Tuesday, July 27, 2010

Pergilah Air Mata


Rasa mahu jiwang sebentar. Layan perasaan. Hahahaha..

Tidaklah.

Tapi novel ini memang telah menarik perhatian aku sejak beberapa bulan yang lalu.

Akhirnya telah berjaya untuk memiliki sewaktu keluar lunch bersama seorang rakan baik.

Aku bukanlah seorang pembaca yang tegar. Cuma sesekali mahu melarikan diri dari bacaan-bacaan akademik.

Pertama kali aku pegang novel ni rasa terkejut juga. 858 m/s??? Buku yang terakhir dengan 400++ m/s pun aku ambil masa 3 hari, inikan pula buku setebal ini.

Tapi, disebabkan dah lama sangat aku teringin nak memilikinya, aku nekad untuk membelinya. Lantaklah berapa lama aku nak baca.. kurang-kurangnya aku dah beli.

Aku beli hari Jumaat during lunch, aku start baca Jumaat malam last 2 weeks and tanpa di sangka aku berjaya menghabiskannya pada hari Sabtu malam next day.

Separuh dari bacaan aku habiskan di pejabat CH pada hari Sabtu. (Kes kena temankan CH di ofis..)

Percayalah, once bila dah pegang je buku ni, memang susah nak lepas. Kita nak tau apa yang akan berlaku seterusnya. Sampai dah habis baca pun rasa macam tak puas je.

And yes.. untuk aku berbaloi untuk memiliki buku ini. Bahasa dan jalan cerita yang mudah tapi sangat-sangat ketagih bila sudah mula membaca.



2 comments:

Cammy said...

belum habis lagi baca. Rasanya baru sampai mukasurat 10... hehehe.

Nur_MW said...

lorr... selalunya ko yang laju. hahahahahaha...