Tuesday, May 25, 2010
Top Gun
by
Nur_MW
"Nak jadi Pilot? Apsal nak terbang tinggi-tinggi"
"Best cikgu! dapat terbang tinggi-tinggi. Uniform smart, pakai cermin mata hitam.. hehehehe"
Lawak lak bila ingat perbualan dengan cikgu BM masa sekolah dulu.
Ya, dulu aku teringin sangat nak jadi pilot. Teringin ya amat kerana aku terpengaruh dengan cerita TOP GUN ( ye... sila gelak).
Im not a fan of cruise... tapi dalam cerita ni, aku sukaaaaa sangat dengan iceman! Hahahahaha..
Pakai uniform yang bagi aku sangat cantik.
Cermin mata hitam.
Dapat lihat pemandangan dari atas (note: aku jenis yang gayat).
Aku suka segala-galanya berkaitan kerjaya sebagai seorang juruterbang. Fokus kepada juruterbang pesawat tentera.
Aku selalu berangan aku bawa pesawat pejuang tunggang terbalik (macam cerita top gun). Tapi paling best kalau aku dapat bawa kapal terbang pejuang untuk tujuan acrobatic macam pameran LIMA di Langkawi.
Hahaha.. tinggi sungguh cita-cita aku.
But, those were the days. Sekarang aku masih lagi memijak tanah di bumi.
Terbang tinggi hanya menggunakan kapal terbang Air Asia atau MAS sebagai penumpang. Hihihi...
Tapi sampai sekarang jika ada pesawat pejuang melintas di udara.. perghhhh... meremang bulu roma beb!
Mungkin semangat itu masih ada dalam diri.
Macam pagi tadi, ada 2 buat pesawat terbang rendah di kawasan lebuhraya Sg. Besi, melintas atas kereta aku.
Terus meremang bulu roma.
Mata aku curi-curi manja melihat 2 buah pesawat tersebut. Cantik... sangat cantik! Menjerit sebab excited dapat tengok kapal terbang pesawat tentera.
Terus teringat kembali aku pernah punya cita-cita untuk terbang tinggi di udara.
Jangan tak percaya, aku pernah menghantar surat tentang impian aku itu kepada ibu dan bapa aku.
Tak pasti di mana surat itu skarang. Tak pasti sama ada emak masih ingat lagi surat kelakar aku tu.
Semuanya ketika aku mengikuti kursus motivasi masa zaman sekolah dulu.
Semua peserta di minta menulis apa sahaja yang di impikan. Tentang kedua ibu bapa dan semangat untuk mencapai cita-cita tersebut.
Tak sangka pula surat-surat kami telah diposkan ke rumah. Hahahahahaha.. lawak sangat!
Tapi sweet apa... :)
Itu lah kenangan aku bersama impian aku untuk menjadi seorang juruterang. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment