Kereta antara antara harta yang paling aku sayang sebab aku dan CH suka merayau sana sini.
Jadi selain sayang, perkataan yang paling dekat adalah, antara harta yang PENTING untuk aku dan CH. :p
Sampai masa untuk servis, aku akan hantar untuk diservis.
Lebih baik jika kita ada 1 bengkel yang betul-betul kita percaya dan kita puas hati dengan hasil kerja dia orang.
Biasanya setiap 5,000km @ 4 bulan penggunaan memang dah kena serviskan?
Dan kalau kita dah biasa dengan bengkel yang sama, dia orang biasanya akan bagitau untuk servis seterusnya apa yang akan dibuat. Absorber ke... tayar ke.. auto fluid ke...
Jadi, sebenarnya kita boleh bajet untuk simpan duit bagi servis yang seterusya.
Bagi aku lebih baik kita habiskan duit untuk servis bila sampai masa ... dari servis bila kereta kita dah teruk.
Lagi banyak belanjanya. Betul tak?
Hampir 5 tahun aku guna kereta sekarang, Alhamdulillah, semuanya selesa dan kalau aku terlepas pun mungkin dalam jarak 200-300 km kot.
Jadi, sayangilah kereta anda kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda dan duit anda :p.
Hehehehehehe...
Hehehehehehe...
Oh ya... esok kan ada festival of lights (walaupun aku berharap biarlah hari kerja..:p) Jadi aku juga nak ucapkan
HAPPY DEEPAVALI!!!
kepada semua yang menyambutnya :)
2 comments:
saya juga begitu. amat mementingkan kereta. time kena servis... wajib hantar.
peggy : yea... untuk kita juga kan? :)
Post a Comment