Wednesday, June 30, 2010

Suku Akhir


1 Africa

3 Eropah

4 Amerika Selatan


SEDIH GILAAAA JEPUN/KOREA SELATAN TAK LAYAK... semalam semangat Asia membuak2, tapi tak kesampaian nak tengok wakil Asia ke peringkat suku akhir.

Tak apa.. cuba lagi next time.

This time, AUSTRALIA OUT FROM ASIA's Quota!!

Benci la dia orang ni. Mengganggu sungguh. Patutnya ada satu negara Arab boleh masuk.

Mereka sendiri mengaku yang depa ni bukan Asia. Just because politik bodoh, dia orang dapat masuk. Ceh!!!!

OK.. back to World Cup.

Brazil - Yes!

Spain - Yes!

Argentina - Yes!

German - Yes!

Uruguay, Paraguay - Yes, yes!

D'orange, Ghana - Yes, yes!

Ramai kata Argentina vs Brazil Final.

Argentina kata mereka main real game, Brazil macam sarkis (maybe sebab penuh dengan tarian gelek2 kot.. hahahahaha)

Tapi.. bola itu bulat. Macam-macam boleh berlaku.

Macam entry aku sebelum ni.. kalau dapat satu pasukan underdog and satu pasukan pilihan, game MUNGKIN berubah.

So, pick your team! Aku tetap Brazil.. :D plus Spain (utk semi) sebab baju depa lawa. hahahahahahaha...

Monday, June 28, 2010

Riaknya England.


They claimed they have the best player in the world.

Aku senyum sinis je bila dengar dan baca.

Mereka ni umpama kata di bawah tempurung.

Depa tak nampak kot negara-negara belas Amerika Selatan.

Lawak sungguh.

La ni...

GERMANY 4 ENGLAND 1 + 1 ( aku bagi +1 sebab gol yang kedua tu patutnya masuk)

Suka sangat syok sendiri.

Korea Selatan dah tumbang, harap Jepun akan menang untuk pastikan ada wakil dari Asia di peringkat suku akhir.

Australia tu patut campak jauh2 je.. sibuk ambil slot Asia.

Next....!

p/s: kata teringin nak gi UK, peminat gila Man Utd.. tapi benci team England? Jawapan aku = Suka aku laaaa :p

Thursday, June 24, 2010

World Cup vs Final Exam


KENAPA PADA WAKTU YANG SAMA???!!!!!!

Huhuuhuhuhuhuhu...........

Layan je la perlawangan ulangan

last paper 6 Julai
World Cup final 11 Julai...
Nasib baik :) Fuh!!!

Friday, June 18, 2010

Messi, Ji Sung and France


Messi oh Messi. Mamat ni memang gila! Memang one of the player.

Tengok dia main semalam teringat cerita Might Ducks. Ye, cerita budak-budak main ice hockey keluaran Walt Disney.



Kalau tak silap aku, masa lawan team Iceland Kenny Wu buat pusingan yang orang main ice pusing2 tu (ntah apa nama teknik tu). Pemain-pemain lawan terpegun tengok dia and he SCORE!!!

eh, paham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Aku pun dah tak ingat sangat cerita ni. Tapi lebih kurang macam tu la situasi masa tu.

Messi pun aku tengok macam tu gak. Dia akan bawa bola gila-gila, gelecek sana, gelecek sini.. memang cantik la, kira-kira buat orang terpegun... then dia akan pass bola tu pada team member atau dia sendiri yang akan golkan. Haa... macam Kenny Woo tu laa... Muakakakaakakakakakaka..

Argentina 4 - Korea S 1.

Aku tengok Maradona ni dah macam Amitha Bachan je. Dulu, masa waktu-waktu genting perlawanan kelayakan ke Piala Dunia 2010, aku pernah buat entry untuk singkirkan Maradona as a coach. Aku bengang sebab Argentina struggle gila nak masuk pusingan akhir.

Tapi dalam pusingan akhir ni, I JUST LOVE TO WATCH HIM. Macam pak lawak pun ada gak aa. Tengok gelagat-gelagat dia and i think he made a promised to run naked if Argentina Win. HAA!!! kita tunggu...

Game semalam, Korea main kasar la pulak. Ji Sung puya level the only one yang aku rasa tinggi compare dengan team member dia yang lain. Ini pendapat aku je. Im hoping, Korea Selatan will go to the next round.

Asia untuk Asia! :p

France??? Down.. down.. down.. down...

Den memang tak minat France ni. Antara team yang paling aku tak sokong selain England.

So, France.. Down.. down.. down..

Thursday, June 17, 2010

Spain Layu


Aduaiii.. sedih lak rasa. Swiss 0 - Spain 1 .. eh, silap... Spain 0 - Swiss 1.

Bak kata orang, bola itu bulat.

Jadi memang benarlah bola itu bulat. Serang bertubi-tubi.

Swiss sekali serang terus gol.

Terus sakit perut, masuk bilik air.


Wednesday, June 16, 2010

Brazil 2 - Korea Utara 1


Wahhh!! Tajuk tak nak kalah.

Aku tak tengok game malam tadi. Tengok gol2 je. Hahaha!!

Tapi gol pertama Brazil by Maicon...


SUPER BEST BEB!!!!!!!!

MAGNIFICENT!!!!
BRILLIANT!!!

wahhh... lantakla kan kata aku nak poyo ke, overacting ke.. apa2 ke... dah aku memang peminat Brazil mestilah aku puji lebih2.

Ok, back to work.

Wednesday, June 9, 2010

Lagenda Budak Setan


Aku sepatutnya menulis entry berkaitan sunshine malam ni. Nak menulis jiwang-jiwang. Nak bagitau betapa happynya aku menanti kepulangan CH esok. Tiba-tiba terima panggilan dari adik.

"Lagend Budak Setan! tengok channel ria!"

Eh, biar betul. Siri ke? Bukan sekarang tengah tayang kat wayang ke?

Berpandukan bacaan-bacaan di forum dan blog-blog, aku mendapat respon yang negatif dari kebanyakan peminat-peminat novel tersebut. Jadi, aku dah buat keputusan yang aku takkan tengok filem tersebut kat wayang or maybe di TV nanti. Aku nak keep my memory LBS seadanya. Tak nak rosakkan segala imaginasi aku berkaitan Kasyah, Ayu dan perjuangan cinta oleh dua insan yang sangat-sangat touching, katrina the boss yang punya sejarah hitam dalam kehidupan, kekejaman azmi... Everything lah about LBS.

Tapi, tadi aku bukakan juga tv. Macam yang sebijik dengan kat wayang. Biar betul beb! Awal sangat keluar kat tv ni. Rupanya cuma sorotan bagi 30 minit pertama. Ditamatkan pada ketika si Kasyah nak ajar Ayu mengambil gambar.

Nak tau apa, sepanjang 30 minit tu serius aku panas gila!! Tak puas hati, stress!! Habis segala imaginasi aku selama beberapa tahun ni.

Kasyah adalah seorang yang sangat sangat pandai ok! and it should start dari sekolah menengah, bukan kolej! Kasyah berambut pendek ala G-Q (gambar depan novel :p) baju putih, seluar hijau. Sangat pandai walaupun jahat macam setan. Sebab tu dia boleh further study. Sebab he is a genius! Arghhh...!!! Remember bagaimana dia hidup dengan abang dia.. sadis gila. Kawan2 dia yang setia bersama. Ahhh.. sambil menaip masih boleh terbayang setiap watak dalam novel tersebut. Gila.. memang gila penangan LBS ni. Pada aku, Farid Kamil macam kureng sikit untuk watak ni. Ini hanya pendapat aku. Aku bukan anti Farid Kamil, just bagi aku dia tak sesuai untuk watak ini. Mungkin kerana aku hanya menonton selama 30 min.

Lisa, im not a fan of her dan bukan juga anti Lisa. Bagi aku, dia masih lagi 'keras' dan tak ada jiwa untuk watak-watak berat sebegini. Ayu. wanita yang sangat-sangat setia dengan Kasyah. Kehidupan yang terumbang-ambing. Tapi dalam hati Ayu hanya ada Kasyah seorang. Walaupun sudah hilang ingatan, bila ternampak wajah Kasyah, Ayu terasa dekat sangat. Kuatnya cinta wanita bernama Ayu ni. Macam-macam dia dah lalui untuk akhirnya memberikan seorang zuriat kepada Kasyah. Walaupun itulah yang pertama dan terakhir.

Aku panas dengan apa yang aku tonton tadi sebab dari awalnya sudah bertukar. Aku setuju dengan pendapat-pendapat bloggers yang patutnya cerita ini di jadikan dalam bentuk rentetan (betul ke ayat ni?hehehe..). Jadikan dalam bentuk LBS1,2,3 or LBS 1 and 2. Kalau filem ini diolah dengan lebih dalam, diberikan ruang kepada para pelakon yang terlibat betul-betul menjiwai watak ini, aku pasti ianya akan lebih hebat lagi. (Ini berdasarkan kepada komen-komen yang aku baca).

Oklah, panjang pula membebel malam ni. Bukan dah tonton pun. Bluwekkk!! Aku nak naik atas nak cari novel LBS. Nak kembalikan Kasyah dan Ayu yang aku kenal sejak sekolah menengah dulu. Aku nak layan air mata. Hahahaha..

Eh.. tak nak layan airmatalah. Sebab esok aku akan menjadi Sang Suria. CH akan kembali!!!!


from here



Friday, June 4, 2010

Nenek Afrika


World Cup is coming. What is your favourite team to win?

Seperti biasa aku pilih Brazil and Spain (sebab aku suka tengok jersey depa.. cantik! sama warna pasukan Selangor :P)


Tapi hopefully ada upset la this year.

Bagi satu atau dua negara underdog masuk semi than final pasukan pilihan vs pasukan underdog.

Mesti perlawanan yang menarik!

England.. bukan pilihan aku. Hehehehe..

Kebanyakan pasukan dah tiba di Afrika.

Salah satunya ialah Brazil. Stadium latihan pasukan Brazil di penuhi penyokong2 dari negara Afrika.

Dah tentu mereka tidak menyangka akan dapat bertemu dengan wira-wira pasukan kegemaran mereka.

Antara mereka adalah seorang nenek tua.

COMEL. Kemain lagi bercakap pasal pasukan Brazil dan World Cup.

Memang nampak sangat nenek tu excited tapi masih bercakap dengan nada yang sangat cool.

Hmmm.. bayangkan Opah aku bercakap pasal bola, Piala Dunia, pasal pasukan Brazil.

Kekekekekekeke...

Thursday, June 3, 2010

Braveheart


Braveheart. This is one of my favourite movie.

Tapi entry tiada kena mengena dengan movie pun. :p

Aku cuma tengah bosan malam ni.

Ada banyak kerja nak diselesaikan. Tak tau nak mula yang mana satu.

Bingung lak rasa.

Semalam sempat tengok MHI sebelum ke tempat kerja.

Salah satu tetamu adalah isteri kepada salah seorang sukarelawan yang ditahan dalam misi bantuan untuk rakyat Palestin.

Tabah. Sungguh tabah. Pengacara, Ahmad Fetri cuba bermain dengan emosi, tapi wanita tersebut bercakap dengan penuh keyakinan.

Kagum aku. Aku tak rasa aku setabah itu.

Beliau tahu dan bersedia dengan apa jua risiko.

Salute pada mereka yang berani berhadapan dengan mereka yang paling kejam di muka bumi ini.

Rejim ZIONIS.

Terang-terangan kesalahan ISRAEL. Mana US yang 'konon2' ketua dunia.

SENYAP. SENYAP. SENYAP.

Eh.. tidak. Mereka menyokong tindakan ISRAEL. Mana taknya... pisau di leher.

Kawan setilam, sebantal.

Mana dunia Arab? wake up... they are our brothers and sisters.

Mesir baru buka pintu sempadan.

Liga Arab mahu saman Israel.

Lakukanlah sesuatu agar rejim zionis tidak terus bermaharajalela.

Terlalu kejam. Angkuh!

Doa kami untuk mereka yang berjuang untuk pastikan bekalan dapat disampaikan.

Doa kami untuk semua rakyat Palestin.

Allah MAHA BESAR.

*ada student yang berasal dari palestin sudah lama tidak nampak...

**ada yang mohon untuk mendaftar awal kerana jika pulang tidak pasti bila boleh kembali semula.

p/s: entry di buat sambil menonton astro awani.