Wednesday, December 8, 2010

Selangor dan Bambang

Harap belum terlambat untuk ucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua. Semalam agak busy dengan pelbagai aktiviti luar di waktu siang. Tak sempat jenguk blog dan malas untuk update di waktu malam kerana sibuk menyokong pasukan Malaysia. Hehe...

Bersemperna tahun baru ini harapan aku agar lebih baik dari sebelum-sebelum ini. Hijrah dari perkara yang tidak baik kepada perkara yang lebih baik dan terus mendekatkan diri kepada-Nya.

Ok. Kembali kepada niat asal penulisan kali ini. :p

Malaysia 5 - Laos 1. Malaysia layak ke separuh akhir untuk bertemu sama ada Singapura atau Vietnam. Filipina aku jangkakan akann menang menentang Myanmar dan menjadi juara kumpulan B.

Aku tak ikuti sepenuh game tersebut sebab sibuk membaca majalah Women's Weekly sambil berangan-berangan untuk memasak daging black pepper dan aiskrim goreng. Hahahahaha... Tak adalah. 

Sebenarnya aku tak jangka pun Malaysia akan layak ke Semi Final. Aku berfikiran, Indonesia akan membiarkan Thailand menang dalam game ini memandangkan penyerang utama tidak diturunkan. Yela, sejak Indonesia sibuk nak ganyang Malaysia ni, aku ada sedikit berfikiran negatif kepada mereka. Jangan salahkan aku.... Salahkan mereka :p

But, Bambang Pamungkas (x-Selangor) membuktikan sebaliknya. Thank you! Dua jaringan daripada beliau telah membantu Malaysia untuk layak ke Semi Final. Sila lihat perkataan Selangor yang telah di boldkan itu ye :p 

Dan 3 jaringan daripada pemain Selangor, telah membantu Malaysia untuk mengalahkan Laos dalam misi melanyak Laos bagi memastikan satu tempat ke separuh akhir menjadi milik Malaysia. Thanks to Amri Yahya dan Amirul dan great game by Shafiq Rahim dan pemain-pemain Harimau Muda. 

Ada perkara yang aku pelik sikit dalam game semalam. Adakah pemain-pemain Malaysia tidak bersemangat dan awal-awal lagi mengaku kalah untuk ke semi? Adakah mereka tiada semangat teamwork? Adakah mereka ini berpuak2? atau adakah aku seorang sahaja yang terperasan begitu?

Kenapa? sebab cuba tengok reaksi pemain-pemain dan menjaringkan gol. Perasan tak? Takde celebration. Semua macam terpinga-pinga. Macam takde perasaan. Penat sahaja penyokong di stadium dan di rumah bersorak. Aku sendiri sewaktu gol kedua Amri tertanya-tanya. Gol ke? Gol tak dikira ke? Keliru...

It's ok kalau pun Thailand menang or whatsoever. Tapi semangat mesti ada. Show your enemy that you dah tembus kubu dia. You should be proud. Gi celebrate.. lari.. jerit... kumpulkan semangat pada semua untuk terus berjuang. Ini seolah-olah, u dah give up. Kubu lawan dah ditewaskan tapi takde rasa proud langsung. Pelik betul aku. Lainlah kalau dah ketinggalan 7-0 ke, then dapat 1 gol. It;s ok la kalau nak show that face. Ini you yang lead, muka macam dah kalah. Ini semangat yang kita tak nak dalam team Malaysia. Walau macam mana pun, berjuang biarlah sampai habis. Jangan sia-siakan sokongan kami. Tengok macam pemain-pemain bawah 23 masa Sukan Asia. Mereka berjuang sehingga ke akhir sehinggakan aku sendiri sebak tengok dia orang berjuang dan akhirnya tewas. Walaupun kalah, at least aku tau, mereka sudah mencuba sedaya upaya. Sematkan sikap jangan sesekali kalah sebelum berjuang, sebelum wiset penamat. 

Ramai yang mengkritik dan ramai juga yang menyokong. Kalau main bagus tiada siapa yang akan mempertikaikan. Berjuang.. berusaha. Sematkan semangat dalam diri masing-masing mahu memberi yang terbaik buat peminat dan penyokong setia. Selagi wisel belum berbunyi selagi itulah peluang perlu di cari.

Harapan aku, untuk separuh akhir nanti berjuanglah habis-habisan. Kalaupun terpaksa tunduk dengan pasukan lawan biarlah pengunduran itu dengan penuh maruah. Tunjukkan kepada kami yang anda telah berusaha bersungguh-sungguh. Tapi, doa dan harapan kami  agar pasukan Malaysia akan melangkah ke akhir dan berjaya membawa pulang piasa tersebut ke Malaysia. Akhir kata... 

SELAMAT BERJUANG MALAYSIA!

Wahhh... dah jadi macam pakar motivasi. Ada ke team member Malaysia yang baca ni ye?

1 comment:

Alke said...

diorang bukan tak semangat or berpuak2....diorang tau, menang 52-0 pun,kalau thailand menang, tak guna dah....tu yang bila score, masing buat dek je....depa try nak cari seberapa banyak gol yang pelu untuk bawak balik je tu...