Wednesday, January 5, 2011

Surat Buat KP MSN dan MBS

Dato, Tuan KP MSN,

saya menonton Buletin Utama sebentar tadi. Isu berkaitan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan di sini saya ingin meyatakan rasa ketidak puasan hati saya dengan kenyataan tuan sebagai KP MSN. Kenapa? Sebab kenyataan yang tuan keluarkan terlalu 'busuk', ego dan seolah-olah tidak mengenang jasa seorang yang telah banyak berjasa kepada negara. Saya masih terbayang-bayang lagi keseronokan tuan sewaktu Badminton Malaysia menyumbangkan pingat emas kepad negara sewaktu Sukan Komanwel.Siapakah antara orang yang telah berusaha keras bagi memastikan impian tuan dan rakyat Malaysia tercapai? Harap tuan dapat merendahkan diri, musabah dan berfikir dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Saya rasa sangat sedih bagi pihak insan yang telah bertungkus-lumus membangunkan dan melahirkan jaguh badminton negara. Di saat beliau kesusahan dan mengalami kekecewaan dengan sikap individu tertentu, tuan dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan seolah-olah beliau tidak penting langsung. Jika boleh sangat ingatkan tuan, sewaktu isteri beliau sedang sakit dan sewaktu beliau sakit, apakah yang berlegar-legar di fikiran beliau? Saya harap tuan boleh imbas semula peristiwa-peristiwa ini. Jika tuan tidak ingat, tuan boleh rujuk ke TV3 kerana TV3 ada koleksi-koleksi peristiwa tersebut. Sebagai ketua tuan tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang boleh saya katakan 'terlalu ego'. Seolah-olah pengorbanan beliau tidak bermakna. Saya sebagai orang luar boleh terasa hati dan sedih inikan pula insan tersebut. Sedih yang teramat tuan.

Sebagai peminat badminton dan sukan negara amnya, kemelut BAM sebenarnya telah lama wujud. Saya sebagai orang luar dan peminat setia sukan badminton sangat berharap rombakan besar-besaran akan dilakukan sepertimana yang telah berlaku dalam FAM. Saya harap, tuan bertindaklah dengan bijak. Dengar dahulu kenyataan daripada dua-dua pihak, cari punca, cari alterantif dan buatlah keputusan yang terbaik demi masa depan sukan badminton negara.

Kami rindukan Piala Thomas!


Sekian.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Dato' Menteri Belia dan Sukan,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan saya kepada tuan kerana bagi saya tuan merupakan seorang menteri yang sering bekerja keras dan 'cool'. Cuma saya harap tuan tidak mempertikaikan kasih sayang, semangat patriotik dan sikap cintakan sukan badminton insan yang bernama Misbun Sidek ini. Saya berharap tuan akan bertindak secara adil, tenang dan dapat menyelesaikan masalah BAM ini dengan efisyen dan efektif kerana saya sudah bosan dengan cerita-cerita mengarut BAM yang sudah berlarutan bertahun lamanya. Hargailah sumbangan mereka yang telah banyak berjasa kepada negara termasuklah jurulatih Misbun dan Rexy. Cuba dengar masalah setiap daripada mereka dengan hati yang terbuka kerana saya pasti ada banyak yang terbuku dan terpendam. Saya harap dengan pertemuan pihak tuan dengan semua yang terlibat akan mencapai satu kata sepakat bagi memastikan sukan badminton negara terus maju

Sekian.

No comments: