Akhirnya, dengan memandu kereta turbo berkuasa 1.3, kami berjaya juga menjejakkan kaki ke pantai timur. Wuhuuuuu....!!! Dan paling penting dapat membuat suprise
Mulanya hanya mahu ke tempat kebiasaan. Namun bila hotel yang biasa dikunjungi memberitahu yang semua bilik pada minggu itu sudah penuh, kami beralih ke plan B. Kelebihannya, jauh sikit berjalan, kekurangannya.. tak dapat mandi laut!! Huhuhu.. siapa yang berani nak mandi kat pantai timur punya laut wooo. Tak nak ambil risiko.
Jadi, dengan perasaan yang sangat gembira sebab dapat jalan jauh, aku pun membuat tempahan di salah sebuah hotel di area Berserah-Kuantan. Guna gomen rate dapat murah sikit.
Perjalanan kami bermula jam 9.00 pagi dan sampai di area hotel jam 1.00 petang. 4 jam memandu kereta turbo kesayangan hamba. Berhenti hanya di 1 tempat sahaja. Tetapi memandangkan kereta kesayangan hamba ini sangat hebat terutama sekali apabila mendaki bukit, maka perjalanan kami berjalan dengan penuh "berhemah". Namun, bagus juga sebab kami bejaya mengelakkan diri daripada dikenakan saman. Senyum simpul je pandang atok-atok polis menahan kereta-kereta hebat. Oh ya, aku kini lebih berhati-hati dengan tanda had laju. Serik selepas terkena 4 saman ekor di KL. Cish.. abis duit sia-sia jek.
1 malam sahaja, maka kami menggunakan kesempatan ini untuk ronda bandar Kuantan sebelum menerjah rumah adik dan seterusnya membuat lawatan sambil belajar ke MESRA MALL KERTEH kebanggaan adik ku :p dannnnnnnnnn..... celebrate birthday my niece ANIS yang comel yang berusia 1 tahun! yeaaaaa.... walaupun dia tak tau apa-apa selain membuat muka-muka comelnya, tapi jadilahkan. Nanti Anis dah besar nak tunjuk gambar yang betapa Cikngah ngan CikLi celebrate birthday 1st year dia. Maybe boleh claim nanti. Hahahahaha... Kami celebrate dengan makan-makan di Pizza Hut dan sebiji kek yang besar untuk kami makan. Chocolate Indulgence. Nyummmmmmmmmmm...
Oh ya, boleh claim ngan Sarah dTaiko sekali sebab nama dia pun ada dekat kek tu. Hahahaha.. Serius kedekut.
They are so cute, arent they? :D
Kakak sungguh2 tiup lilin 2+1
Apapun, percutian yang singkat tapi sangat menggembirakan. Thanks CH sebab sudi bawa pergi jalan-jalan dan menghilangkan kebosanan dan ke"stress"an hidup di kota Kuala Lumpur buat sementara waktu. IM HAPPY. :) tambah lagi bila jumpa my lil sister and dua orang budak comel tu. :)
Sebelum pulang, sempat paling ke Hai Peng dulu. Kena jejak gak ni. Asyik tengok gambar adik n family jek. Layan roti dan kopi sebelum kembali ke kesesakan dan kesibukan kota Kuala Lumpur. Eh, berapa kali ulang tulis tentang kesesakan dan kesibukan ni? Nampak sangat memang dah stress dengan KL.
Fuh... habis juga entry tentang holiday. Dah lama terperuk di draft. Update sikit2. :D
No comments:
Post a Comment