Tuesday, August 2, 2011

Hari Pertama di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, hari pertama puasa dengan baby dalam perut berjalan lancar. Takdelah bertenanga sangat, tapi takdelah letih sangat sampai takleh bangun.

Aku cuba elak buat kerja yang heavy. Orang kata one at the time. Takde rush macam biasa. Lebih relax. Kalau penat, duduk/rehat je. Kena control sebab masa sahur tak lalu sangat. Cuma minum milo yang dicampur oat + kurma. So, kena pandai agak-agak dengan kekuatan badan.

Cuma si kecik ni dok sibuk menendang-nendang, maybe pelik emak dia yang kuat makan ni tiba-tiba tak bagi nutrisi kat dia semalam. Hihihi.. But, I've told him/her that "emak puasa hari ni, so sabar ye sayang, buka nanti mak cari makanan for you".

So, buka semalam, melantak air soya, tahu sumbat, roti jala dan air suam bergelas-gelas. Kesannya, takde aksi-aksi akrobatik di waktu malam oleh si kecik dalam perut ni. Alhamdulillah went well. Allah itu Maha Besar.

Kalau hari-hari biasa, perut tak leh kosong lama sangat. Mau aku rasa tak sedap badan. Kena cepat-cepat cari sumber makanan. Tapi inilah yang dikatakan keberkatan bulan Ramadhan kan?

My gynae bagitau yang if you tak larat, it's ok, you boleh buka puasa. Jangan mudaratkan diri and baby. Aku akan try setakat yang mampu. Kalau rasa takde apa, go on je lah. Kalau rasa dah lembik sangat, terpaksalah buka kan?

Jadi, hari ni hari kedua. Harap-harap semuanya berjalan lancar. :)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN SEMUA. :) :) :)

2 comments:

ain said...

good la baby... mcm cik su ;)

Nur_MW said...

Yo lah tu... :p