Tuesday, October 27, 2009

1. CIPAN

Cipan yang aku tau adalah sejenis binatang.


Tapi semalam layan National Geographic, di beritahu cipan adalah senjata yang digunakan dalam peperangan semasa zaman firaun.

Kalau pengalih bahasa tu salah, aku pun salah la :p :p :p

Bentuk senjata tu macam ni...
abaikan lukisan aku yang 'lawa' sangat ni ye.

Senjata ni digunakan masa lawan depan2.


2. Siti Nurhaliza

Bagi aku beliau seorang wanita yang tabah dan cekal.

Biar apa pun orang kepoh dan gosip tentang beliau, beliau tetap gagah jalan ke depan.

Lagu-lagu nyanyian beliau, tak yah cakaplah.. memang meletup!!

Aku sukaaa.. yang terkini Ku Percaya Ada Cinta.

Ramai yang membenci ramai juga yang sayangkan beliau.


3. Tun Dr. Mahathir.

Tokoh yang aku sangat-sangat hormati.

Otak beliau tidak pernah berhenti untuk berfikir.

Suka membaca.

Suka memberi pendapat.

Biaq pi lah apa orang nak cakap, yang penting beliau dah keluarkan pendapat beliau.

Sangat comel bila temankan isteri beliau di pusat membeli belah.

Sangat comel dan tenang ok!! sukaaa sangat.. sampai aku tak dan nak ambil gambar bersama mereka sebab begitu asyik melihat mereka berdua.

Oklah.. itu je untuk hari ni dari insan yang agak2 gagah la juga nak menamatkan perjuangan yang tinggal 1 tahun je lagi nak habis.

Dan selalu berharap menjadi seorang yang suka berfikir jadi bolehlah sentiasa berbahas dan bertanya soalan dalam kelas sampai faham.

Tapi bila di fikir2 balik.. lebih suka bila jadi diri sendiri.

Sentiasa gembira dan boleh senyum dan ketawa setiap hari.

2 comments:

MamaFaMi said...

Betul tu, baik kita jadi diri sendiri, appreciate apa yang kita ada, baiki kekurangan yang mungkin ada dan bersyukur atas segala yang telah ada...

HiDEr said...

hai mama :)!! yup, kena bersyukur selalu, kalau selalu fikir nak jadi orang lain, kita sendiri nanti yang tak dapat rasa nikmatnya hidup ini.. kita gak yang rugi. tapi, perkara2 positif yang ada pada orang lain kita terapkan dalm diri kita dengan cara kita sendiri. :)