Friday, October 15, 2010

Proton INSPIRA



pic from google

PROTON INSPIRA


Akhirnya, model terkini proton telah ditayangkan sedikit untuk tatapan umum. Tidak sepenuhnya, tapi nampaklah bentuk muka depan macam mana.

Produk gantian untuk model WAJA. Tapi aku nampak (sebab belum ditunjukkan sepenuhnya) bentuk depan semacam model WIRA sikit. Mungkin sebab muka depan yang lebih nipis berbanding WAJA.

Menggunakan kembali enjin Mitsubishi Lancer membuatkan aku gembira. Tapi bila dengar harganya dalam julat 79 - 94k?Perghhhh.. gilo ape!

Dalam julat tu ada saingan Vios dan City. Macam mana mahu saing. Serius babe aku bengang sebab mahal laa..

Tapi selepas dengar semula dan baca....... ohhh... 1.8 liter engine rupanya. Termalu sekejap. Yela.. WAJA dulukan 1.6 kan. Terbawa-bawa.

Boleh tahan gak dan aku boleh katakan termurah bagi 1.8 - 2.0 punya liter engine.

Jadi, apa lagi.. pergilah intai-intai bilik tayangan (showroom) di mana-mana cawangan proton sekarang. Jika anda malu-malu, bolehlah email aku untuk aku bawakan/perkenalkan orang yang boleh anda percayai sebagai agen penjual kereta proton. Terbaik dari PUCHONG!

No comments: