Hari ni nak feeling jadi pakar motivasi. Mana lah tau boleh ganti Dr. Fadzilah Kamsah. Hahahaha...
Ok, let's start!
Macam biasa, solat dan doa itu sangat-sangat penting ye kawan-kawan. Mohon pada Allah, terangkan hati, tenangkan fikiran, mohon permudahkan menjawab soalan-soalan dan melancarkan segala yang telah di baca dan di pelajari keluar semula untuk di contengkan atas kertas jawapan.
Then, perut tu pastikan jangan terlalu lapar dan jangan terlalu kenyang sewaktu melangkah ke dewan peperiksaan. Kalau lapar memang tak boleh fokus. Kepala otak ni dok fikir, apa nak belasah lepas keluar dewan. Kalau terlalu kenyang pula, silap2 duduk dalam dewan pun tak selesa since perut dah terlalu penuh dan ada yang sampai seluar pun dah selesa sebab kat bahagian perut tu dah sendat sampai terpaksa longgarkan kancing :P
Bila dah masuk dewan pula, bacalah doa penenang hati yang biasa kita baca lepas solat dan sebelum kelas mula.
Then, antara isi yang penting yang aku nak kongsikan pada hari ini ialah... IBU BAPA
call/SMS/jumpalah parents anda. Percayalah, jika kita resah, stress, ada masalah, bila nampak je muka emak, dengar je suara dia, kita akan rasa tenang-setenangnya. Macam hilang sebentar masalah atau rasa selamat sangat.
Ini yang aku selalu buat tiap kali nak exam dan masuk dewan exam. Aku bernasib baik sebab masih tinggal berhampiran dengan my parents. So, biasanya, aku akan ke rumah my parents dan lepak sana kejap sebelum ke tempat exam. Dan 15-30 minit sebelum masuk dewan peperiksaan aku akan call or SMS (biasanya SMS) mak minta doakan aku. Dan sekali lagi aku bernasib baik, sebab since aku ni part timer, exam aku biasanya waktu malam. Lepas maghrib. Jadi, 7.30-7.45 tu biasanya emak masih lagi atas tikar sembahyang. And I know, dalam panjang-panjang doa mak, salah satunya mestilah untuk aku. Sebab tu biasanya aku SMS jek dan aku bersyukur sangat ada emak macam MAK. Everbody claim that they have the greatest mother. SO DO I.
I LOVE U MAK.
So, kawan-kawan, adik-adik, kalau boleh bila nak hadapi exam tu, calling-calling lah parents ye. Minta mereka doakan kejayaan kita. Tapiiiiiii... kalau boleh, call/SMS lah tiap-tiap hari. Lagi best! Lagi bagus!
Dan bagi aku yang dah berkahwin ni, selain daripada mak, CH adalah antara orang penting yang akan aku SMS/call minta doakan kejayaan aku. Kalau suami tak support, susah juga nak sambung belajar ni. Alhamdulillah CH banyak tolak ansur dan faham situasi aku sebagai seorang pekerja, isteri dan pelajar. Jadi aku patut berterima kasih kepada CH kerana banyak tolong dalam hal ehwal rumah waktu aku sibuk dengan exam dan assignments.
Hmmmm... bila keputusan nak keluar ni.
No comments:
Post a Comment