Friday, May 21, 2010

Tuduh Menuduh


Episod tuduh menuduh sudah bermula.

Oh, bukan. Post Mortem.

Piala Thomas.

Mereka kata wartawan salah.

Dia kata player salah.

Semua kata BAM SALAH.

Aku kata, BAM SALAH.

2 tahun, 4 tahun.. tiada pengisian. Eh... ada! ada!

Kem motivasi 1 minggu sebelum Piala Thomas. Hasilnya? 2 pemain cedera. :)

Tahniah kepada pemain wanita sebab sekurang-kurangnya lepas ke suku akhir.

Piala Thomas dari awal dijangka sekurang-kurangnya ke FINAL.

Tapi sampai separuh akhir, sangat mengecewakan.

Peringkat kumpulan tewas kepada Jepun. 3-2.

Dah nampak kepincangan.

Peringkat suku akhir. Menang lawan Denmark. Bernasib baik sebab pemain perseorangan ke3 mereka tidak mencapai tahap piawaian (ini pendapat aku).

Separuh akhir. Lawan China. Kena realistik.

Tengok dalam top 10 world ranking. Berapa orang pemain China dan berapa orang pemain Malaysia.

Pemain China jarang bermain di peringkat dunia bagi tahun 2010 dan hujung 2009 tapi tetap boleh kekal dalam top 10. Kenapa?

Pemain Malaysia, satu-satunya sandaran. Dato' LCW.

Itu silapnya. Piala Thomas permainan berkumpulan bukan individu.

Jika BAM betul-betul berusaha untuk menjuarai Piala Thomas 2 tahun akan datang, cari satu pasukan pemain yang mantap.

Pemain-pemain muda sudah mula diserapkan atau di dedahkan dengan pertandingan peringkat tinggi.

DISPLIN. Sangat-sangat penting. Boleh tengok contoh pada Dato' Nicole D.


" nak sampai tahap begini, banyak pengorbanan yang telah saya lakukan. Pengorbanan zaman muda, kawan-kawan"

Tapi, hasilnya? kita semua tahu tahap yang beliau telah capai. Sukan dan ilmu jika digabungkan memang boleh melahirkan sesuatu yang sangat menakjubkan.

Tidak mustahil boleh berjaya jika BAM dan pemain-pemain bersungguh-sungguh.

Pemain juga perlu punyai semangat. Tanya pada Dato' LCW.

Naik turun beliau sebelum berjaya seperti sekarang.

Komitmen yang beliau telah lakukan.

Tapi bagi pendapat aku, lagi best kalau DLCW dapat tumpaskan Lin Dan sebelum beliau umumkan persaraan.

Episod lepas jadikan pengajaran.

Mula langkah baru. Fikirkan untuk jangka masa panjang. Lahirkan lebih ramai pemain.

Jangan hanya fokus kepada beberapa orang.

Anak-anak muda ramai yang menunggu peluang.

lebarkan pintu dan ruang agar lebih ramai yang boleh di muatkan.

Anak muda, semangatnya lebih tinggi untuk menonjolkan diri.. membuktikan kemampuan mereka.

Biarkan mereka menari bebas di gelanggang.

Biarkan mereka menari mencari rentak yang sesuai.

Bila mereka sudah pandai mencari rentak, selesa di gelanggang-gelanggang, aku pasti tidak mustahil jika di dalam top 10 world ranking.. nama-nama dari Malaysia teletak megah di situ.

Masa itu, kata lah apa yang di mahu.

Piala Thomas. Olimpik. All England. World Champ.

Senaraikan saje. Pastinya bendera Malaysia hanya menanti untuk dikibarkan.

Tidak mustahil, kerana China sudah membuktikan.


DAN yang penting kurangkan BERPOLITIK.

Mungkin 2012 boleh jadi tahun Malaysia. Cukup 20 tahun.

Aku akan terus memberikan sokongan jika langkah yang baru menampakkan satu harapan.

Jika terus mundur... (rasa tak sampai hati nak teruskan)

Tepuk dada tanya lah hati... kalau tanya selera, makan besar pulak. Perut kenyang jadi malas.

1 comment:

Alke said...

ya, saya setuju, BAM yg salah. Patut diorangyg buat post mortem. Beberapa bulan sebelum Thomas CUp, kecoh pasal :
1.Singkir orang
2.Tiada promotion
3. Tak guna kelebihan sbg tuan rumah (baik bagi bapak je jadi Presiden BAM, lagi terer, go bapak!!!)