Sunday, December 27, 2009
AVATAR
Pergi menonton Avatar.
Memang sangat kuasa bagus (supergreat)<-- hahahaha
Grafik sangat cantik.
Di awal cerita, di bawa kita mengembara ke alam fantasi yang sangat indah.
Aku khayal.
Khayal dalam dunia rekaan yang sangat-sangat indah.
Kemudian aku di bawa ke situasi yang sangat mengganggu emosi.
Bengang. Geram. Benci.
Apabila sifat tamak menguasai manusia.
Begitulah jadinya.
Tiada sifat perikemanusiaan.
Aku rasa seperti ingin masuk ke alam fantasi itu dan menggunakan kekuatan yang ada pada aku untuk membantu kaum Navi'.
Nak belasah muka Colonel Miles Quaritch.
Geram. Geram sangat.
Sepanjang (+-) 2 jam 30 minit di dalam panggung, tidak terasa langsung.
Penonton akan khayal dalam dunia fantasi yang di bawa oleh James Cameron.
Suka tengok perjalanan mendapatkan Ikran. Menggayatkan.
Suka tengok gunung terapung.
Suka tengok Eywa.
Suka tengok pokok besar yang menjadi penempatan mereka.
Suka..! suka..! suka...! Pergilah menonton cerita ini :)
Saturday, December 26, 2009
Kelas Memandu #1
Kalau anda memandu di Kuala Lumpur.
Di waktu pagi.
Di kawasan Seremban ke Sg. Besi.
Kalau anda berada dalam had laju 70-80 km/j.
Di jalan paling kanan.
TOLONG laaaaaaaaaa ketepi.
Kami mengejar masa.
Masa TIDAK menunggu kami.
Begitu juga di waktu petang atau malam.
Kami nak balik cepat. PENAT!!!
Penat dan bosan dengan kesesakan yang semakin teruk.
Friday, December 25, 2009
Bersawang
Gila lama tak kemaskini blog.
Sibuk mengalahkan Perdana Menteri.
Hahahahaha.
2 kertas dah lepas. Tinggal 4.
Tak sabar nak habis.
Boleh plan cuti-cuti Malaysia.
Orang cuti hujung tahun.
Aku cuti awal tahun.
CUti semua habis untuk duduk meja peperiksaan.
Gila.. gila..
Friday, December 18, 2009
Thursday, December 17, 2009
Sukan SEA #3
MALAYSIA
VS
VIETNAM
yang pasti, sewaktu siaran lansung..
aku masih stuck dalam jam.
Wednesday, December 16, 2009
20092010
Sekejap saje 2009 sudah di penghujung.
Jujurnya, tak terasa apa bagi aku.
Aku hanya memburu penghujung 2010.
Memburu untuk memerdekan diri. Yea!!!!
Oh.. sabar. Belum lagi.
Sabar ye cik kak.... :p
Tuesday, December 15, 2009
Sukan SEA #2
MALAYSIA
TERIMA KASIH RTM!!!
Lagi best kalau dapat siarkan untuk semua acara kan...
Good job RTM. Aku akui, RTM merupakan saluran terbaik untuk sukan tempatan. Serius beb!!!
Saturday, December 12, 2009
Sukan SEA #1
Friday, December 4, 2009
Nur Kasih - Finale
Sangat sangat sangat sweet!!
Happy ending.. secara jujurnya, aku adalah penonton drama/wayang/cerita yang sukakan pengakhiran yang menggembirakan.
Aku akan terfikir lama jika pengakhiran yang sedih.
Aku tak suka.
Aku benci akan kesedihan.
Tak sampai hati.
Aku suka bila yang jahat di hukum. Tapi selalunya dalam wayang, hukuman untuk orang jahat sekejap sangat!
Kesimpulannya, aku suka sangat cerita Nur Kasih ni.
Antara ayat-ayat yang masih tergiang-giang adalah sewaktu Ustaz Hassan bersama isterinya.
Tuesday, December 1, 2009
Tips Hilangkan Stress
2. Membebel sorang2 or with ur other half or dengan family
3. Menjerit kuat2 dalam kereta
4. Berjoging/bersukan
5. Mcflurry (nyummyyyyyyyyyyyy....)
6. Makan..makan.. makan...
Aisey.. camne nak kurus ni???? Isk
Wednesday, November 25, 2009
Banjir

imej dari sini

imej dari sini
Monday, November 23, 2009
Twilight
Aku lewat menonton cerita ni.
Since aku ni bukan peminat cerita2 hantu/pontianak/seram, etc.. jadi, cerita ni tak termasuk dalams senarai wajib untuk di tonton di pawagam
Tapi, malam semalam.. Star Movie telah menayangkan cerita Twilight jam 10 mlm.
Aku tengok sebab banyak diceritakan di akhar yang cerita ni dapat sambutan menggalakkan dari penonton2 wanita.
Heran gak, sebab biasanya cerita2 macam ni lelaku je yang suka.
Jadi, aku layanlah cerita ni Ahad lepas.
Now, i know why.
It's all about LOVE.
Cerita dia memang best.. aku khayal dalam cerita ni.
Tolak pelakon2 dia.. since aku tgk semua pucat lesi je kan cerita memang sesuai untuk di tonton oleh minah2 dan pakwe2 yang jiwang.
Hahahahahahaha
Nur Kasih Ep 25
Wahhhh!!!
One of the best episode for me.
Sarah, walaupun sudah terbongkar kesalahan dia, masih lagi ego.
Hanya kerna cinta.
Kata maaf yang di ucapkan, umpama tiada penyesalan.
Ego sangat.
Next week last episode. Kalau tgk preview... macam best!
Alahaiiii.. lambatnya Jumaat.
Thursday, November 19, 2009
Kerja di Kuala Lumpur
Kena bangun awal-awal sebab nak elak trafk jam.
Kalau jalan lancar, kalau dapat nak pandu selaju yang boleh konon2 boleh jimatkan masa di situ.
Bila CUTI SEKOLAH???
Wahhhhhhh!!!! Seronoknyaaaa... dengan harapan jalan takdelah jam sangat.
Cakap pasal cuti sekolah ni, esok dah start kan?
SPM pun sedang berlangsung.
Rupanya dah lebih 10 tahun aku tinggalkan alam persekolahan.
Kepada semua calon-calon SPM just nak wish all the best!
And remember, this is just the beginning NOT THE END.
Percayalah... sebab cabaran sebenar bermula dari mula kita tamatkan zaman persekolahan kita.
Jadi, jangan pening-pening sangat dan putus asa atas apa gak keputusannya nanti k :)
Yang penting, kita tenang dan cari alternatif dalam pilihan kita.
Oklah... Sampai di sini saje adik2.
Jaga diri :) :) :)
Wednesday, November 18, 2009
Promosi Air Asia
Book from 16 - 22 Nov 2009 Travel from 1 Feb - 30 Apr 2010
For last minute planning... :)
Klik di sini
Dah lama rasanya tak terbang sana sini
Asyik memandu sana sini jek
Thinking...
Thinking...
Hahahahahhaha :p
Sunday, November 15, 2009
Fazura Gedik
Hahahaha... I LOVE FAZURA!!!
Tarikan utama aku untuk menonton cerita ni ialah Fazura.
So naturally gedik ok!!
Gedik yang boleh diterima and i know, what ever ppl say.. i just love her when she in her gedik mode!
Start suka tengok Fazura berlakon dari Gol and Gincu.
From then, i will try my best to watch every drama and movies she's in.
And all I can say, she's one of the best actress yang kita ada.
For this Movie, all I can , it's a light movie and focus for women.
For some, it might be a boring movie. But for me.. LUV IT!
Untuk info bolek klik di sini. :)
Saturday, November 14, 2009
Nur Kasih Ep 24
Episod 24 agak mengecewakan.
Babak terrorist tu kalau boleh tak perlu tunjuk pun takpe.
Mencacatkan kecantikan cerita.
Apa-apa pun, tudung Nur Amina tetap cantik.
Aku suka! Aku suka!!
Tudung tu yang cantik atau si pemakai ek?
Hmmmmm...
Kalau ikut2kan tinggal lagi 2 episod.
Tak sabarnya nak tengok ending!!!!!!
Ikuti Episod dan tonton video Nur Kasih di http://www.tv3.com.my/nurkasih
Sunday, November 8, 2009

Akibat terlalu yakin.. Kelantan sudah KALAH woooo!!!
Penyokong macam *&^*&&^%!!!! Boleh blah!!
Fikir2 balik, nasib bukan Selangor lawan Kelantan semalam.
Penyokong Selangor mana boleh kalah.
Mana boleh biarkan penyokong jakun bermaharajalela.
FAM.. harap kenakan tindakan yang tegaslaaaa..
Ini kali ke-2 beb!!
Tahun depan main stadium berkecuali untuk pasukan Kelantan.
JAKUN GILAAA!!!
Man Utd vs Chelsea ini malam...
Puh! Puh!
Thursday, November 5, 2009
Monday, November 2, 2009
Thursday, October 29, 2009
Jadi tak yah nak puji penyokong dia orang lebih2.
Kemudian, kenyataan hang yang mengatakan tak pernah tengok senario penyokong dan stadium macam tu.. hang SILAP BESAR aaa!!
Hang tak pernah tengok Selangor lawan ke oit!
Tanya FAM berapa kali kelab Selangor kena bayar denda?
Kalau Selangor masuk akhir apa jadi kat Stadium?
Apa jadi kat luar stadium? Aiyooo.. nampak sangat la hang ni kan?
Aku masih panas lagi sebab Selangor tak layak ni!!!
Mamat ni lak g wat kenyataan macam ni.. lagi la panas..
Macam tak mengikuti perkembangan penyokong bola sepak Malaysia jek.
Bluwekkkkkkkkk!!!!
Aku undi Kelantan lwn Negeri Sembilan untuk akhir dan mungkin.. mungkin.. Kelantan akan menang.
Kenalah realistik..
Apa-apa pun.. masih mengharap Negeri Sembilan yang akan menjulang Piala Malaysia (hahahaha...)
haa.. ok dah! lega rasa... ciao!!
Wednesday, October 28, 2009
Tuesday, October 27, 2009
Cipan yang aku tau adalah sejenis binatang.
Tapi semalam layan National Geographic, di beritahu cipan adalah senjata yang digunakan dalam peperangan semasa zaman firaun.
Kalau pengalih bahasa tu salah, aku pun salah la :p :p :p
Bentuk senjata tu macam ni...

Senjata ni digunakan masa lawan depan2.
2. Siti Nurhaliza
Bagi aku beliau seorang wanita yang tabah dan cekal.
Biar apa pun orang kepoh dan gosip tentang beliau, beliau tetap gagah jalan ke depan.
Lagu-lagu nyanyian beliau, tak yah cakaplah.. memang meletup!!
Aku sukaaa.. yang terkini Ku Percaya Ada Cinta.
Ramai yang membenci ramai juga yang sayangkan beliau.
3. Tun Dr. Mahathir.
Tokoh yang aku sangat-sangat hormati.
Otak beliau tidak pernah berhenti untuk berfikir.
Suka membaca.
Suka memberi pendapat.
Biaq pi lah apa orang nak cakap, yang penting beliau dah keluarkan pendapat beliau.
Sangat comel bila temankan isteri beliau di pusat membeli belah.
Sangat comel dan tenang ok!! sukaaa sangat.. sampai aku tak dan nak ambil gambar bersama mereka sebab begitu asyik melihat mereka berdua.
Oklah.. itu je untuk hari ni dari insan yang agak2 gagah la juga nak menamatkan perjuangan yang tinggal 1 tahun je lagi nak habis.
Dan selalu berharap menjadi seorang yang suka berfikir jadi bolehlah sentiasa berbahas dan bertanya soalan dalam kelas sampai faham.
Tapi bila di fikir2 balik.. lebih suka bila jadi diri sendiri.
Sentiasa gembira dan boleh senyum dan ketawa setiap hari.
Monday, October 26, 2009
Macam biasa, minggu peperiksaan.
Penambah perisa bila gergasi merh dan setan merah kalah.
Jadi, tamatlah sudah perjuangan GM pada tahun ni. Jumpa lagi tahun depan.
Setan merah lak, masih ada perjuangan lagi.
Cuma pendapat aku, mesti best sikit kalau Owen dimasukkan lebih awal ganti Berbatov.
Mamat tu tak menjadi.
Macam Safie Ali. Tempang. Takleh main! Huhuhuhu...
Baik layan sehati berdansa!! Hahahahahahahaha....
Friday, October 23, 2009

Wednesday, October 21, 2009
Stress??? Ada gak la.. semalam dengar pun dalam radio. Hari Selasa RTM hanya tayang perlawanan tertunda.
Menjerit2 aku minta Amri ngan Safie sumbatkan gol.
Nak bertandang ke Terengganu, rekod Selangor kat sana tak cantik sangat.
Apa-apa pun, aku tahu dia orang akan main habis-habisan untuk pastikan tempat ke akhir.
*Doa* :p
Esok pagi lak ada perlawanan antara Moskva lwn Man Utd.
Jam 12.30 pagi nanti.
Hehehehehe... Layannnnnnnnnnnnnnn!!!
Tuesday, October 20, 2009
Jualan Telekung
Harga berbeza berdasarkan kepada renda2nya ye.
Ada saiz S,L dan XL.
Bagi aku yang menggunakan saiz L, lilit muka adalah 10 1/4 inch ukurannya.
Berdasarkan pada ketingian aku yang dalam lingkungan 158-160cm dengan muka yg agak2 chubby, saiz L sangat sesuai la.
Saiz S adalah untuk mereka yang lebih kecil atau anak2 dan XL untuk mereka yang tinggi la.
Keluarga aku memang guna telekung ni atas sebab2:
1. dah tentulah sebab makcik aku yang buatkan.. :p :p :p
2. Kainnya tidak tebal dan tidak nipis (takdelah rasa was2 jika kain terlalu nipis kan? atau panas kalau kainnya tebal)
3. selesa la sebab kalau sembahyang di surau or masjid, memandangkan kainnya 100% putih aku harap2 takdelah orang yang sembahyang belakang aku yang tidak kusyuk sembahyang sebab asyik tengok telekung aku kalau telekung aku ada corak-corak bunga dan warna warni.. hehehehehehe.. aku selalu buat ni!!! Allah... teruk betul aku ni...
4. dah tentu sebab ia adalah buatan tempatan dan dijahit di kawasan yang Insyallah di diami oleh orang-orang yang kuat agamanya.
Sekian, terima kasih. :) :) :)
Jadi, sesiapa yang ingin membelinya dan untuk maklumat lanjut..
Kalau anda tinggal di sekitar kajang atau berhampirannya dengan nya, mungkin penghantaran secara terus boleh dilakukan.
Alas Sejadah
Monday, October 19, 2009
Man United 2 - Bolton 1
Aston Villa 2 - Chelsea 1
Oh ya... Esok Merah Kuning lawan ye untuk peringkat suku akhir Piala Malaysia.
Selangor lwn Terengganu
20 Oktober 2009
Stadium Shah Alam, Selangor
Friday, October 16, 2009
Sampai masa untuk servis, aku akan hantar untuk diservis.
Hehehehehehe...
Sunday, October 11, 2009
Di ambil dari sini
PAPADOM.
Filem yang lengkap! Drama, komedi, lawak dan senario kekeluargaan.
Aku akan tunggu VCD asli keluar dan aku syorkan untuk kamu semua menonton cerita ini.
Seronok gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Aku ketawa tak ingat.
Bila sedih, air mata berderai2 mengalir keluar.
Kira-kira aku boleh golongkan antara filem yang WAJIB DITONTON oleh semua rakyat Malaysia.
Liyana Jasmay berlakon sangat-sangat bersahaja.
Afdlin Shauki tak yah cakaplah, ditambah lagi dengan No0rkhiriah.
Pelakon2 lain juga tidak kurang hebatnya.
Aku tak sangka, senior yang jahat tu Scha. Watak yang berbeza dari biasa.
Memang berbaloi untuk ditonton seisi keluarga.
Gambar/Sinopsis boleh dibaca di sini.
Blog Afdlin, klik sini.
Friday, October 9, 2009
Tiba-tiba aku rasa semangat.
Ini pertama kali aku dengar tentang bulan Bahasa Kebangsaan.
Dengan ini, secara rasminya aku umumkan...
Logo di ambil dari laman sesawang (wahhh!!!)
Tuesday, October 6, 2009
Boleh? Ada kerja penting nak hantar esok,
aku tidur.
Boleh? Ada tugasan penting nak hantar esok,
aku tidur.
Boleh? Tahun genting aku kali ini,
aku tidur.
Kesimpulannya... aku memang suka tidur.
Tidur buat aku tenang.
Tenang dan berfikir.
Mencari jawapan.
Muahahahahahahahahahhahaha..
Dah.. dah.. weekend kena dok library.
Monday, October 5, 2009
Macam tak cukup 24-7.
Agak-agaknya kalau kalau tambah lagi hari dah masa, rasa cukup tak?
Dulu masa kecil-kecil, rasa lambat je masa berlalu.
Nak tamatkan zaman persekolahan, punyalah lama.
Tapi sebenarnya, zaman persekolahan lah masa yang paling seronok dalam hidup.
Apa-apa pun, life goes on :)
Berseronoklah dan nikmatilah bersama yang tersayang.
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Eh, Latest result : Man United 2 Sunderland 2
Arghhh... Chelsea bact at the top!!!
Thursday, October 1, 2009
Man. United 2 - Wolfsburg 1
Manchester United FC came from behind to defeat VfL Wolfsburg 2-1 in an enthralling UEFA Champions League Group B contest at Old Trafford
Pic taken and report from here
Wednesday, September 30, 2009
taken from here
Cepat masa berlalu.
Banyak benda aku nak buat, tapi tak terbuat.
Doa.. doa...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Oh ya... Man. Utd lawan pagi esok.
Jangan lupa!!!
Selangor menang game ke-2
Tak sabar nak tengok lautan merah kuning di Bukit Jalil
:p
Sunday, September 27, 2009
Saturday, September 26, 2009
Syawal pertama sebagai suami isteri, penat gila!
4 hari kami bersimpang siur antara utara, selatan, lembah klang.
1 hr 1/2 untuk kerja.
dan 1 hari 1/2 untuk bercuti sebelum kembali kepada kehidupan asal.
Kerja, kelas.
Kerja, kelas.
Kerja, kelas.
Mungkin tidak sempat untuk ke rumah terbuka kawan2.
Bukan sombong, tapi keadaan tak mengizinkan.
Kelas terlalu pack semester ini.
Tapi kenduri kahwin, wajib pergi!
Pergi,walaupun sekejap.
Inilah cerita raya aku.
Oh ya.. sepanjang raya, aku memandu secara berhemah ye :)
Tidak cecah 110 km/j pun...cewaaaahhh!!! :p
Contohilah aku.
Sayangilah nyawa anda dan orang ramai.
Bagi aku, saman RM300 terlalu rendah.
Apa ada RM300 jika diconvertkan kepada duit Singapore dollar?
Mereka yang ramai bermaharajalela di jalan raya.
Apa ada pada RM300 kepada pemilik kereta mewah?
Patutnya dikenakan denda yang lebih berat dan tinggi.
Pihak polis harus lebih tegas.
Jangan menyaman memilih mangsa. Tak baik tau!
Saman biar betul2 saman. Jangan guna jalan belakang kepada yang kena saman.
Pun tak baik!
Anda memandu laju jika hanya anda yang hilang nyawa pedulilah kan?
Tapi jika yang tidak bersalah terlibat sama, itu yang tidak baik.
Kesian keluarga mereka.
Anda juga ada keluarga bukan?
Oh ya, jangan juga jadikan kenderaan anda seperti sardin.
Sangat berbahaya.
Jika boleh, naiklah kenderaan awam jika mempunyai keluarga yang besar.
Dan pemandu2 bas, anda bukan hanya membawa diri anda.. tetapi anda ada tanggungjawab yang sangat besar.
Anda bertanggungjawab memastikan penumpang2 selamat sampai ke destinasti.
Keluarga penumpang2 anda sedang menunggu di rumah.
Kesian mereka.
Ingat ya semua...
Tanamkan sifat saling hormat menghormati dan bertolak ansur di jalan raya.
Jangan lupa guna signal. Signal kereta bukan sekadar hiasan :)
begitu juga dengan cermin tepi dan tengah.
Semuanya ada fungsi masing2.
Jika lupa, boleh rujuk kepada yang pakar.
Tidak salah bertanya bukan? :)
SALAM HARI RAYA BUAT SEMUA.. :)
Tuesday, September 15, 2009
Saturday, September 12, 2009
"Macam mana kau tahu yang dia untuk kau (he is meant for you)?"
HHmmm... Nanti aku cerita yeHari minggu ni nak cerita panjang agak payah.
Otak nak berehat sebentar.
Sabar ye kawan.
Yang penting.. Cinta Sempurna hanya datang dan hanya untuk Yang Satu.
Eh.. drama Cinta Sempurna sudah pun tamat.
A very nice story. Suka pengakhirannya.
Friday, September 11, 2009
Bersungguh-sungguh nak mengganggu rakyat Malaysia di sana.
Pada hal bangsa-bangsa mereka membuat kerja jahat di sini.
Buat kucar-kacir di negara yang merek benci ni.
Lagi mahu gaji RM800.
Mungkin alternatif baru, bayar ikut duit mereka.
Di sana pembantu rumah dibayar 200,000 rupiah.
Di sini kita 'up'kan sikit, 500,000 rupiah. DEAL?
p/s : baca 1 forum, bgtau yang selalu buat hal tu di belah kepulauan kat bawah tu saja. Belah kepulauan tepi-tepi tak ada masalah. Malah di beritahu mereka juga agak kureng dengan puak2 belah kepulauan tu. Hmm.. macam2.
p/s/s: sudah lama berhenti mendengar lagu dan menonton drama2, movies puak2 mereka.
Thursday, September 10, 2009
Bagi aku Maradona bukan pilihan yang bijak untuk membimbing Argentina.
WRONG STRATEGY! EVERYTHING IS WRONG!
Main lintang pukang.
Veron kena kad merah.
AKu sangat2 sedih.. sedih.. SEDIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH............................
*update*
Brasil 4 - Chile 2
Game yang sangat menarik.
Laju + kasar... hehehehe.
Kalau tak silap coach Chile ni dulu ex-coach Argentina.
Bravo Brasil!!!! see you at S.Africa 2010..
Hmm.. geram betul aku tengok jersi Spain ni.
Bila la nak dapat.
Silap2 boleh bawa gi Stadium Shah Alam.
Merah kuning gak kan?
Cuma merahnya ada beza sikit.
Waiting for World Cup 2010!!! yeaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
Wednesday, September 9, 2009
So kira entry ni entry kosong sahaja.
Tadi dalam kereta banyak idea nak menulis.
Masuk ofis, terus hilang idea.
Ofis ooo ofis.
*Update*
Siapa yang dengar Sinar.fm pagi tadi?
Siapa peminat klfm dulu2?
Pasti kenal suara wanita itu.
Yes, I miss that voice. Prema!!!
Hahahaha... terkejut aku!
Thinking she will be part of them. Tapi bukan dia dah bersara?
Rupanya, jemputan sahaja sebagai sambutan hari Radio pada hari ni.
Ramai caller terdiri daripada otai2 (orang2 lama aaa..)
Miss her voice laa.. teringat belajar Bahasa Tamil dan Mandarin.
Teringat zaman dulu2 di mana tanggungjawab kita semua tidak sebesar apabila kita sudah dewasa.
Apa-apa pun.. Life goes on :) :) :)
Nikmatinya dengan penuh kasih sayang dan gembira kerana hidup ini indah.
Thursday, September 3, 2009
The true story.
Mak yang muka perkenalkan cerita ini.
AKu tertarik ingin tahu siapa sebenarnya ustaz tersebut.
This is what I get : Saifulislam
Cinta Sempurna di Astro Oasis. Setiap Isnin-Jumaat. Jam 10 mlm.
Boleh layan lepas cerita Nur Kasih :p :p :p
Pendekatan yang lembut oleh beliau.
Bagi aku, Prof. yang bertindak sebagai pemerhati juga telah membuat tindakan yang bijak.
Memilih ustaz yang muda. Yang mengikut peredaran masa.
Dakwahnya sangat lemah lembut.
Itu yang sepatutnya :) :) :)
Wednesday, September 2, 2009
Aiyaaa...
Tapi nak buat macam mana.
Aku masih lagi akan memilih tinggal di KL.
Pantai, hutan.. pilihan untuk bercuti sahaja.
HHmmm.. Lama dah tak pergi bercuti.
Aktiviti yang menarik untuk dirancang.
Kelas??? Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................................................
Tuesday, August 25, 2009
Friday, August 21, 2009
Magical di Bulan Ramadhan for me,
1. Sembahyang tepat masa :p :p :p
2. Tiba-tiba terasa banyaknya masa untuk buat pelbagai aktiviti
3. Perut kempis, badan ringan
4. Boleh masak pagi-pagi buta.. hahahaha
updated
5. menjadi seorang yang akan bercakap hanya perlu... kuang kuang kuang
6. boleh bangun awal pagi walaupun tidur lambat (yeke lambat?? ala.. kol 11 tu consider lambat la untuk aku kan..)
Inilah keajaiban Bulan Ramadhan untuk aku... Jadi, Selamat Berpuasa semuaaaaa!!!!
Friday, August 14, 2009
Belajar untuk menyayangi
Belajar untuk jujur
Belajar untuk merendah diri
bukan untuk mencari populariti
bukan untuk mendapat nama
tapi untuk kepuasan diri sendiri.
Biarkan orang kata apa, yang penting tiap hari senyuman boleh diukir.
Life is simple :)
p/s: Suka sangat cerita La Dolce Amira. Rindu zaman sekolah :) :) :)
p/s/s: CSI Miami : Horatio is back. Tapi part last tu patutnya tembak je si Ortego tu! Tapi nanti cepat sangat cerita habiskan? Layan je.. at least mengubat luka stress dengan CSI Las Vegas season yang sangat tidak best. Huhuhuhu..
Thursday, August 13, 2009
Lebih baru.
Kita akan tahu arah tuju kita.
Kita akan tahu kelebihan dan kelemahan.
Kita tak kan mudah terikut-ikut dengan pengaruh luar.
Jika akan lebih bijak memandu arah hidup.
Gembira walaupun terlewat.
Lebih baik terlewat dari tidak langsung dapat mengenali diri sendiri.
Tuesday, August 11, 2009
Surat di ofis menggunung.
STOP. Tak mahu fikir. Kelakar juga rasanya. Merata-rata orang merungut tentang kerja.
Tapi tanpa kerja, duit tiada. Mana boleh goyang kaki sahaja. Kecualilah jika kamu itu Paris Hilton.
Nasib aku bukan PH. Bagi aku dia mensia2 kan hidup mudanya. Mungkin sebab hartanya takkan habis sampai anak cucu. Mungkin. Macam-macam boleh berlaku.
Jadi, aku bersyukur dengan apa yang ada.
Kerja aku, jika aku berfikiran positif, pastinya seronok.
Ikhlas membantu anak bangsa aku mendapat segulung ijazah.
Walaupun bukan aku yang mengajar, tapi tanpa pentadbiran yang baik, terumbang ambing juga :)
Hmmm.. Indahnya hidup jika kita tahu menikmatinya.
Dah lama rasanya aku tidak mengambil gambar2.
Nantilah, jika ada masa, nak juga petik2 butang kamera.
Tengoklah nanti...
Tuesday, August 4, 2009

atau macam ni Eh.. bukan gaya terbangmacam tu, tapi berdiri tangan mesti naik ke atas.
aku suka layan Barney & Friends sebab suka sangat dengan lagu tema dia.
I LOVE YOU, U LOVE ME
WE ARE HAPPY FAMILY
WITH A GREAT BIG HUG AND A KISS FROM ME TO YOU
WON'T YOU SAY U LOVE ME TOO
kenapa entry aku macam ni?
Sebab aku tengah bosan dan mahu lepak depan tv sambil layan movies.
Aku sangat sangat sangat suka memandu sebab masa memandu, terutamanya waktu aku tengah memandu sorang2, inilah masanya otak aku akan ligat berputar2 berfikir
untuk membuat planning untuk kerja pada hari itu atau planning untuk masa depan. Driving seolah-olah memberi ketenangan kepada aku.
Lebih2 lagi kalau Cinta Hati ada disebelah . Dia akan bercerita tentang banyak perkara.
Tapi aku benci traffik jam!!! (cantikkan gambar ni?) hehehehe..
Entry ini sangat2 merepek. :p Apa-apa pun aku cuma nak cakap
dan I just want to be happy with mylife, my luv and my family yeaaaa!!!