Monday, October 24, 2011

Misi 33 Selangor #4 dan ...

Isnin yang sangat tidak menyeronokkan.

1. Misi 33 Selangor berkecai.

2. Man U kena belasah KAW KAW

3. Chong Wei tewas.. sekali lagi kepada Cheng Long


Selangor tewas kepada pasukan yang lebih baik, memang tidak boleh dinafikan. Tapi, apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada P. Maniam kerana berjaya membawa Selangor ke separuh akhir, sekurang-kurangnya.  Satu kelemahan yang sangat ketara, pemain Selangor tak kejar bola, semua tunggu bola. Tak sempat bola sampai, pemain lawan dah kebas. Belajarlah kejar bola weiiiii... Kecewa memang kecewa, tapi Terengganu main memang cantik. Pemain yang boleh jaringkan gol pun ramai dan gol dari Ashari memang terbaik la. Rajagopal patut pertimbangkan semula untuk ambil Ashari ni. Percayalah, dia akan menyumbang dalam waktu-waktu yang diperlukan.

Terasa jugalah bila Amri takda. Dah masuk separuh masa kedua baru P. Maniam berani masukkan Amri. Amri lak masa nilah tercedera. Memang takde rezeki Selangor. 1 gol daripada Shafiq Rahim dapat gaklah mengubat luka. Tahun 2011 tahun "tangan kosong" Selangor. Tahun depan cuba lagi. Kepada pengurusan Selangor, carilah penyerang yang betul-betul penyerang.

Akhir nanti Terengganu vs Negeri Sembilan. Kalau ikutkan tahap kemantapan memang nampak Terengganu akan pegang Piala Malaysia. Tapi bola itu bulat. Apa-apa boleh terjadi dalam perlawanan akhir. Negeri Sembilan walaupun ramai pemain yang "berusia" namun mereka ada juga pemain-pemain muda yang berpengalaman dan bagus. Gandingan pemain muda dan berusia. Kalau Terengganu silap strategi atau over confident, N9 boleh menang. Bila dah pengalaman ni, dia orang lebih cool dan cari kesempatan yang terbaik untuk boloskan gol Terengganu.

Jadi, jumpa lagi di depan TV pada 29 Oktober 2011, Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan.

No comments: