Saturday, October 9, 2010

Part 1: Sambung belajar : Master/PhD @ UKM


Nota: Bulan 10 adalah bulan Bahasa Kebangsaan, maka dengan itu, dengan rasminya sepanjang bulan Oktober ini aku akan menggunakan Bahasa Malaysia SEPENUHNYA.


Penulisan kali ini aku tujukan kepada kawan-kawan yang sering menelefon, SMS dan email bertanyakan kepada aku tentang bagaimana untuk sambung belajar di UKM.
Sebagai permulaan, aku kena tekankan bahawa, skop pengetahuan aku khusus kepada FSSK – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Jadi kepada sesiapa yang mahukan informasi tentang fakulti-fakulti lain bolehlah email kepada aku dan aku akan tolong dapatkan informasi untuk anda.


Baiklah, kita mulakan.
Sebenarnya, untuk Master/PhD di UKM ni boleh dibahagikan kepada 3 pengurusan:
  1. Pusat Pengurusan Siswazah (paling besar dan utama)


    Di bawah Pusat Pengurusan Siswazah, kursus-kursus yang ditawarkan lebih banyak dan lebih luas. Ini kerana, PPS merupakan pusat yang utama (induk) bagi pelajar-pelajar siswazah. Menawarkan pengajian dalam bentuk sepenuh masa dan separuh masa, bergantung kepada Fakulti.Sepenuhnya di bawah UKM.


    http://www.ukm.my/pps


     
  2. Graduate School of Business (hanya melibatkan bidang perniagaan dan pengurusan)


    Seperti namanya, sekolah ini khas untuk MBA, DBA dan PhD. Menawarkan pengajian dalam bentuk sepenuh masa, separuh masa dan hujung minggu.


    http://gsb.ukm.my


     
  3. Pusat Kembangan Pendidikan (khas untuk pengajian secara eksekutif – kelas malam/petang dan hujung minggu)


    Jika anda mahu belajar sambil bekerja, disinilah tempat yang perlu dituju. Terdapat 4 mod pengajian iaitu :


    1. Eksekutif (kelas malam – kelas di Kuala Lumpur; Kelas hujung minggu – kelas di Bangi)
    2. PBJJ/ Berterusan @ jarak jauh.
    3. Antarabangsa
    4. Khas
    Namun, kursus yang ditawarkan tidak seluas seperti yang ditawarkan oleh PPS. Yuran yang dikenakan lebih mahal berbanding yang dikenakan kepada pelajar di bawah PPS.
    http://www.ukm.my/kembangan


Harap dengan pengenalan dan pendahuluan ini, kawan-kawan boleh faham struktur pengajian yang ditawarkan di UKM serba sedikit. Jika ada yang tak faham, bolehlah email di pinkblack25@gmail.com.


Untuk part 2 aku akan ceritakan lebih lanjut tentang pengajian di FSSK.

No comments: