedap makan bertambah aaa, kalau slow jek makan tu faham-faham sendiri aa. Akibat sindrom 'malas' melanda... dengan 3 pot nasi bersama bahan-bahan di bawah, maka inilah menu istimewa kami untuk mengisi ruang-ruang dalam perut di hujung minggu. 



Bawang merah, bawang putih - macam biasa di tumbuk/hiris

Cili padi - tumbuk @ potong dua.

Cili giling ikut kepuasan hati masing-masing.

1 tin TC Boy tuna cili padi ( tak pernah guna yang lain)

Salad tu sebagai makanan sampingan untuk menjadikan menu lebih berkhasiat.



Cara-cara:

Standard procedure - tumis/masak bawang dan cili giling

Dah rasa-rasa ok, masukkan TC Boy Tuna dan cili padi. Biarlah dalam beberapa minit sampai rasa-rasa dah ngam cili padi tu.

Lepas tu masukkan nasi.... Kacau-kacau bagi rata. TADAAAAA.. dah siap. Senangkan?

Gambar hasil masakan tarak. Dah kenyang perut baru teringat. :D

Tuesday, January 11, 2011

Alas Sejadah Untuk Di Jual


Salam semuaaaaa...

Untuk makluman, alas sejadah yang baru kini sudah boleh di dapati. 

Tebal (sponge) sedikit dari yang lama dan lebih kemas. Jadi, bolehlah bawa ke surau atau ke masjid sebagai alas untuk sujud nanti ya.... :)

Kalau berminat bolehlah contact aku di pinkblack25@gmail.com

Oh ya, di jual pada harga RM23 satu. :) 

Telekung juga masih boleh di beli pada harga yang sama. Rujuklah di sini






Monday, January 10, 2011

Aku LUPAAAAAAAAAAAAAAA...

Aku lupaaaaaaa.....

aku lupaaaaaaaaaaaaaaaaa...

aku lupa ketua juri Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) adalah M.NAsir.



Aku lupaaaa...

aku lupaaaaaaaaaaaaaaa...........................

aku lupaaaaaaaaa dan TAK TAU yang Aizat tak masuk Juara Lagu tahun ni...

Huhuhuhuhuhu.. lagu kegemaran tak dapat masuk.



Aku lupaaaaaaaaa... aku lupaaaaaaaaaaa nak bagitahu............ yang Raja Lawak Musim ke 5 dah bermula.

So, bolehlah  layan setiap Hari Jumaat @ Astro Prima.

Perati-peratikan peserta bernama NAZMI. Hahahaha... show pertama yang sangat-sangat berkesan. Ngeh... tak sangka aku layan Raja Lawak kan? Hahahahahahaha.. ON OFF Basis jek. Kalau ada best aku tengoklah ulangan Hari Sabtu jam 4 petang. Sebab aku layan RL ni? Sudah semestinya nak tengok Afdlin Shauki dan 2 orang pengacaranya Johan dan Zizan... :p



Ok, back to AJL25.

Expect the unexpected since juri-juri dan ketua juri adalah dari insan-insan yang korang pun paham macam mana pemikiran mereka kan. Hidup dalam dunia seni dan sangat berpengalaman dalam bidang ni. Jadi mereka tahu apa dan mana yang terbaik.

Aku pun tak expect yang Ana Rafali menang since aku target Yuna (Cinta Sempurna) or Hanyut (Faizal Tahir) akan menang.Tahniah kepada Ana (Tolong Ingatkan Aku) walaupun aku dengar pung pang pung pang orang tak puas hati.

Ala, biasalah tu kan... last year bila Aizat menang pun ramai yang tak puas hati, tapi aku puas hati. Masa M.Nasir menang dulu pun ada gak yang tak puas hati, tapi aku puas hati. :p Hehehehe... Sebelum-sebelum tu ada gak yang bising-bising tak puas hati bila penyanyi kegemeran/pilihan tak menang.

Biasalah tu.. tak ada yang luar biasa bagi aku pun. Masing-masing ada pilihan masing-masing, terima je lah sebagaimana keputusan pengadil sewaktu kekalahan England kepada Jerman sewaktu World Cup. Keputusan muktamad walaupun tau pengadil silap. Tapi aku suka...

credit to AJL25

Baju kurung yang sangat cantik pada malam tadi :D

Tapi, my vote untuk Hafiz menang vokal dan Faizal Tahir menang persembahan mengena. I told CH that Hafiz has a great voice, sangat sedap di dengar and he can beat Black yang menang tahun lepas. Dan tepat sekali tekaan ku... ngeh ngeh ngeh.

Faizal Tahir lak kalau tak menang aku tak tau la. Dengan buat magic, dengan jatuh dalam kolam dan dengan naik balik pentas dengan basah, this man memang dinanti-nantikan persembahan dia, sebab kena expect the unexpected dari mamat ni.

credit to AJL25

Even Stacy (Jahat) sangat mengecewakan. Aku ingat dia boleh buat something yang special through her dance ke or whatsoever untuk performance dia, tapi kosong aaa.. macam persembahan biasa.

And Yuna... aku memang suka sangat lagu Cinta Sempurna ni dan Yuna sangat-sangat gorgeous ok malam tadi! Cuma yang baju dia yang belah emas-emas tu aku kureng sikit sebab aku teringatkan aku watak dalam X-MEN-Mystique. :P Sorry Yuna, tapi yang lain-lain memang cantik..

credit to Redmummy.com

credit to AJL25

Lagu pembukaan yang sangat-sangat memukau. Bias sikitla kan sebab aku suka lagu ni. :p

Tapi hero yang sebenarnya malam tadi siapa lagi kalau bukan.....

M.NASIR!!! ngeh ngeh ngeh... 




credit to AJL25

Lain-lain finalis

Noktah Cinta (Hafiz) - tempat ke-3. Suara best. Mula-mula macam bosan tapi bila corner time jatuh tu memang menjadi gak aaa...

Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir) - biasa-biasa jek. Lakonan tambahan oleh Nasha Aziz sangat-sangat mengganggu la aku rasa.

Berlari (Tomok) - pun takde apa yang menarik. Cuma time awal-awal masa berkawad tu aku teringat Dato' CT kita. Suka sangat masukkan aksi-aksi kawad dalam konsert.

Sofea Jane (Black) - baru aku tau asal usul tajuk lagu ni. Aku dan CH pelik sangat. Awatlah guna nama Sofea Jane untuk lagu ni. Ngeh...

Drama King (MUH) - tempat-2. Ntahlah, tapi aku rasa kalau si Azlan tu nyanyi lagi best kot.

Pelita (A.P.I) - kumpulan yang pelik dulu tapi aku dah tau kenapa. Persembahan bertenaga tapi aku tak target menang, tak tau kenapa. Naluri hati peminat Juara lagu kot :p

Bunkface (Extravaganza) - Better than last year. Tahun ni nampak kemas dan bersedia.

Aku Ada Kamu (Adira) - paling tidak mendapat tempat di mata dan telinga aku malam tadi. Sorry. Lirik lagu dah ok cuma tak sampai kot.


Jadi, keputusan pun dah muktamad. Takyahlah bising-bising lagi. Terima saja. :)

Jumpa lagi untuk AJL26.

Wednesday, January 5, 2011

Surat Buat KP MSN dan MBS

Dato, Tuan KP MSN,

saya menonton Buletin Utama sebentar tadi. Isu berkaitan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan di sini saya ingin meyatakan rasa ketidak puasan hati saya dengan kenyataan tuan sebagai KP MSN. Kenapa? Sebab kenyataan yang tuan keluarkan terlalu 'busuk', ego dan seolah-olah tidak mengenang jasa seorang yang telah banyak berjasa kepada negara. Saya masih terbayang-bayang lagi keseronokan tuan sewaktu Badminton Malaysia menyumbangkan pingat emas kepad negara sewaktu Sukan Komanwel.Siapakah antara orang yang telah berusaha keras bagi memastikan impian tuan dan rakyat Malaysia tercapai? Harap tuan dapat merendahkan diri, musabah dan berfikir dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Saya rasa sangat sedih bagi pihak insan yang telah bertungkus-lumus membangunkan dan melahirkan jaguh badminton negara. Di saat beliau kesusahan dan mengalami kekecewaan dengan sikap individu tertentu, tuan dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan seolah-olah beliau tidak penting langsung. Jika boleh sangat ingatkan tuan, sewaktu isteri beliau sedang sakit dan sewaktu beliau sakit, apakah yang berlegar-legar di fikiran beliau? Saya harap tuan boleh imbas semula peristiwa-peristiwa ini. Jika tuan tidak ingat, tuan boleh rujuk ke TV3 kerana TV3 ada koleksi-koleksi peristiwa tersebut. Sebagai ketua tuan tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang boleh saya katakan 'terlalu ego'. Seolah-olah pengorbanan beliau tidak bermakna. Saya sebagai orang luar boleh terasa hati dan sedih inikan pula insan tersebut. Sedih yang teramat tuan.

Sebagai peminat badminton dan sukan negara amnya, kemelut BAM sebenarnya telah lama wujud. Saya sebagai orang luar dan peminat setia sukan badminton sangat berharap rombakan besar-besaran akan dilakukan sepertimana yang telah berlaku dalam FAM. Saya harap, tuan bertindaklah dengan bijak. Dengar dahulu kenyataan daripada dua-dua pihak, cari punca, cari alterantif dan buatlah keputusan yang terbaik demi masa depan sukan badminton negara.

Kami rindukan Piala Thomas!


Sekian.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Dato' Menteri Belia dan Sukan,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan saya kepada tuan kerana bagi saya tuan merupakan seorang menteri yang sering bekerja keras dan 'cool'. Cuma saya harap tuan tidak mempertikaikan kasih sayang, semangat patriotik dan sikap cintakan sukan badminton insan yang bernama Misbun Sidek ini. Saya berharap tuan akan bertindak secara adil, tenang dan dapat menyelesaikan masalah BAM ini dengan efisyen dan efektif kerana saya sudah bosan dengan cerita-cerita mengarut BAM yang sudah berlarutan bertahun lamanya. Hargailah sumbangan mereka yang telah banyak berjasa kepada negara termasuklah jurulatih Misbun dan Rexy. Cuba dengar masalah setiap daripada mereka dengan hati yang terbuka kerana saya pasti ada banyak yang terbuku dan terpendam. Saya harap dengan pertemuan pihak tuan dengan semua yang terlibat akan mencapai satu kata sepakat bagi memastikan sukan badminton negara terus maju

Sekian.

Monday, January 3, 2011

Pilihan Yang Telah Dibuat

Sambungan dari entry yang lepas

Maka, aku telah membuat pilihan....


For Him

pic from moleskine

CH kena beli daily basis since tiap-tiap hari pening dengan macam2 kerja. 



For Her

pic from moleskine

Im stick with monthly planner since aku lebih suka tengok secara keseluruhan what im going to do or to have for the whole month. Lagi pun aku tak busy macam CH. Nanti banyak lompong dari berisi.
Tahun ni malas nak design sebab mood tarak. 


Bought @ Borders, The Garden/Modvalley Megamall.

Kalau ada HSBC CC boleh dapat 25% discount. Since I dont have any, bayar jelah mengikut harga asal. And no regret because you're having a great planner with a great paper. Ada soft cover and hard cover. So, pilih yang mana yang sesuai dengan citarasa masing-masing.

Sangat seronok untuk menconteng-conteng and kotak-kotak dalam my planner sudah penuh di isi dengan macam-macam perkara. Macam poyo pun ada... tapi that's me. :D Penuh dengan perancangan, cuma tak tau berjalan/berjaya atau tidak.

Bila dan start menconteng, banyak juga plan aku untuk tahun 2011. Hmmm...