Saturday, September 25, 2010

Kekanda Adinda


Hider pernah dengar lagu Atilia ngan Monoloque tak?

Huh? Atilia ada lagu baru ke?

Cuba Hider cari kat you tube, dengar. Best aaa...

Jap aaa.. wooo.. layu OST 8 bulan tu... best2! jap nak cari lirik.. nak layannnnnnnnnnn




Verse1


(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi

(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Chorus1:

(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa

(L) Tapi Kanda mahu segera,

(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,

(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,

(P) Dinda belum bersedia,

(L) Kanda dah beria ria,

(P) Jadi yg mana satu?

(P+L) Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

Verse 2:

(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta

(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

Chorus2

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,

(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,

(L) Ini semua demi masa depan keluarga,

(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?

(L) Kanda kerja malam,

(P) Dinda kerja siang,

(L) Jadi bila nak bertemu?

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

Bridge:

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!

(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?

apa keputusannya?

Verse3

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!

(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

Chorus3

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,

(L) Kanda polar kutub Utara,

(P) Dinda kutub Selatan

(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,

(P+L)Tak perlu bertengkar,

Tak perlu bermasam muka,

coda*

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,

(P)Kanda yg Perdana,

(L) Dinda yg Utama,

(P)Kanda sgalaNya..

(L) Dindalah Nyawa,

(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama

bahagia bersama,

bersama slamanya,

bahagia slama- lamanya!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

cutekan lirik? teringat lagu zaman P.Ramlee :)

see, i told you. Malaysia music is getting better. Kita ada geng-geng genarasi baru dan yang tak berapa baru (hihihi.. old timer aa) yang berkualiti.

Yuna, Zee Avi, Aizat, Faizal Tahir, Liyana Jasmay dan lain-lain yang boleh berikan satu susunan muzik dan lirik yang cukup indah.

kalau siapa masih ingat.. Iklim, Spider, Search, Wings yang lagu-lagu mereka sampai sekarang masih sedap di dengar, boleh di layan.



dan semestinya....

all time favourite...

our Sifu dan Tonga



M. Nasir!!!
(ni wajib taruk dalam blog aku :p)
bila nak buat konsert besar-besar lagi ni..



We have our own product. All they need is chance and medium untuk mereka kembangkan karya-karya mereka.

Dan sekarang, ruang untuk mereka semakin diberi perhatian. Cuma kalau boleh, kepada media-media elektronik teruskan memberi ruang dan lebih ruang kepada mereka ini. Dan kepada media-media cetak, please stop all the rubbish gossip yang ntah apa-apa tu.

Sekian, untuk kali ini. Aku pun tak tau apa aku merepek pagi-pagi Sabtu ni. Layankan je la..

No comments: