Ada yang kata riuh rendah saudara mara.
Ada yang kata reunion kawan-kawan lama.
Ada yang kata decoration oleh pakar-pakar yang telah dibayar beribu-ribu.
Ada yang kata masa rewang.
Ada yang kata budak-budak rebut-rebut beli aiskrim kat uncle motor.
Ada yang kata sewaktu para jemputan datang menghulur sumbangan dan hadiah.
Ada yang kata baju-baju para jemputan.
Ada yang kata muzik yang di pasang bagi gegar satu bangunan, satu kampung.
Seronok kan kalau ada majlis kahwin ni. Mesti meriah.
Aku kalau ke kenduri-kenduri kahwin kampung @ kenduri yang dibuat di rumah perkara pertama yang akan aku aim adalah makanan (:p) dan DJ & the band. Hahahaha...
Sambil-sambil makan kalau dapat DJ dan band yang best memang layan. Kira macam berkelah tepi pantai sambil pakai baju kurung.Ngehhh...
Setakat ni DJ & the band kenduri kahwin yang aku rasa terbaik adalah di Klang, Melaka dan Seremban.
Klang paling layanlaa sebab ahli-ahli terdiri daripada old timer, siap main lagu hindustan versi unplugged! Hahahaha..
Melaka, DJ memang sempoi + suara sedap. Takde merepek meraban sangat. Penyanyi karaoke pun takde sakit gegendang telinga aku. Siap ada suara macam Arwah Sudir. Cuma part tarik suara tu OUT skit. Oklah tu kan bro!
Seremban, suara penyanyi dia memang best! Layannn je rasa.
Sekian sahaja cerita tentang majlis kahwin.Masa kenduri kahwin aku dulu, cik penyanyi nyanyi lagu permintaan aku. Tiba-tiba aku rasa sungguh gedik. Hahahaha...
No comments:
Post a Comment