Tuesday, October 12, 2010

Part 3: Sambung belajar : Master/PhD @ UKM

SARJANA SAINS SOSIAL/SASTERA secara KERJA KURSUS.



Bagi mod pengajian ini boleh di bahagikan kepada 2 jenis bentuk pendaftaran iaitu secara sepenuh masa atau separuh masa. Untuk pelajar tempatan, anda layak memilih antara dua bentuk itu sama ada mahu mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa atau mendaftar secara separuh masa. Namunnnnnnnn, bagi pelajar luar negara, hanya boleh mendaftar secara SEPENUH MASA.


For local u can choose either to reg as a full time student or part timer.


But for foreigner, u can ONLY register as a full time student.


Sebagai pelajar secara kerja kursus, anda perlu menghadiri kelas dan unit yang perlu di habiskan adalah sebanyak 40 unit bagi melayakkan anda dianugerahkan ijazah.


28 unit kursus wajib dan elektif.
(nilai kursus wajib dan elektif bergantung kepada pusat pengajian masing-masing)
dan 12 unit Tesis Sarjana.



Dari segi tempoh masa pengajian pula....

Sepenuh masa - 2 semester(min) - 4 sem (maks) = 1-2 tahun

Separuh masa - 4 semester (min) - 8 sem (maks) = 2-4 tahun


Aku nak maklumkan yang bagi pelajar separuh masa di sini, bukan bermakna kelas waktu malam ataupun di hujung minggu ye.

Sebagai pelajar separuh masa, kelas akan berlangsung mengikut jadual pelajar sepenuh masa, yang biasanya diadakan pada waktu bekerja 8 pagi- 5 petang (bergantung kepada pusat pengajian dan berubah mengikut semester berlansung) .

Istilah separuh masa berdasarkan syarat-syarat pelajar tidak boleh mengambil unit lebih daripada 9-10 unit bersamaan dengan 3 kursus sahaja dan bebanan yuran yang lebih murah berbanding pelajar sepenuh masa.

Pelajar separuh masa biasanya mendapat pelepasan majikan untuk keluar waktu pejabat bagi mengikuti kelas di UKM, Bangi. Namun begitu, ada juga kelas-kelas (baca: tidak banyak) yang dijalankan pada hari Sabtu atau selepas waktu bekerja, seperti yang saya maklumkan tadi, mengikut pusat pengajian masing-masing.

Pengajaran sepenuhnya dalam BAHASA MELAYU....  kecuali bagi program Pengajian Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Pascakolonial Dalam Bahasa Inggeris

Classes will be conducted (mostly) in BAHASA.
Because of that , for overseas student (foreigner), except those from Indonesia and Brunei, u have to choose either to apply for English Language Studies (ELS) ORr Postcolonial Literature in English (PLIE) OR....................

You have to apply for Master of Philosophy (Full Thesis). OR............

You have to choose another faculty.Sorry   :)



Cukuplah untuk hari ini. Akan bersambung lagi esok.

2 comments:

Azimar Amril said...

Salam...

Saya ada mohon untuk ikuti kursus sarjana sastera (sejarah malaysia) di UKM pada disember ini..boleh tak saya nak dapatkan jadula waktunya, sebab saya ikut kursus separuh masa dan saya bekerja..harpa kamu dapat bantu saya...terima kasih.

Nur_MW said...

Salam saudara,

untuk jadual waktu semester depan (dec) jadual waktu hanya akan dikeluarkan 2 minggu sebelum kelas bermula. Harap maklum. :)