Tuesday, May 25, 2010

Nak Cakap Gak... :p


Tertarik dengan kenyataan oleh orang kuat BAM.

"Pemain senior 80% menunjukkan semangat untuk menang berbanding pemain muda yang hanya 50% semangat untuk menang" (kemudian di kukuhkan lagi dengan kononnya jurulatih pun berpendapat begitu)

Ini dipetik dari berita yang aku tonton dalam minggu lepas.

Ayat di atas ni pun aku dah nampak kepincangannya.

Aku tak pasti sama ada pendengar atau peminat-peminat lain boleh menerima kenyataan tersebut.

Bagi pendapat aku, biasanya orang-orang muda lebih punya semangat untuk membuktikan kemampuan mereka.

Berbanding dengan pemain-pemain lama, pemain baru pasti mahu melonjakkan nama mereka di peringkat dunia, jika benar-benar mereka cintakan permainan ini.

Ini adat di dunia, di mana-mana sahaja.

Contohnya di tempat kerja.

Jika kita baru bekerja, pasti kita akan memberikan 110% diri dan tenaga kita untuk memastikan kita mendapat tempat, nama dan seterusnya layak untuk mendapat pengesahan jawatan.

Bila sudah sah, baru macam ada kelonggaran di situ. Baru pandai nak cilok sana, cilok sini.

Tapi masih lagi akan cuba mengekalkan reputasi bagi memastikan akan terus dikekalkan.

Begitu juga dalam bidang sukan.

Pemain-pemain muda, cuba tanya mereka. Apa yang mereka mahukan.

Pastinya tumpuan dan peluang.

Tumpuan untuk mendapat latihan yang lebih agar mendapat peluang untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

Bukan sekadar Super Series.

Bagi mereka peluang ke peringkat antarabangsa. Dedahkan mereka dengan perlawanan peringkat antarabangsa bersama pemain-pemain senior.

Aku yakin, ini yang mereka mahukan. Bukan hanya latihan tiap-tiap hari, tiap-tiap minggu tanpa arah tuju.

Kalau aku pun mesti bosan.

Ini namanya pelaburan.

Duit dalam persatuan gunakan untuk pemain-pemain. Pasti hasilnya membanggakan.

Dan pemain-pemain muda, bila sudah diberi peluang, gunakan sebaik mungkin.

Fokus. Fokus. Fokus. Bukan sekadar untuk glamour. Tapi untuk maruah negara.

Nak tengok bendara dan nama Malaysia berkibar di setiap perlawanan.

Jika BAM boleh mendengar dan menerima pendapat orang ramai, pastinya Tahun 2012 kita boleh membawa pulang Piala Thomas.

Seperti yang pernah aku katakan dalam entry sebelum ini, bukan sekadar Piala Thomas, tapi All England, Olimpik, World No. 1, World Champ semua Malaysia boleh rembat.

Tapi, untuk mencapai tahap itu, kena berani memulakan langkah.

Bagi peluang kepada pemain muda yang benar-benar mahu bermain, dan pemain senior terus ditiupkan semangat untuk terus menaikkan nama Malaysia dalam sukan badminton ini.

1 comment:

MamaFaMi said...

Ada kebenarannya apa yang Hider tulis ni. Kalau pemain muda ambil sambil lewa, surely mereka takkan ke mana, ye tak?