Tuesday, August 24, 2010

Layan Middle Eastern Cuisine : Al-Rawsha Restaurant


Jujurnya, makanan Arab is not one of my favourite. Makanan mereka sedap, tapi takde 'kick' since tak ada pedas. Kurang-kurangnya kalau makan Chinese Food pun, aku boleh minta cili potong sebagai perisa tambahan untuk makanan tersebut. Untuk middle east punya masakan, sepanjang yang I tau depa ni banyak guna bahan-bahan yang masam. (correct me if im wrong)

Tapi since aku dah CH ni pencinta makanan, kami tak kisah untuk mencuba. Kami akan mencuba pelbagai jenis makanan dan pergi pelbagai jenis restaurant/gerai. Kalau kami rasa makanan/the place tu tak menarik, kami dah tak datang balik. Tapiiiiiiii... kalau tempat tu memang kena dengan tekak kami, tadaaaaaaaaaa... the place akan menjadi pilihan kami untuk datang sekiranya puan tukang masak ni malas untuk memasak pada hari-hari bekerja.

Sikap cinta pada makanan inilah yang menyebabkan aku dan CH dari hari ke hari merancang untuk ke sebuah restoran Arab di Jalan Ampang. Semangat yang berkobar-kobar ini datang setelah dimaklumkan oleh seorang kawan yang makanan di sana tidak kurang hebatnya.

Bila dah dapat tarikh yang sesuai, maka kami pun meng'google' untuk mendapatkan lokasi yang tepat supaya perjalanan kami lancar.



Restaurant ni terletak di No. 78, Jalan Damai off Jalan Ampang.

Kalau dari simpang 4 (belah kiri bangunan Tabung Haji) ambil simpang kanan menuju ke Jalan Jelatek. Dekat-dekat area Great Eastern Mall, Kedutaan Arab Saudi, Institut Penyelidikan Getah Malaysia. Kena perhatikan lorong-lorong belah kiri. Nampak je Jalan Damai.. turn left. Restaurant ni mengadap satu kelab yang aku pun tak ingat apa nama kelab tu. Tapi ada orang main kriket.



Restoran ini mula dibuka jam 12 tgh hari. Kami sampai dalam jam 11.30. Dah berderet kereta parking tepi tunggu restoran buka. Mula-mula aku ingat kereta-kereta tersebut saja-saja parking sebab nak tengok orang main kriket, but then bila pintu pagar buka je, semua keluar kereta menuju ke restaurant. Gilak! Hahahaha..


Our menu for that day....

Red mint tea - Pot.

Tea merah yang diletakkan daun pudina. Nampak mula-mula macam sikit je. Tapi bila dah minum macam tak habis-habis. Cawan yang disediakan pun kecik je. Feeling tengah makan kat Arab la ni kot. Kami pilih ni to suit our main course iaitu......



LAMB MANDY!!!

Kami order 1 saja. Thanks to my friend sebab dah warning awal-awal yang 1 pun sebenarnya dah cukup banyak. And yes, nasib baik kami tak tamak. Walaupun pada asalnya tujuan order 1 sebab kami nak rasa masakan yang lain.

Dan rasanya??? Nasi dia seriusssss sedap... bila masuk je mulut perggghhhh... terasa betul-betul segala bahan yang digunakan dalam masakan. Minyaknya, marjerinnya.... masih terasa-rasa sampai sekarang. And for the lamb, memang terasa kambingnya. Hahahahaahha.. memangla, takkanlah rasa lembu lak. Untuk lauk-pauknya, kami prefer lauk from briyani mamak or briyani biasa sebab lamb dia kosong tak ada apa-apa kuah. Tapi adalah dia bekalkan 2 cecah. The white one masam-masam sikit which we pun tak sure apa, yang merah tu kalau tak silap tomato. SO, tak ada dal, tak ada kari, tak ada sayur dan tak ada rasa pedas.

Sebagai penutup menu, kami pilih Khashkhash Kebab. Tak sempat ambil gambar sebab leka sangat makan dan melihat menu-menu yang di pilih oleh pelanggan-pelanggan yang lain. Hahahahahaha.. And yes, this kebab is fantastic! Daging banyak dan penat gak nak menghabiskan. Biasalah, makanan-makanan depa ni memang cepat benar mengenyangkan.

At the end of the day, kami pun puas hati dan balik dengan riang-ria sebab perut dah penuh. Kepada mereka yang suka mencuba maybe boleh try untuk ke sini and give your comment.

Untuk kami pula, kami akan kembali lagi ke sini jika berkesempatan untuk merasa menu-menu yang lain pula. :)

No comments: