Thursday, January 20, 2011

Daya Penggerak

Dalam hidup ini kadang kala dijatuhkan kita. Jatuh bagi kita bangun semula untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum ini.

Jangan jatuh tidak bangun-bangun. Itu kalah namanya.

Jatuh itu yang buatkan kita lebih berwaspada. Kita lebih berhati-hati. Kita lebih bijak. Kita berfikir. Kita lebih berusaha supaya tidak jatuh lagi.

Seperti budak kecil yang tidak pernah henti berusaha untuk berjalan. Walaupun ada rasa takut jatuh lagi, tapi tak pernah kenal erti putus asa. Bila sudah mendapat rentak, tercungap-cungap jugalah ibu ayah mengejar.

Dari kecil lagi sifat itu sudah ada pada kita. Cuma sejauh mana usaha yang kita lakukan membezakan kita dengan yang lain.

Jangan pernah berhenti berdoa dan memohon kepada-Nya, dan percaya apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Kerna, Allah tidak akan menguji seseorang diluar kemampuan seseorang.

Kadang-kala aku ada sifat mahu memiliki. Tapi aku belum mampu. Jauh dari mampu. Kena sabar, perlu berusaha lebih keras daripada yang lain.

Seronok juga menjadi Mat Jenin ni. Baring-baring. Baca-baca. Borak-borak. Berangan. Tapi tidak mahu selamanya menjadi Minah Jenin. Aku mahu ada kuasa memiliki juga.

Jangan di pandang dan dikenang masa lampau terlalu dalam kerana tidak mahu kata sesal. Tapi jangan di buang masa lampau kerna ia adalah sejarah yang mengajar diri menjadi lebih baik.

Aku percaya, jika aku terus berusaha lebih keras dan terus percaya dengan segala Qada' dan Qadar-Nya, aku akan terus mendaki tangga yang tersedia di depan mata.

Langkah ini mungkin perlahan, tapi akan sampai juga ke kemuncak. Akan sampai juga akhirnya.

Sabar dan berusaha ye diri.






"........takpe, nanti kita ada duit lebih, kita dah kaya, kita beli. Sekarang ni pun kita ok apa :)" 

2 comments:

hannnahmaya said...

Salam, thanks for the entry 'Daya penggerak'. Rasa terharu, kembali semangat bila baca nukilan tu. Banyak benda berlaku, rasa mcm dah tak berdaya, nak rebah. Tapi kadang2 kata peransang atau 'air tangan' seseorg mampu membina kembali keyakinan. Sedikit, namun cukup untuk jadikan penguat diri. Thanks again..
Semoga hidup kita diredhai,diberkatiNya.Amin..

maya

Nur_MW said...

Salam maya. Thanks for visiting my simple blog ni. Great to know that, entry yang i tulis ni dapat bantu orang lain juga. Insyallah, kalau kita terus percaya pada-Nya dan terus memohon, Dia akan tunjukkan kita jalan. Amin... :)