Friday, October 15, 2010

Part 4: Sambung belajar : Master/PhD @ UKM

Berbalik kepada informasi tentang sambung belajar di UKM.

Tak banyak untuk kali ini. Tapi yang pentinggg...

Pengambilan bagi semua program di FSSK adalah 2 kali setahun KECUALI bagi program

1. Sarjana Sains Sosial (Psikologi Kaunseling)

2. Sarjana Sains Sosial (Pembangunan Manusia)

3. Sarjana Sastera (Psikologi Industri dan Organisasi)

yang hanya ditawarkan 1 tahun sekali iaitu pada pengambilan kemasukan Julai.

Dan dukaci
ta dimaklumkan, untuk semua kemasukan sarjana secara kerja kursus pengambilan hanya untuk pelajar-pelajar IPTA sahaja.


---------------------------------------------------------------------------------------

Bagi yang berminat untuk mengikuti pengajian secara penyelidikan...

proposal harus disertakan bersama dengan borang permohonan bagi memastikan perlantikan penyelia yang sesuai jika anda diterima sebagai pelajar.

Ramai yang tanya, proposal kena tebal ke?

Tidak semestinya. Jika anda hantar seringkas yang mungkin pun boleh, asalkan jelas bentuk penyelidikan atau tajuk penyelidikan yang anda akan lakukan sepanjang pengajian untuk disesuaikan dengan pensyarah yang bakal menjadi penyelia anda nanti.

Program Sarjana Falsafah (Master of Philosophy) ni jangka masa pengajian lebih lama dan syarat untuk memasukinya juga lebih ketat.

Calon mestilah mendapat CGPA yang baik. Kalau tak silap tak kurang daripada 3.5 @ 3.70 (Kelas pertama).

Jangkamasa pengajian yang lebih lama.

Tidak perlu hadir ke kelas KECUALI bagi 2 kursus yang mula diwajibkan mula Semester 1 Sesi 2009/2010. Iaitu kursus Penulisan Akademik dan Metodologi Penyelidikan.

Perlu mengadakan pembentangan dan penerbitan.

Dan tertakluk dengan syarat-syarat dalam proses penghantaran tesis untuk pemeriksaan.

Semua ini akan saya ceritakan dalam bahagian yang seterusnya.

Hari ni aku tak sihat sangat, jadi kepala ting tong sikit. Nak cerita banyak agak malas. Jadi, tunggu ye................

No comments: