Sunday, July 18, 2010

Kenangan Zaman Sekolah


"As we go on we remember all the times we had together"

Tak sangka sudah hampir 13 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan and still bila berjumpa kawan-kawan sekolah we will still talk about how much we miss our school days. Walaupun masa tu hanya beberapa kerat saja yang tau untuk mengenakan 'make-up' di muka, selebihnya hanya selesa untuk membiarkan muka tidak berlapis bedak. Hal jerawat di muka tak perlu cakaplah. Stress. Merungut-rungut bila jerawat tumbuh di muka. Bagi yang tiada masalah jerawat, tak masuk campur. Atau menjadi idola utama. *senyum kelat*. Muka berkilat dan gelap bagi yang aktif bersukan. Baju kurung dah t-shirt kebanyakkannya bersaiz L,M atau S sahaja. Jarang lihat yang bersaiz XL. Maklumlah, anak-anak remaja riang yang aktif. Seronok sungguh.

Tiada masalah.*ok tipu*.

Masalah bf, kawan, midterm, final exam and HOMEWORK!! :D yes, homework. being me, aku antara pelajar yang malas untuk membuat homework. Tapi, terima kasih kepada parents aku yang hantar ke sekolah awal-awal pagi, jadi memudahkan aku melakukan aktiviti meniru pelajar-pelajar rajin. Hahahaahaha.. Terbayang muka-muka rakan aku yang banyak berjasa kepada aku. *senyum*. Jujurnya, aku bukan antara pelajar yang baik walaupun berada dalam kelas yang terbaik. Bila fikir-fikir balik aku tak tau macam mana aku boleh lepas semua itu.*senyum lagi*

HHmm... rindu sangat dengan zaman itu. Zaman kegemilangan. :) :) :)

Tak perlu fikir nak bayar hutang sana-sini. Tanggungjawab tidak sebesar ini. We really enjoy ourlife.
Girls ROCK!!!

Lepas sekolah, masing-masing membawa haluan sendiri. Terima kasih kerana teknologi yang membolehkan kami terus berhubung. Aku percaya semua kawan-kawan aku telah berjaya dalam kehidupan masing-masing dengan cara yang mereka pilih.

Ada yang dulunya selebet tak ingat, but now dah jadi model/selebriti/someone yang sangat bergaya.

Ada yang dulunya kurus, slim, but now dah jadi XL, XXL. *hahaha.. gelak diri sendiri*

Ada yang dulunya tidak berada dalam kelas yang pertama, but now berjaya meletakkan diri di tempat yang tinggi.

Ada yang dululanya pendiam, tidak ku sangka menjadi pendebat yang baik.

Ada yang dulunya macam samar-samar kehidupannya, but now.. WOW!

Ada yang dulunya sangat-sangat akademik dan serius gila, but now sudah lebih fleksibel and menikmati hidup sepenuhnya.

Masing-masing dengan cara yang tersendiri. Berkeluarga ataupun masih sendiri.

Seronok, seronok bila sekali sekala mengenangkan zaman persekolahan. Apa-apa pun pilihan mereka aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan-kawan. Kita pernah lalui zaman remaja bersama dan aku percaya kita dah menikmati zaman itu sepenuhnya. Kini, kita sedang menikmati zaman dewasa kita bersama kawan-kawan lama dan kawan-kawan yang baru kita jumpa sepanjang 13 tahun ni. Rindu kamu semua... :) :) :)

No comments: