Sunday, March 21, 2010

Jalan-Jalan: Bandung #2


Ok, sambung balik cerita Bandung.

Entry kali ini, khas cerita pasal airport sahaja. Pergi dan balik.

Perjalanan dari LCCT ke Lapangan terbang Husein Sastranegara mengambil masa lebih kurang 2 jam.

I booked the earliest flight 9.40 am dengan harapan nak mulakan aktiviti kami sebaik sampai di Bandung. :p





Inilah lapangan terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung.

Jangan harapkan sebuah lapangan terbang yang gah ye sebab airport bandung sangat-sangat kecil.

Lebih kecil daripada lapangan terbang Langkawi. Serius!

Turun je kapal terbang, kena jalan kaki sikit masuk pintu airport.

Dari pintu airport, dalam 4-5 langkah dah sampai tempat pegawai imegresen.

Lepas cop, lagi 9-10 langkah sampai kat pintu keluar. Tadaaaaaaaaaaaa!!!!

Anda sudah berada di luar aiport Bandung :) :)

Landasan ini kalau tak silap dikongsi bersama dengan kapal terbang tentera.

Di luar airport ni merupakan kediaman atau kawasan perumahan tentera.

Di area ni juga dulu merupakan tempat untuk membuat kapal terbang Indonesia (kalau tak silap aku aa..).

Landasan pendek, so time mendarat tu memang cuak gak la sebab pilot nak slowkan kapal secepat yang mungkin rasanya.

Tapi, Alhamdulillah kami mendarat dengan selamat. Hehehehe..


Inilah kapal terbang yang kami naik. Kecil tapi oklah sebab dapat harga yang murah kan.

Melampaula nak airbus bagai.

Under Indonesia Air Asia.

Pramugari best..! takdelah garang-garang macam yang pernah aku alami dulu. (isk.. isk.. masih ingat sampai sekarang).

Tapi apa-apa pun aku masih prefer naik kapal terbang Malaysia's Air Asia :)

Makan? Tak tau nak komen apa sebab aku dah makan before naik flight. Makan di foodcourt LCCT.


Ini pemandangan sebelum dari dalam airport sebelum berlepas balik.

Untuk airport tak, sediakan RP75,000 ye.

Tunai :)

Bayar di kaunter belah kiri selepas check in barang.

Aku tak sempat nak ambil gambar masa kat dalam kaunter check barang sebab sibuk nak timbang berat beg supaya tak lebih dari 15 kg bagi setiap beg dan beg yang pegang tangan (hand carry) tak lebih dari 7 kg.

Thanks pada seorang staff yang tolong 'on' kan penimbang untuk kami check before ke kaunter beg.

Nasihat aku, kalau boleh datanglah awal ke airport.

Memandangkan airportnya kecil maka kaunternya pun sikit.

Bayangkan kalau orang ramai masa tu.

Memang kelam kabut sikit la jadinya nanti sebab hanya ada 1 saja jalan untuk masuk menuju tempat menunggu.



Dari dalam tempat menunngu boleh nampak aktiviti pemunggah beg.





Jalan kaki ye kekapal. Sama macam sistem di LCCT.




Selamat berangkat pulang.
bersambung....... :p

2 comments:

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

mesti u have a time of life shopping kat bandung kan :)

Nur_MW said...

lebih kuranglaa.. hehehehe.. tapi yang palingggg suka time makan!!