Thursday, April 7, 2011

Check Your Passport....


Dah tiba masa renew passport!!!! Tengah-tengah free ni baik buat sebelum kembali sibuk.

Jadi dengan hati riang gumbira, maka aku pun mengajak CH untuk temankan aku renew passport. Motif ajak CH? Saja mengada-ngada. Muahahahahaha...

Aku ingatkan pejabar Imegresen masih lagi di Metro Plaza Kajang, rupanya dah pindah di Hentian Kajang. Punyalah ketinggalan zaman. 

Maka, pagi-pagi lagi dengan semangat yang membara, kami pun keluar rumah jam 8 pagi. Kes nak elak ramai orang.

Sampai-sampai, blur kejap. First time parking di rooftop di Hentian Kajang. Siap silap lif lagi. Ambil lif yang serius scary! Macam lif tak siap. Sepatutnya, siapa yang parking di rooftop, sila ambil lif di tengah-tengah ye! Lif belah tepi tu kalau nak guna gak, sila turun tingkat 2 dan menapak sikit untuk masuk bangunan hentian. Then naik escalator naik tingkat 3. Sangat membuang masa. Jadi, diingatkan kembali... guna LIF TENGAH.

Pejabat Imegresen ni sebelah saja dengan LHDN. 



Masuk-masuk, blur lagi... first thing first, pergi kaunter 16 untuk ambil borang.


Apa yang diperlukan? 2 keping gambar passport terkini, 1 salinan kad pengenalan, passport lama

Untuk gambar, sila bagitau orang kat kedai tu, "Saya mahu ambil gambar passport". 
Pastikan latar belakangnya biru dan gambar fokus dari kepala hingga bahagian bawah bahu. Banyak yang aku tengok gambar kena reject.


Dah isi borang semua, sila ke kaunter yang berhampiran dengan pintu masuk untuk ambil nombor giliran dan petugas akan semak borang dan perkara-perkara yang berkaitan seperti gambar. Mana yang kena reject tu kenalah beratur balik lepas pembetulan di lakukan.



Dah dapat nombor, silalah tunggu ye. Pada masa inilah sebenarnya kenapa anda kena pergi berpasangan. Yelah, kalau sorang-sorang mahu mati kutu dalam tu.



Next, nombor anda akan dipanggil untuk proses pemeriksaan data dan pengambilan cap jari, etc. Memandangkan proses ini aku sorang, memang cepatlah.Proses ni di kaunter 4/5/7/8/9.


Kemudian, tunggu lagi untuk proses pembayaran di kaunter 6 @ 11. 5 tahun RM 300


Dah buat pembayaran, resit akan diberi dan kalau nak passport masa tu juga, petugas tu cakap tunggu 1 jam. Jadi, aku tunggu je lah. Siapa nak ulang-alik kan? 

Tak sampai 1 jam, nombor aku di panggil untuk collect passport. Kaunter 14/15/16. So, senang dan pantas juga sebenarnya. Overall aku dalam imegresen tu tak sampai pun 2 jam. Jadi sangat-sangat berpuas hati dengan perkhidmatan Pejabat Imegresen. Good job!!!


Ada bilik menyusu :D

 

Siapa-siapa yang belum ambil gambar dan nak photostate IC, dalam pejabat imegresen ni ada disediakan perkhimatan. Tapi charge dia mahal la.


Take note ye, Sabtu dan Ahad pun buka sekarang ni. Dari jam 8 pagi - 1 petang sahaja di pejabat-pejabat yang dinyatakan di atas.


So, check your passport ye. Jangan sampai ada yang tak lepas nak travel sebab tarikh tamat tempoh dah nak habis. Putih mata lak. Satu lagi, siapa yang ada pinjam PTPTN pun, silalah bayar ye. Jangan nama kena blacklisted sudah. Ciao!

No comments: