Saturday, January 9, 2010

Sabtu tanpa bag plastik


Kalau anda pergi membeli belah pada hari Sabtu di Selangor, sila sediakan beg kertas/plastik dan sewaktu dengannya sendiri ye.

Atau, anda perlu bersedia untuk menolak troli sampai ke kereta.

Atau, anda perlu ke kereta untuk mencari plastik/beg yang kosong untuk mengisi barang-barang yang dibeli.

Atau, anda perlu memanggil isteri/kawan/anak-anak anda untuk mengangkat barang-barang ke kereta.

Atau, anda bolehlah memberli beg-beg yang disediakan oleh pusat membeli belah tersebut.

Atau, anda boleh membayar RM0.20 bagi setiap beg plastik yang digunakan jika anda menggunakan kenderaan awam.

Sebab... hari Sabtu di Selangor merupakan HARI TANPA BEG PLASTIK.

Tapi, terima kasih JUSCO kerana sekurang-kurangnya menyediakan alternatif lain dengan menyediakan beg kertas untuk pembelinya.

TESCO? anda bolehlah menggunakan alternatif seperti yang telah aku nyatakan tadi.

Mungkin lepas ni, aku akan bershopping pada hari Jumaat malam kot :p

Kalau tak... aku bawalah beg sendiri. :)


* Neg Sembilan vs Selangor ini malam. Liga Malaysia sudah bermula... Viva Selangor!!!!
** Penyokong Pahang jangan risau.. Apa2 pun yang berlaku Pahang takkan turun dari Liga Super. Kenapa ek? Lu pikirlah sendiri.. boleh blah!

2 comments:

Alke said...

bro pun kena, shopping kat Cold Storage, dah kena beli beg shopping tu...hampeh!!

Anyway, Selangor menang lagi.....pahang menang tipu lagi

Nur_MW said...

Pahang tu patutnya Liga Perdana. Pastu suka suki kick harimau muda dengan macam2 alasan supaya Pahang leh masuk Liga Super.. mcm hampeh!