:) :) :)
Atas permintaan, aku ada uploadkan gambar2 telekung dijual.
Telekung ni di buat oleh makcik aku sendiri dan kain yang digunakan adalah kain cotton.
Telekung ni 100% berwarna putih dan dicantikkan lagi dengan renda2.
Harga berbeza berdasarkan kepada renda2nya ye.
Ada saiz S,L dan XL.
Bagi aku yang menggunakan saiz L, lilit muka adalah 10 1/4 inch ukurannya.
Berdasarkan pada ketingian aku yang dalam lingkungan 158-160cm dengan muka yg agak2 chubby, saiz L sangat sesuai la.
Saiz S adalah untuk mereka yang lebih kecil atau anak2 dan XL untuk mereka yang tinggi la.
Keluarga aku memang guna telekung ni atas sebab2:
1. dah tentulah sebab makcik aku yang buatkan.. :p :p :p
2. Kainnya tidak tebal dan tidak nipis (takdelah rasa was2 jika kain terlalu nipis kan? atau panas kalau kainnya tebal)
3. selesa la sebab kalau sembahyang di surau or masjid, memandangkan kainnya 100% putih aku harap2 takdelah orang yang sembahyang belakang aku yang tidak kusyuk sembahyang sebab asyik tengok telekung aku kalau telekung aku ada corak-corak bunga dan warna warni.. hehehehehehe.. aku selalu buat ni!!! Allah... teruk betul aku ni...
4. dah tentu sebab ia adalah buatan tempatan dan dijahit di kawasan yang Insyallah di diami oleh orang-orang yang kuat agamanya.
Sekian, terima kasih. :) :) :)
Jadi, sesiapa yang ingin membelinya dan untuk maklumat lanjut..
bolehlah menghubungi aku melalui email pinkblack25@gmail.com
Kalau anda tinggal di sekitar kajang atau berhampirannya dengan nya, mungkin penghantaran secara terus boleh dilakukan.
Haaaa... tgh2 musim haji ni sesuai jugalah kalau nak hadiahkan kepada kaum keluarga ataukenalan kan? ;)
Alas Sejadah
RM 20
Telekung
RM 85
RM90
No comments:
Post a Comment