No.. Not Me...Tomboy dulu2 je.Sekarang dah jadi wanita ayu. :p
Ok. Back to business. Book Review. 3 buah buku. Novel melayu.Thanks to Ms. L sebab semua buku ihsan dari beliau (pinjam). Hehehehe...
1. Bini Aku Tomboy Ke? - arisa eriza.
Sejujurnya, aku tak minat sangat penggayaan penulisan penulis. Terlalu sempoi bagi sebuah novel. Penulisan gaya sebuah blog. Even, karya-karya selamba zaman novel ahadiat dulu pun tak sesempoi ini. Maaflah kalau ada sesiapa yang terasa tapi aku rasa penulisannya terlalu kasar. Aku baca lompat-lompat just nak tahu jalan cerita sikit-sikit dan penghabisan cerita. Mungkin penulis boleh memperbaiki gaya penulisan dan bahasa untuk karya akan datang. Dari 5 bintang aku boleh bagi 2 sahaja. 1 bintang untuk usaha beliau untuk berkarya dan 1 bintang untuk twist di akhir cerita.
2. Prince Charming. - Ratu Bulan
3/5 bintang. Cerita mendatar tapi ada misteri bila penulis wujudkan watak Nazrin dan Nazrul. Rasa macam baca buku psikologi. Terus aku terbayangkan cerita-cerita hollywood. Cerita remaja dan zaman persekolahan. Aku ambil masa 1 hari untuk baca sebab baca lompat-lompat. Since cerita ni mendatar, aku baca pun macam tu jelaa... takde apa yang menyentuh perasaan yang boleh aku buat senyum ke, gelak ke... just macam tu je. 3 bintang sebab aku rasa gaya penulisan penulis better dari arisa eriza.
3. AD + IZ. eury athena
This is the best among 3. Aku ambil masa 3 hari untuk habiskan. Aku betul-betul hayati watak dalam novel ad+iz. Ad seorang gadis malang or should i say lucky (at the end) bila kebahagiaan yang dikecapi perlu menghadapi rintangan dan halangan yang bermacam-macam. Watak Iz yang ala-ala bear pada mulanya tapi dek kerana kesilapan yang tidak di sengajakan telah mempertemukan Iz dengan wanita yang terbaik untuknya. Penulisan kena dengan aku. Gaya bahasa yang menarik yang membolehkan aku masuk sama dalam cerita. Aku boleh tergelak, tersenyum dan boleh terasa sedih Ad. Aku masih boleh ingat lagi jalan cerita itu sehingga kini. Ad yang rindukan Iz sampai cium bau baju Iz. Iz yang ajak Ad berkelah di padang malam-malam buta. Iz yang kena paksa download lagu-lagu Melayu untuk Ad. Ad yang kena sambung belajar sebab Iz. Iz yang kena kuruskan badan akibat perjanjian dengan Ad. Iskkk... cerita ni memang best. And im gonna read it again.. and again.. and again. :D Dari 5 bintang, aku bagi 4. Aku sukaaaaaaaaaa...
Jadi, inilah 3 buah buku yang menjadi bacaan aku dalam 2 minggu lepas. Ada 2 buah lagi yang perlu dihabiskan sebelum di pulangkan kepada pemilik sebenar. Review ini hanyalah mengikut pandangan aku sebagai pembaca. Lain orang lain pandangannya kan? So,smileeeeeeeeee.....
1 comment:
Setuju dengan review anda... seronok juga baca "Bini Aku TOMBOY ke?" tapi tak akan baca buat kali kedua melainkan teramat bosan. Ad+Iz, nangis masa baca.
Post a Comment