Tuesday, February 15, 2011

K.Devan kata permainan terhebat Selangor?

Alahai...Mr.Devan. Pening kepala aku.

Kalau perlawanan Selangor vs Kuala Lumpur Sabtu lepas dikatakan perlawanan terbaik, then, aku rasa tahun ni Selangor tak ke mana.

Coach KL, Razip Ismail pandai atur strategi. Tau kekuatan anak didik beliau. Mr. Devan apa cerita?

Penjaga gol Selangor dari Pahang? Uhhhh... sedih gila aku! I think penjaga gol yang lepas lagi bagus. If nak beli player, belilah yang betul2 berkualiti. We are talking about Selangor. Selangor ada imej yang sangat tinggi dalam arena bola sepak tempatan. Penyokong hanya nak yang terbaik. Kalau nak beli player laburlah lebih sikit, beli STARS!! or if you want, belilah players dari skuad harimau muda yang tak dapat masuk skuad kebangsaan yang masih muda dan dahagakan nama. I bet dia orang akan all out setiap perlawanan kerana mereka mahukan NAMA.

Keluar dari stadium dengan rasa yang sangat ralat. Selangor dah tak ada duit ke? Or simpan untuk beli pemain import? Which one Mr. MOkhtar?

Pemain-pemain Selangor yang wakil Malaysia pun tak dapat habuan apa lagi. Isk isk isk...

Maybe Mr. Devan should get advice from Rajagopal macam mana nak guna pemain-pemain hebat dari Selangor. Lawan KL Sabtu lepas boleh nampak kepincangan or kesilapan strategi Mr. Devan ni. Cuma last 10 minutes baru Mr. Devan kita ni tersedar dari mimpi dan atur balik strategi yang lebih baik. Tapi Coach Razip bijak juga. Terus bertahan sampai minit akhir. Kurang-kurang dapat 1 mata.

Aku pasti, next game lawan Kelantan di Kota Bharu, kalau Mr. Devan masih tak sedar-sedar, mau Selangor kena belasah. Huhuhuhu.... tolonglah jangan bagi mimpi ngeri kepada peminat-peminat Selangor.








p/s: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri kita.Apa salahnya mencuba nasih di negeri orang untuk membawa ilmu ke negara sendiri agar batu boleh bertukar menjadi emas kan? Kata nak layak ke Olimpik, kata nak layak ke World Cup. Kenalah berkorban. Peace!

p/s/s: tak pernah serius. bila ada peluang nak buat ujian ke Jepun, ada kelab negeri berat nak lepas. Apa macam ni? Takut kalah ke? Mana lagi penting, negeri ke negara? Peace! Peace!

p/s/s: kalau aku jadi orang tertinggi FAM, aku akan hantar pemain-pemain terbaik Malaysia untuk di uji ke luar negara. Pandang ke depan, bukan dok takuk yang sama je. PEace! peace! peace!

No comments: