Aku mengaku, aku adalah peminat cerita dan drama melayu. :p
Selagi cerita tak merapu meraban, memang aku boleh layan.
Drama terkini yang aku layan adalah...... TRILOGI CINTA
Setiap Ahad, Isnin dan Selasa. Jam 10 malam. Jadi, pada waktu itu, TV controller akan automatik diserahkan ke tangan permaisuri ini. Hahahahaha....
Last night, aku rasa kemuncak aku berpihak kepada si isteri. Mulanya, aku kata "Padan Muka Salmi" since si Salmi tu curang dengan suami dia kan. But at the end, isteri tetap isteri. Saat-saat dia sakit, saat-saat dia menerima balasan atas kesilapan dia dulu, si suami dok flirting2 dengan wanita yang konon-konon di anggap 'adik'. Cehh... come on! Lelaki kan? Dok satu rumah lak tu, then masak, jaga anak-anak.. confirm cair punya.
Bila isteri bagi kahwin, konon2 nak tunjuk baik, tunjuk macho kata TAK NAK! Tapi bila orang lain masuk line.. CEMBURU! Cehhhh...!!! Lelaki tetap lelaki lah. Mengaku saja memang ada simpan perasaan kat 'adik' tu. Pegang-pegang tangan depan anak-anak. Uishhh.. takleh terima la macam tu. Apa-apa pun tetap ada batasnya.
Oh, maaf sedikit emosi di sini sejak semenjak menjadi isteri ni :p
Malam ni, episod 18, Si Razif propose si Jie untuk kahwin dengan dia. Nway, aku rasa Salmi yang suruh dan restu kot. (Restu ke? or itu namanya pengorbanan atau sebagai menebus kesilapan lalu?). Tapi hakikatnya, isteri mana yang sanggup berkongsi kasih kan? Harap-harap Si Bad buatlah sesuatu bagi Jie terpikat kat dia.
Wahhh... kemain lagi aku. :p
Walaupun hanya drama, tapi sebab pelakon-pelakon berjaya pegang watak.. aku pun teremosi sama. Tambah lak lagi dengan lagu-lagu yang memang mantap!
Layankan lagu daripada CT dan KD ini....
Sayang ku ingatkan dirimu
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu
Sayang kuingatkan dirimu
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu
2 comments:
same wif me. skrg jadi peminat setia drama melayu esp. trilogi cinta ni.
memang feel2 je bila tgk.
LIKEEEE!!! hehehehehe...
Post a Comment