Tuesday, August 11, 2009

Ada assignment. Ada final. Tapi tak tau nak mula yang mana satu dan bagaimana nak mulakan.

Surat di ofis menggunung.

STOP. Tak mahu fikir. Kelakar juga rasanya. Merata-rata orang merungut tentang kerja.

Tapi tanpa kerja, duit tiada. Mana boleh goyang kaki sahaja. Kecualilah jika kamu itu Paris Hilton.

Nasib aku bukan PH. Bagi aku dia mensia2 kan hidup mudanya. Mungkin sebab hartanya takkan habis sampai anak cucu. Mungkin. Macam-macam boleh berlaku.

Jadi, aku bersyukur dengan apa yang ada.

Kerja aku, jika aku berfikiran positif, pastinya seronok.

Ikhlas membantu anak bangsa aku mendapat segulung ijazah.

Walaupun bukan aku yang mengajar, tapi tanpa pentadbiran yang baik, terumbang ambing juga :)

Hmmm.. Indahnya hidup jika kita tahu menikmatinya.

Dah lama rasanya aku tidak mengambil gambar2.

Nantilah, jika ada masa, nak juga petik2 butang kamera.

Tengoklah nanti...

No comments: